Daerah Pendang

Daerah Pendang is located in Bumi
Daerah Pendang
Daerah Pendang (Bumi)
Koordinat: 6°0′N 100°28′E / 6.000°N 100.467°E / 6.000; 100.467Koordinat: 6°0′N 100°28′E / 6.000°N 100.467°E / 6.000; 100.467Negara MalaysiaNegeri KedahPusatBandar PendangPihak berkuasa tempatanMajlis Daerah PendangPentadbiran
 • Pegawai daerahIlias ShuibKeluasan • Jumlah629.29 km2 (242.97 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah98,922 • Kepadatan160/km2 (410/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (MST) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)Poskod
06xxx
Kod panggilan+6-04Nombor plat kenderaanK

Pendang merupakan salah satu daerah di Kedah, Malaysia. Daerah ini terletak di bahagian tengah negeri Kedah dan berkeluasan 629 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Pendang.

Etimologi

Perkataan "Pendang" dikatakan berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang digali bagi memerangkap dan menjinakkan gajah.[2]

Sejarah

Pendang pada mulanya sebahagian daripada daerah Kota Setar. Pada Februari 1975, Pendang telah diwartakan sebagai sebuah daerah baharu dalam negeri Kedah.[2]

Pentadbiran

Daerah Pendang dibahagikan kepada lapan buah mukim;

Peta daerah Pendang
  1. Mukim Ayer Puteh
  2. Mukim Bukit Paya
  3. Mukim Guar Kepayang
  4. Mukim Padang Kerbau
  5. Mukim Padang Peliang
  6. Mukim Padang Pusing
  7. Mukim Rambai
  8. Mukim Tobiar

Pihak berkuasa tempatan

Daerah Pendang ditadbir oleh Majlis Daerah Pendang yang berpusat di Bandar Pendang.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Pendang ialah seramai 98,922 orang dengan kepadatan penduduk 157 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Pendang merupakan Bumiputera, dengan peratusan 90.8 peratus daripada jumlah penduduk.[3]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 88,054
Cina 2,832
India 413
Lain-lain 5,711
Bukan warganegara - 1,912
Jumlah 98,922

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Baling. Terdapat sebanyak 51 buah sekolah di daerah ini, iaitu 33 buah sekolah kebangsaan (SK), empat sekolah jenis kebangsaan (SJK), sembilan buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), tiga buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SM SABK), sebuah sekolah rendah agama bantuan kerajaan (SR SABK) dan sebuah sekolah model khas.[4] Daerah Baling juga mempunyai enam buah balai polis, sebuah balai bomba, beberapa klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Terdapat sebuah stesen kereta api di daerah ini iaitu Stesen keretapi Kobah yang menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara (Laluan Padang Besar).

Rujukan

  1. ^ "Latar Belakang". 10 November 2015.
  2. ^ a b "Info Pendang – Portal PBT Kedah". pbt.kedah.gov.my. Dicapai pada 2023-12-17.
  3. ^ a b Malaysia, Department of Statistics. "Baling Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ "Sekolah di PPD Baling | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
  • l
  • b
  • s
Bandar Utama
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P004 Langkawi
N01 Ayer Hangat
N02 Kuah

P005 Jerlun
N03 Kota Siputeh
N04 Ayer Hitam

P006 Kubang Pasu
N05 Bukit Kayu Hitam
N06 Jitra

P007 Padang Terap
N07 Kuala Nerang
N08 Pedu

P008 Pokok Sena
N09 Bukit Lada
N10 Bukit Pinang
N11 Derga

P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti
N13 Kota Darul Aman
N14 Alor Mengkudu

P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit
N16 Kubang Rotan
N17 Pengkalan Kundor

P011 Pendang
N18 Tokai
N19 Sungai Tiang

P012 Jerai
N20 Sungai Limau
N21 Guar Chempedak
N22 Gurun

P013 Sik
N23 Belantek
N24 Jeneri

P014 Merbok
N25 Bukit Selambau
N26 Tanjong Dawai

P015 Sungai Petani
N27 Pantai Merdeka
N28 Bakar Arang
N29 Sidam

P016 Baling
N30 Bayu
N31 Kupang
N32 Kuala Ketil

P017 Padang Serai
N33 Merbau Pulas
N34 Lunas

P018 Kulim-Bandar Baharu
N35 Kulim
N36 Bandar Baharu