Selangau

Selangau

Selangau merupakan sebuah daerah di bawah pentadbiran Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Pekan Selangau merupakan pekan terbesar di bahagian Sibu. Selangau juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai berbanding dengan pekan-pekan lain (22318 orang [1]). Kini Selangau diiktiraf sebagai daerah Selangau. Selangau dikenali sebagai daerah perhentian dan Selangau merupakan sebuah daerah yang kaya dengan hasil hutan seperti buah-buahan. Daerah Selangau juga kaya dengan rumah panjang iaitu rumah Manchong, rumah Layang, rumah Teretang, rumah Usit dan sebagainya. Selain itu Selangau juga kaya dengan hasil pertanian seperti kelapa sawit, buah rambutan, durian, dabai dan sebagainya. Dahulunya Selangau merupakan kawasan perkampungan akan tetaapi kini Selangau telah membangun dengan pesatnya sehinggalah menjadi daerah perhentian. Sungai Selangau merupakan sungai yang berhubungan dengan batang Mukah. Bukan sekadar itu, Selangau juga merupakan destinasi sebagai tempat rehat sementara bagi pemandu yang dalam perjalanan jauh ke tempat-tempat seperti Sibu, Sarikei, dan Betong, sehinggalah ke Kuching.

Pendidikan

sekolah rendah

  • SK Ulu Sg Arip
  • SK Sg Tau
  • SK Sg Sepiring
  • SK Sg Pakoh
  • SK Sg Kemena
  • SK Sg Buloh
  • SK Sg Bawang
  • SK Sg Arau
  • SK Sg Anak
  • SK St Matthew Sekuau (M)
  • SK St Mark (M)
  • SK Penghulu Imban
  • SK Nanga Tajam
  • SK Nanga Selangau
  • SK Nanga Kua
  • SK Kuala Pelugau
  • SK Kuala Lemai
  • SK Iban Union
  • SK Bukit Arip
  • SK Batu 36
  • SK Dijih Selangau
  • SJK(C) Tong Ah

sekolah menengah

  • SMK Ulu Balingian

Pengangkutan

Pada masa dahulu, Selangau dihubungkan melalui pengangkutan air. Kini, ia mudah dihubungi melalui jalan dan sering menjadi jalan utama untuk ke Pekan Selangau. Pengguna jalan yang hendak melakukan perjalanan ke Sibu dan Bintulu melalui jalan tersebut akan berehat di Selangau ataupun di tempat perhentian bas seperti Restoran Impian Selangau dan Restoran Nurliana Abdullah Selangau. Dalam projek Lebuhraya Pan Borneo, Selangau termasuk dalam pakej WPC 08, yang menghubungkan Sg. Kua ke Sg. Arip. Tujuan utama projek ini adalah menaiktaraf jalan sedia ada kepada 4 lorong 2 hala dan membina laluan serta jambatan-jambatan baharu, termasuk Jambatan Batang Mukah dan pembinaan sebuah jejambat di persimpangan Mukah. Ia diuruskan oleh Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) dan kontraktor utama projek ini adalah Musyati Mudajaya JV (MMJV) Sdn Bhd.

Kebudayaan dan pendapatan

Selangau mempunyai pasar yang beroperasi pata setiap hari Sabtu dan Ahad di mana peniaga-peniaga menjual hasil mereka. Pesta Selangau dianjurkan setiap tahun dan menjadi sumber pendapatan utama peniaga-peniaga yang berniaga di tapak pesta tersebut selain menjemput artis-artis terkenal Sarawak.

Kesihatan

Klinik Kesihatan Selangau diwujudkan untuk mengurangkan pergerakan masa yang lama ke Hospital Sibu, Hospital Mukah dan Hospital Bintulu. Ia mampu menampung lebih daripada 90 pesakit pada satu-satu masa. Ia diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kecemasan

Bagi mengurangkan respons lama dari Balai Bomba Sibu dan Balai Bomba Mukah, Selangau mempunyai balai bomba sendiri yang mampu mengurangkan respons yang mengambil masa yang lama. Ia diuruskan oleh Jababtan Bomba dan Penyelamat dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Nota

  1. ^ Jabatan Statistik Malaysia

Pautan luar

  • Pejabat Daerah Selangau
  • l
  • b
  • s
Bendera Sarawak Sarawak Bumi Kenyalang Lambang Sarawak
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian Pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah Kecil
Bahagian Perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •