Zaibatsu

Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain.
Ibu pejabat Marunouchi untuk zaibatsu Mitsubishi, pra-1923

Zaibatsu (Jepun: 財閥, 'plutokrat' atau 'konco harta') ialah istilah bahasa Jepun yang bermaksud konglomerat perniagaan industri dan kewangan di Empayar Jepun, yang menguasai kebanyakan ekonomi Jepun dengan pengaruh dan kebesarannya sejak zaman Meiji hingga akhir Perang Dunia Kedua.

Walaupun zaibatsu wujud sejak abad ke-19, namun istilahnya tidak kerap digunakan sehingga selepas Perang Dunia Pertama. "Zaibatsu" ditakrifkan sebagai monopoli menegak kawalan keluarga besar yang terdiri daripada sebuah syarikat pemegang di paras tertinggi yang memiliki penuh sebuah anak syarikat perbankan sebagai penyedia kewangan, dan beberapa anak syarikat perindustrian yang mendominasi sektor-sektor tertentu dalam pasaran, sama ada secara bersendirian atau melalui beberapa lagi syarikat kecil.

Kepentingan

Zaibatsu adalah pusat kegiatan ekonomi dan industri dalam Empayar Jepun, dan banyak mempengaruhi dasar dalam dan luar negara Jepun. Parti politik Rikken Seiyukai dianggap sebagai peluasan kumpulan Mitsui yang juga menjalin hubungan erat dengan Tentera Diraja Jepun. Begitu juga, parti Rikken Minseito berhubungan dengan kumpulan Mitsubishi dan Tentera Laut Diraja Jepun.

Senarai zaibatsu

Empat Terbesar
  • Mitsubishi (三菱財閥)
  • Mitsui (三井財閥)
  • Sumitomo (住友財閥)           
  • Yasuda (安田財閥)

Zaibatsu tingkat kedua
  • Asano (浅野財閥)
  • Fujita (藤田財閥)
  • Furukawa (古河財閥)
  • Mori (森コンツェルン)
  • Kawasaki (川崎財閥)
  • Nakajima (中島飛行機)
  • Nitchitsu (日窒コンツェルン)           


  • Nissan (日産コンツェルン)           
  • Nisso (日曹コンツェルン)
  • Nomura (野村財閥)
  • Okura (大倉財閥)
  • Riken (理研コンツェルン)
  • Shibusawa (渋沢財閥)

Zaibatsu yang muflis
  • Suzuki shoten (鈴木商店)

Lihat juga

  • Chaebol
  • Keiretsu
  • Keajaiban ekonomi pascaperang Jepun
  • Tiga Belas Kilang

Rujukan

Catatan

Bibliografi

  • Alletzhauser, Albert J. The House of Nomura. New York: Harper Perennial, 1991. ISBN 0-06-097397-8.
  • Allinson, Gary D. Japan's Postwar History. Ithaca, New York: Cornell University Press, 1997. ISBN 0-8014-3312-6.
  • Aoki, Masahiko & Hyung-Ki Kim. Corporate Governance in Transitional Economies: Insider Control and the Role of Banks. Retrieved online 28 June 2004. Print edition: Washington, D.C.: World Bank Office of the Publisher, 1995. ISBN 0-8213-2990-1.
  • Morck, Randall and Masao Nakamura. A Frog in a Well Knows Nothing of the Ocean: A History of Corporate Ownership in Japan.

Pautan luar

  • The Zaibatsu of Japan
  • Zaibatsu Dissolution, Reparations and Administrative Guidance.


Templat:Keiretsu