Pulau Bunting

Pulau Bunting is located in Bumi
Pulau Bunting
Pulau Bunting (Bumi)
GeografiKoordinat5°52′37″N 100°19′32″E / 5.87694°N 100.32556°E / 5.87694; 100.32556Luas226 ekar (91 he)Pentadbiran
 Malaysia
Negeri KedahDaerahYan

Pulau Bunting merupakan sebuah pulau tidak berpenghuni di Yan, Kedah. Pulau ini terletak di Selat Melaka.[1] Pulau ini berkeluasan 91 hektar dan dihubungkan dengan tanah besar melalui Jambatan Pulau Bunting.[2]

Pembangunan

Pulau Bunting telah dibangunkan di bawah projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan matlamat perubahan daerah Yan dari sebuah daerah pertanian kepada sebuah perbandaran utama yang pelbagai.

Di bawah pembangunan ini, Pulau Bunting akan diubah menjadi hab pelancongan, perindustrian akuakultur luar pesisir, petrokimia dan tenaga boleh diperbaharui. [2]

Rujukan

  1. ^ "Pulau Bunting, Malaysia". www.geonames.org. Dicapai pada 2023-12-16.
  2. ^ a b "Pulau Bunting Development - Northern Corridor Economic Region (NCER) Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-09. Dicapai pada 2023-12-16.
  • l
  • b
  • s