Kampung Lingga

Lingga
Daerah Kecil Sarawak
Bendera Lingga
Bendera
Mohor rasmi Lingga
Mohor
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sri Aman
DaerahSri Aman
Daerah KecilLingga
Pentadbiran
 • PentadbiranMajlis Daerah Sri Aman
Pejabat Daerah Kecil Lingga
 • DUNN.28 Lingga
 • Wakil RakyatYB. Puan Hajah Simoi Bte Haji Peri
Keluasan
 • Jumlah945.35 km2 (365.00 batu persegi)
Aras
900 m (3,000 ft)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah3,484
 • Kepadatan3.7/km2 (9.5/batu persegi)
Poskod
94900
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman sesawangPortal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman [1]

Daerah Lingga merupakan sebuah daerah yang berada dalam Bahagian Sri Aman, Sarawak. Lingga merupakan sebuah kampung pedalaman yang masih membangun dan sememangnya memerlukan pembangunan bagi kepentingan penduduk yang mediami kawasan tersebut. Dalam pilihan raya ADUN tahun 2006, Lingga telah diletakkan sebagai kerusi baru yang dinamakan DUN Lingga (ADUN kini Hajjah Simoi Peri). Jarak antara Lingga ke Pekan Sri Aman ialah dalam lingkungan 50 kilometer. Sepanjang perjalanan Lingga ke Sri Aman kita akan diperlihatkan suasana kampung dan beberapa buah perkampung rumah panjang masyarakat Iban. Majoriti penduduk Lingga terdiri daripada masyarakat Islam.

Terdapat banyak tarikan yang terdapat di Lingga, antaranya adalah Gunung Lesung yang mampu menarik perhatian peminat-peminat alam sekitar dan juga peminat yang suka acara lasak seperti mendaki gunung. Di samping masyarakat Melayu terdapat juga masyarakat Iban yang sama-sama mendiami kawasan perkampungan Lingga, kehidupan aman dan harmoni.

Dari segi pendidikan Lingga hanya mempunyai sebuah sekolah Kebangsaan dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Lingga. Bagi menyambung pelajaran pelajar-pelajar kawasan ini terpaksa pergi ke Pekan Sri Aman. Keperluan untuk mendirikan sekolah menengah sangat penting bagi masyarakat Lingga yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan ibu bapa yang miskin dan tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah ke Pekan Sri Aman. Akibat daripada itu banyak berlaku keciciran pelajar setelah tamat pengajian di peringkat sekolah rendah.

Lingga sebenarnya mampu dijadikan sebagai pelabuhan singgah kerana berada di Muara Sungai Batang Lupar yang menghadap Laut Cina Selatan. Tambahan Lingga terlindung daripada tiupan kencang angin monsun. Seandainya penerokaan lebih lanjut dilakukan di persekitaran Gunung Lesung pasti industri perlancongan bertambah rancak. Penduduk di sekitar akan dapat membuka inapan keluarga dan jualan makanan kepada para pelancong.

Etimologi

Sejarah

Demografi

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Kecil Lingga, Malaysia, 2010.[1]

Bil. Etnik Jumlah Peratusan (%)
1 Iban 2,235 64.15
2 Melayu 1,069 30.68
3 Cina 95 2.73
4 Bumiputera Lain 37 1.06
5 Bukan Warganegara 22 0.63
6 Melanau 14 0.40
7 Bidayuh 5 0.14
8 India 4 0.11
9 Lain-Lain 3 0.09
JUMLAH 3,484 100

Pentadbiran

Daerah kecil ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil Lingga di bawah seliaan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

Ekonomi

Aktiviti pertanian merupakan sumber ekonomi utama penduduk Lingga. Antara produk yang diusahakan ialah padi, lada, getah, damar dan rotan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga diusahakan secarah kecil-kecilan. Aktiviti perikanan yang turut dijalankan sebagai sumber ekonomi menjadikan Lingga terkenal dengan ikan terubok.[2] Ikan ini diperolehi mengikut musim, dua kali setahun. Aktiviti keusahawanan juga dijadikan sumber ekonomi dan contoh produk tempatan yang lahir dari aktiviti ini ialah produk Rempah 5 Serangkai atau Rempah Anak.[3]

Kemudahan Awam Lain

Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-Undang

  • Balai Polis Lingga, Jalan Kampung Hilir.

Penjagaan Kesihatan

  • Klinik Kesihatan Lingga. Dibina pada tahun 1987 dan masih menggunakan bangunan asal sehingga sekarang.

Lain-Lain

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Perikanan
  • PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti)
  • PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas)
  • PEDi (Pusat Ekonomi Digital)

Pendidikan

Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atas swasta (IPTS) di Lingga setakat ini. Antara institusi persekolahan menengah, rendah dan pendidikan awal yang ada di daerah kecil ini ialah :

Tarikan

Pautan luar

  • Lokasi Kampung Lingga di Peta Google
  • Sila klik untuk gambar Kampung (Tengah) Lingga di Peta Google

Rujukan

  1. ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
  2. ^ "Pejabat Daerah Kecil Lingga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-05. Dicapai pada 2016-10-04.
  3. ^ "Produk Tempatan". 12 Oktober 2015.[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian Pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah Kecil
Bahagian Perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •