Daerah Kulim

Daerah Kulim
Malaysia Daerah di Malaysia
Daerah Kulim
Transkripsi lain-lain
 • Jawiكوليم
 • Cina居林县code: zh is deprecated
 • Tamilகூலிம்code: ta is deprecated
Lokasi Daerah Kulim di Kedah
Lokasi Daerah Kulim di Kedah
Koordinat: 5°20′N 100°35′E / 5.333°N 100.583°E / 5.333; 100.583Koordinat: 5°20′N 100°35′E / 5.333°N 100.583°E / 5.333; 100.583
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatKulim
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kulim
Pihak Berkuasa Tempatan Perindustrian Hi-Tech Kulim
Pentadbiran
 • Pegawai daerahAbdul Bari bin Abdullah [1]
Keluasan
 • Jumlah767 km2 (296 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah281,260
 • Kepadatan370/km2 (950/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
09xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK

Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Kulim.

Asal usul nama

Nama Kulim diambil sempena pokok kulim atau nama saintifiknya Scorocarpus borneensis yang tumbuh merata di sekitar daerah Kulim.[4]

Sejarah

Kulim dipercayai telah didiami sejak pertengahan abad ke-18 iaitu seramai 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Patani. Kumpulan penduduk terawal yang membuka daerah Kulim terdiri daripada bekas pelombong dari kawasan Larut, Matang dan Selama, Perak yang melarikan diri daripada terlibat dengan pergaduhan yang sering terjadi antara kumpulan pelombong di sana.

Mereka dipercayai telah merentas laluan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang yang terkenal sebagai sebuah pelabuhan yang sibuk ketika itu bagi mencari penempatan baru. Ketika melalui kawasan Kulim, mereka menemui hasil bijih timah di dalam tanah dan sungai lalu membuka sebuah perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.

Antara mercu tanda bersejarah di daerah Kulim ialah Jam Merdeka Kulim yang mula dibina pada 14 Jun 1957 dan dirasmikan oleh Sultan Badlishah, Sultan Kedah pada 15 September 1957.[4]

Geografi

Daerah Kulim bersempadan dengan daerah Kuala Muda, daerah Baling, daerah Bandar Baharu, daerah Larut, Matang dan Selama di Perak, daerah Seberang Perai Utara, daerah Seberang Perai Tengah dan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Mukim

Daerah Kulim dibahagikan kepada 15 buah mukim yang ditadbir oleh seorang penghulu.

Bil Nama Populasi (2010)[5] Keluasan (km²)[6]
1 Bagan Sena 6,733 60.54
2 Junjong 4,665 33.6
3 Karangan 9,019 65.04
4 Keladi 32,044 10.15
5 Kulim 63,207 53.35
6 Lunas 26,681 18.11
7 Mahang 2,835 116.3
8 Naga Lilit 23,103 30.37
9 Padang China 28,114 48.97
10 Padang Meha 9,450 58.15
11 Sedim 3,415 47.1
12 Sidam Kanan 24,482 37.6
13 Sungai Seluang 32,623 22.57
14 Sungai Ular 10,914 61.51
15 Terap 3,975 100.2

Demografi

Pecahan penduduk mengikut kaum di daerah Kulim (2010)

  Melayu dan bumiputera lain (60.14%)
  Cina (16.43%)
  India (17.72%)
  Lain-lain (0.25%)
  Tiada data (5.46%)
Pecahan penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Peratusan
70+ tahun
  
2.7%
60-69 tahun
  
3.88%
50-59 tahun
  
8.08%
40-49 tahun
  
12.35%
30-39 tahun
  
15.3%
20-29 tahun
  
16.97%
10-19 tahun
  
21.03%
0-9 tahun
  
19.69%

Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kulim ialah seramai 281,260 orang dengan kepadatan penduduk 367 orang perkilometer persegi. Terdapat sebanyak 63,942 isi rumah dengan 75,067 tempat kediaman. Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 168,597 orang.[5]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Warganegara Kaum Bilangan
Warganegara Malaysia Melayu 168,597
Bumiputera lain 557
Cina 46,208
India 49,830
Lain-lain 710
Bukan warganegara tiada data 15,358
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Bilangan
70 tahun dan ke atas 7,601
60 hingga 69 tahun 10,942
50 hingga 59 tahun 22,732
40 hingga 49 tahun 34,738
30 hingga 39 tahun 43,022
20 hingga 29 tahun 47,716
10 hingga 19 tahun 59,141
9 tahun dan ke bawah 55,368
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Bilangan
Lelaki 146,510
Perempuan 134,750

Pengangkutan

Jalan Raya

Kulim juga mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Butterworth-Kulim menghubungkan Kulim dengan Pulau Pinang di utara dan bandar-bandar di sekitarnya. Terdapat dua susur keluar ke Kulim melalui Lunas atau Kubang Semang.

Bas

Kulim mempunyai stesen bas yang agak besar dan selesa iaitu Stesen Bas Kulim. Stesen Bas Kulim mempunyai dua terminal, terminal domestik dan terminal antarabandar.

Kawasan pilihan raya

Terdapat dua kawasan pilihan raya di daerah Kulim iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Kedah. Kawasan persekutuan diwakili oleh Padang Serai (kawasan persekutuan) dan Kulim-Bandar Baharu (kawasan persekutuan) manakala kawasan negeri diwakili oleh Merbau Pulas (kawasan negeri), Lunas (kawasan negeri) dan Kulim (kawasan negeri).

Parlimen Ahli Parlimen Parti
Padang Serai Azman Nasrudin PN-BERSATU
Kulim-Bandar Baharu Roslan Hashim PN-BERSATU
Dewan Undangan Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri Parti
Merbau Pulas Siti Aishah Ghazali PN-PAS
Lunas Azman Nasrudin PN-BERSATU
Kulim Yeo Keng Chuan PH-PKR

Rujukan

  1. ^ "Perutusan Ketua Jabatan". Dicapai pada 2022-01-09.
  2. ^ "Kulim, district in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-09.
  3. ^ "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Dicapai pada 2022-01-09.
  4. ^ a b "Latar Belakang Daerah Kulim". Dicapai pada 2022-01-09.
  5. ^ a b "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Dicapai pada 2022-01-09.
  6. ^ "Kulim, district in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-09.
  • l
  • b
  • s
Bandar Utama
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P004 Langkawi
N01 Ayer Hangat
N02 Kuah

P005 Jerlun
N03 Kota Siputeh
N04 Ayer Hitam

P006 Kubang Pasu
N05 Bukit Kayu Hitam
N06 Jitra

P007 Padang Terap
N07 Kuala Nerang
N08 Pedu

P008 Pokok Sena
N09 Bukit Lada
N10 Bukit Pinang
N11 Derga

P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti
N13 Kota Darul Aman
N14 Alor Mengkudu

P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit
N16 Kubang Rotan
N17 Pengkalan Kundor

P011 Pendang
N18 Tokai
N19 Sungai Tiang

P012 Jerai
N20 Sungai Limau
N21 Guar Chempedak
N22 Gurun

P013 Sik
N23 Belantek
N24 Jeneri

P014 Merbok
N25 Bukit Selambau
N26 Tanjong Dawai

P015 Sungai Petani
N27 Pantai Merdeka
N28 Bakar Arang
N29 Sidam

P016 Baling
N30 Bayu
N31 Kupang
N32 Kuala Ketil

P017 Padang Serai
N33 Merbau Pulas
N34 Lunas

P018 Kulim-Bandar Baharu
N35 Kulim
N36 Bandar Baharu