Terowong SMART

Terowong SMART is located in Bumi
Terowong SMART
Terowong SMART (Bumi)
Lokasi di MalaysiaMaklumat gambaranNama rasmiTerowong Jalan Raya dan Pengurusan Air BanjirNama lainInggeris: Stormwater Management and Road TunnelLokasiKuala LumpurKoordinat3°09′17″N 101°41′18″E / 3.15475°N 101.68833°E / 3.15475; 101.68833Koordinat: 3°09′17″N 101°41′18″E / 3.15475°N 101.68833°E / 3.15475; 101.68833StatusBeroperasiLaluan airDari Sungai Klang ke Kolam Takungan Kg. Berembang[1]LaluanE38 Lebuhraya E38MulaJalan Tun Razak (Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur)AkhirLapangan Terbang Sungai Besi di E37 Lebuhraya Kuala Lumpur–SerembanMaklumat operasiKerja bermula2003Dibuka2007PemilikKerajaan Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)OperatorSyarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART)Ciri-ciriTerowong lebuh raya
Terowong laluan airTolRM 3.00[2]Maklumat teknikalPembinaanGamuda Berhad
MMC Corporation BerhadPanjang4 km (2.5 bt)Bil. lorong4Kelajuan operasi60 km/j
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Inggeris: Stormwater Management and Road Tunnel; kependekannya: SMART; kod: E38) merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut. Panjang terowong tersebut adalah 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.[1]

Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Secara asasnya, terowong ini mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air.[3]

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).

Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 dan kadar tol yang dikenakan adalah sebanyak RM 3.00.[2]

Spesifikasi teknikal

Terowong laluan air

  • Kos pembinaan: RM1,887 juta (AS$514.6 juta)
  • Panjang terowong: 9.7 km (6.0 bt)
  • Diameter: 13.2 m (43.3 ft) (diameter luar)
  • Kaedah penerowongan: Mesin pengorek terowong (TBM)
  • Jenis TBM: Perisai buburan

Terowong lebuh raya

  • Panjang terowong: 4 km (2.5 bt)
  • Jenis struktur: Dua tingkat
  • Jalan masuk dan keluar: 1.5 km (0.93 bt) di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Imbi
  • Panjang: 1.4 km (0.87 bt) di Jalan Tun Razak
  • Laluan: 1.6 km (0.99 bt) di Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban berdekatan Lapangan Terbang Sungai Besi dan Pusat Bandaraya berdekatan Bulatan Kg. Pandan

Kadar tol

Kelas Jenis kenderaan Kadar
(dalam RM)
Nota
1 Kereta persendirian
(Kenderaan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi))
RM 3.00 TnG dan juga tersedia di plaza tol.
4 Teksi RM 3.00 TnG tersedia di plaza tol

Galeri

  • Pintu masuk terowong yang menuju ke utara
    Pintu masuk terowong yang menuju ke utara

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Bendera Malaysia Rangkaian Lebuhraya Malaysia
Antara negeri
Kuala Lumpur, Lembah Klang
dan Selangor
Iskandar Malaysia dan Johor
Pulau Pinang
(Seberang Perai dan pulau)
Kedah dan Perak
Sabah, Sarawak dan Labuan
  • E24 Jambatan Tun Salahuddin
Sabah dan Sarawak
Lain-lain
Lebuhraya yang dicondongkan sedang dibina, manakala yang dikelabukan masih dalam perancangan
  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JPS
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Utusan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JKR