Daerah Kecil Sadong Jaya

Daerah Kecil Sadong Jaya
Daerah Kecil
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°31′30″N 110°41′30″E / 1.52500°N 110.69167°E / 1.52500; 110.69167Koordinat: 1°31′30″N 110°41′30″E / 1.52500°N 110.69167°E / 1.52500; 110.69167
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Samarahan
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Sadong Jaya
Keluasan
 • Jumlah332.48 km2 (128.37 batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Kecil Sadong Jaya ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Samarahan yang merangkumi Samarahan, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya.[1] Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Sadong Jaya. Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran Daerah Asajaya.[2] Daerah Kecil Sadong Jaya pernah dikenali sebagai "Pendam" dan daerah perikanan di negeri Sarawak.

Sebelum ini, ia terletak di bawah pentadbiran Daerah Simunjan, tetapi pada tahun 2002, ia berpisah dan bergbaung dengan Daerah Asajaya.[3] Ekonomi utama penduduk setempatan ialah pertanian. Ia memiliki keluasan sebanyak 332.48 kilometer persegi (128.37 bt2) dan ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang bertapak di Pekan Sadong Jaya. Terdapat 24 kampung atau rumah panjang di bawah Daerah Kecil Sadong Jaya.[2] Geografinya terletak di Batang Sadong dan sentiasa terdedah kepada banjir seperti banjir kilat dan banjir monsun. Ia dihubungkan dengan pengangkutan darat seperti kemudahan jalan raya serta pengangkutan air seperti perkhidmatan feri.

Etimologi

Nama "Sadong Jaya" diambil daripada dua perkataan yang digabungkan. Sadong merujuk kepada sebatang sungai mengalir disitu yakni, Batang Sadong. Istilah jaya merujuk kepada "kejayaan".[3]

Sejarah

Sebelum di bawah pentadbiran Daerah Asajaya, Sadong Jaya terletak di bawah Daerah Simunjan. Mulai 1 Januari 2002, Sadong Jaya sepenuhnya dipisahkan daripada Simunjan dan bergabung dalam Daerah Asajaya sebagai daerah kecil.[3] Daerah Kecil Sadong Jaya dihubungkan dengan jalan darat dan sungai. Jarak Sadong Jaya ke Asajaya ialah 15 kilometer (9.3 bt) dan 75 kilometer (46.6 bt) dari Kuching, ibu negeri Sarawak dengan menggunakan perkhidmatan feri.[4]

Mengikut cerita pemimpin masyarakat di Sadong Jaya, pernah berlaku peristiwa bersejarah iaitu apabila kapal Syarif Masahor dan pengikutnya telah ditenggelamkan akibat diserang oleh penjajah ketika itu, sebelum mereka melarikan diri dari Ensengei (kawasan Simunjan) ke Lingga. Peristiwa ini telah berlaku di muara Sungai Pendam.[3]

Ekonomi

Kebanyakan penduduk masih tergantung pada sektor pertanian sebagai punca pendapatan. Kegiatan pertanian berskala besar terutamanya penanaman kelapa sawit diusahakan di Sadong Jaya dengan kerjasama pihak FELCRA yang memainkan peranan utama.[3] Ladang kelapa sawit yang dibuka ini telah memberi peluang pekerjaan kapada belia dan penduduk setempat yang melibatkan penduduk di lima kawasan iaitu Kampung Sungai Buluh, Kampung Senangeh, Kampung Terasi, Sadong Jaya dan Kampung Jemukan dengan keluasan tanaman seluas 864.32 hektar (8.6 km2) dan projek penanaman ini akan diluaskan di beberapa lagi tempat akan datang.[3]

Pertukaran nama

Daerah Kecil Sadong Jaya dahulunya dikenali sebagai "Pendam" yang kini tinggal sejarah. Perkataan "pendam" itu tidak bergitu sesuai didengar di kalangan masyarakat setempat, maka pada 4 Ogos tahun 1985, Datuk Patinggi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengisytiharkan bahawa nama "Pendam" ditukar kepada "Sadong Jaya". Pengisytiharan itu diumumkan beliau sendiri di Majlis Bertemu Rakyat yang bertempat di Madrasah Abdul Taib Mahmud.[3]

Geografi

Daerah Kecil Sadong Jaya terletak di Batang Sadong atau Sungai Sadong. Sadong Jaya merupakan lokasi geografi yang unik kerana sentiasa terdedah kepada banjir kilat dan banjir monsun.[5] Hal ini demikian, Sadong Jaya merupakan salah satu daerah perikanan daripada 15 daerah lainnya di negeri Sarawak.[6] Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di dalam kawasan ini ialah Batang Sadong yang mengalir keluar ke Laut China Selatan.[1]

Pentadbiran

Kawasan Sadong Jaya keseluruhannya ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang bertapak di Pekan Sadong Jaya. Daerah Kecil Sadong Jaya yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Iban, Cina, Bugis, Jawa dan lain-lain. Terdapat 24 buah kampung atau rumah panjang dibawah pentadbiran kerajaan tempatan.[3] Diantaranya ialah Kampung Semera Lot, Kampung Semera Laut, Kampung Semera Hilir, Kampung Ulu Semera, Kampung Semera Cina, Kampung Jemukan, Kampung Jemukan Ulu, Kampung Pelandok Laut, Kampung Pelandok Ulu, Kampung Iboi, Kampung Iboi Ulu, Kampung Jaie, Pekan Sadong Jaya, Ulu Sadong Jaya, Sadong Jaya, Kampung Bilis, Kampung Rangawan, Kampung Tanjung Kelaso, Kampung Rangkang, Kampung Sungai Putin, Kampung Senangeh, Kampung Sungai Bundong, Kampung Sungai Buluh, Kampung Terasi Hulu dan Kampung Terasi Iban.[2]

Kemudahan

Sebuah sekolah di Sadong Jaya, Sekolah Kebangsaan Jemukan.

Kemudahan seperti jalan raya yang menghubungkan Sadong Jaya ke Sungai Buluh sepanjang 11.7 kilometer (7.3 bt) dengan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 215 juta dan siap dibina dalam tahun 1999. Rangkaian jalan raya ini meliputi kawasan perkampungan seperti Sungai Bundong, Sungai Buluh, Rangawan, Senangeh, Terasi Ulu, Terasi Iban, Sungai Putin, Bilis dan Tajong Kelaso/Rangkang banyak memberi manfaat kepada semua penduduk terutama dari segi pemasaran hasil tani. Di Sadong Jaya juga terdapat perkhidmatan feri di Sungai Buluh, perkidmatan kesihatan di tiga buah cawangan klinik kesihatan di Sadong Jaya, Jemukan dan Semera dan pusat beribadah masyarakat setempat.

Pendidikan

Fungsi petempatan luar bandar ini juga sebagai pekan pendidikan yang menawarkan pendidikan sekolah rendah hingga sekolah menengah. Berdasarkan data dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berikut ialah senarai sekolah di Daerah Kecil Sadong Jaya pada tahun 2020 berserta kod sekolah, lokasi dan jumlah pelajar.[7][8]

Rujukan

  1. ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  2. ^ a b c "Profail Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-20. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  3. ^ a b c d e f g h "Profil Pejabat Daerah Sadong | Sejarah Politik Daerah Kecil Sadong Jaya". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 Mei 2021.
  4. ^ "Sejarah Pusat Internet Sadong Jaya | Daerah Kecil Sadong Jaya". sadongjaya.pjk.com.my. Pusat Internet Sadong Jaya. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2021. Dicapai pada 2 Disember 2019.
  5. ^ Wong; Swee Kiong (2021). "Sustainable Livelihood Strategies of The Riverine Communities at Sadong Jaya, Sarawak, Malaysia: Role of Capital Assets". Studies of Applied Economics 39.1. doi:10.25115/eea.v39i1.4271. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Ariff; Mohammad Raduan Mohd; Amaluddin Bakeri (2001). "Hubungan perdagangan sumber perikanan Sarawak-Negara Brunei Darussalam: kajian kes daerah perikanan Miri" (6). Jati-Journal of Southeast Asian Studies: 1–28. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link)
  8. ^ "霹雳华小通讯录" (PDF) (dalam bahasa Cina). 马来西亚华校教师会总会(教总). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2019-06-02. Dicapai pada 2020-07-22.

Pautan luar

  • Pentadbiran Bahagian Samarahan. Dicapai pada 20 Mei 2021.
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian Pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah Kecil
Bahagian Perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •