Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid
Yang Berhormat Mulia Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid | |
---|---|
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan April 1935 – 1 Jun 1947 | |
Didahului oleh | Dato' Abdul Hamid Yusof |
Digantikan oleh | Dato' Onn Jaafar |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid (1887-08-17)17 Ogos 1887 Singapura, Negeri-Negeri Selat |
Meninggal dunia | 29 April 1951(1951-04-29) (umur 63) Surrey, England, United Kingdom |
Seorang Menteri Besar Johor yang mendapat latihan ketenteraan. Malah, beliau yang lahir pada 17 Ogos 1887, telah dihantar oleh Sultan Ibrahim ke England selama tiga tahun untuk melanjutkan pelajaran pada 1905.
Pada Mei 1909, Ungku Abdul Aziz memulakan kerjaya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Pada 1919 beliau ditukarkan berkhidmat dalam pasukan askar Johor dengan pangkat Kadet dan pada akhir bulan Mei 1912, dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda serta menjadi Pemangku Pengiring Sultan.
Pada awal bulan Ogos 1923, Ungku Abdul Aziz telah dinaikkan pangkat Mejar iaitu pegawai yang memerintah Pasukan Sukarelawan di Johor Bahru, sebelum menjadi Menteri Besar.