This Is Misha..Live at DFP 2019

Konsert This Is Misha...Live at DFP 2019
Lancar 1 Mei 2019
Tarikh Konsert 5 Ogos 2019
Genre Pop
Penerbit Eksekutif Sareen Hisham
Pengarah Muzik Dato Ramli MS
Penyelaras Produksi Ahmad Muriz Che Ros
A&R Koordinator Misha Omar, Ramli MS
Pengurus Promosi Soraya Mansor (Dewan Filharmonik Petronas)
Unit Promosi Mimie Omar (Misha Omar Productions)
Rakaman Live
Jurutera Rakaman Live
Juru Adun
Penganjur Petroliam Nasional Malaysia (Petronas)
Pemuzik Ramli MS (Keyboards), Ude Wahid (Keyboards kedua), Jenk Ali (Dram),Penn (Bass), Iju Omar (Gitar)
Pemuzik Traditional
Suara Latar Mattao, Ajude
Jurusolek Gerrie Bobs, Seng Shaw
Pereka Busana Brian Khoo
Konsep Cover Chuan Looi
Label Sony Music Malaysia

Konsert This Is Misha...Live at DFP 2019 atau This Is Misha merupakan konsert solo Misha Omar anjuran dewan seni persembahan bertaraf dunia Dewan Filharmonik Petronas yang terletak di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan pada 5 Ogos 2019 di Dewan Konsert yang dihadiri oleh 1,000 penonton. Konsert ini menyaksikan Misha menyanyikan rangkaian lagu-lagu popularnya di bawah kendalian pengarah muzik Dato Ramli MS. Konsert ini merupakan persembahan solo pertama Misha di DFP, dan penampilan beliau kali kedua di pentas berkenaan setelah menjadi artis undangan dalam "Konsert Tafsiran Alam Ramli Sarip" pada 2010.

Tiket konsert ini habis terjual dalam tempoh 18 jam setelah dilancarkan pada 1 Mei 2019 [1]. Misha mengakui agak berdebar menantikan tarikh konsert, dan mula berlatih vokal bersama guru vokal Syafinaz Selamat menjelang tarikh berkenaan[2].

Aturcara Konsert

  • Ucapan Pengenalan Misha Omar oleh Dato Ramli MS
  • "Cinta Adam dan Hawa"
  • "Sembunyi"
  • "Sampai Bila"
  • Rampailagu:-
    • "Pulangkan"
    • "Ku Seru"
  • "Nafas Cahaya"
  • "Dedebu Cinta"
  • "Jawapanmu"
  • Rampailagu:-
    • "Semoga Abadi"
    • "Riwayat Cinta"
  • Ucapan Penutup
  • "Bunga-bunga Cinta"
  • Encore - "Bunga-bunga Cinta"

Ringkasan

Konsert solo Misha ini turut dihadiri ramai artis ternama seperti Sheila Majid dan suami pemuzik Acis, Ziana Zain dan Amelina yang memberikan respon yang sangat positif [3]. Artis lain yang turut hadir adalah Fara Fauzana, Syafinaz Selamat, Ieda Moin, Rudy Imran, Marlia Musa dan keluarga Misha sendiri. Misha Omar Productions dan DFP turut membuat sesi bertemu peminat selepas konsert di mana peminat yang membeli cenderamata konsert berpeluang untuk merakam kenangan bersama Misha.

  • l
  • b
  • s
Misha Omar
Diskografi • Filmografi • Anugerah dan Pencalonan • Misha Omar Productions • Lagu Misha di AF •
Album studio
Misha (2002) · Aksara (2004)  · Misha Omar (2008)
Album EP
Album kompilasi
Single
Bunga-bunga Cinta • Lilitan Asmara • Halaman Cinta • Terpana • Semoga Abadi • Pulangkan • Dedebu Cinta • Tak Ingin Lagi • Riwayat Cinta • Ku Seru • Nafas Cahaya • Cinta • Sembunyi • Jawapanmu • Cinta Adam dan Hawa • Sampai Disini • Berlalu • Detik Antara Waktu • Angin Syurga • Untuk Bermimpi • Terima Ku Seadanya  • Sampai Bila  • Tanpa Rela  • Masihkah Ada Rasa Itu?
Lagu-lagu lain
Segalanya • Suluhkan Sinar • Tiada Lagi Tangisan • Hati Keliru • Tak Ku Duga • Percayalah Sayang • Teja Menanti Tuah • Mahathir • Wanita Perdana  • Jiwa Sentuh Jiwa
Konsert
3 Jewels in Concert (2012) · This Is Misha..Live at DFP 2019 (2019)  • Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar (2021)
Filem
GK3 The Movie (2005) · Main-main Cinta (2006)
Teater
Muzikal Gamat (2010) · Muzikal Uda dan Dara (2010) · Muzikal Mahathir (2010-2011) • Mak Dara Nyonya (2011) • Monolog Ratapan Gadis(2013)  • Nyonya & The Gang (2013)
Pengacaraan TV
Sehati Sejiwa (TV) (2009 - 2010)
Mentor
Adnan Abu Hassan • Ramli M.S. • M. Nasir • Rahim Razali • Syafinaz Selamat • Rosminah Tahir

Rujukan

  1. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2019/05/453548/tiket-konsert-misha-omar-habis-dalam-18-jam
  2. ^ https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/05/559503/misha-berdebar-nanti-5-ogos
  3. ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/apabila-tiga-ratu-turut-larut-dalam-emosi-misha-214337