Tenrecidae

Tenrecidae
Julat zaman: Bartonia–kini
PreЄ
Є
O
S
D
C
P
T
J
K
Pg
N
[1]
Tandak togel (Tenrec ecaudatus)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Afrosoricida
Suborder: Tenrecomorpha
Keluarga: Tenrecidae
Gray, 1821
Genus jenis
Tenrec
Lacépède, 1799
Cabang
  • Geogalinae
  • Oryzorictinae
  • Tenrecinae
Hitam: Tenrecinae ; Biru: Tenrecinae dan Oryzorictinae ; Merah: Geogalinae dan Tenrecinae ; Ungu: Geogalinae , Oryzorictinae dan Tenrecinae

Tenrecidae ialah keluarga afroteria yang endemik dalam pulau Madagaskar[2] merangkumi mana-mana spesies mamalia kecil yang disebut setempatnya sebagai tandrakacode: mg is deprecated atau trandrakacode: mg is deprecated .[a]

Semua spesies tandak dipercayai berasal daripada suatu haiwan leluhur sama yang hidup 29–37 juta tahun lalu[4][5][6] selepas dibawa terhanyut seberang dari benua Afrika.[7][8] Evolusi beransur-ansur keturunan haiwan asal yang terselamat ini lama-lama mewujudkan banyak spesies moden berbadan mirip aneka rodensia, landak susu, oposum dan yang seumpamanya menduduki pelbagai persekitaran baik daratan, atas pepohon mahupun kawasan berair dalam pulau tersebut.

Ciri sepunya

Spesies tandak yang terkecil berukuran panjang badan sekitar 4.5 sm dengan berat 5 gram, manakala spesies tandak togel yang terbesar berukuran antara 25 hingga 39 sm dengan berat timbangan melebihi 1 kilogram.[9]

Tandak-tandak sekeluarga ini mempunyai bukaan peranakan dan tinjaan yang tergabung lebih mirip yang ada pada burung, reptilia dan amfibia berbanding mamalia berplasenta. Tandak juga mampu mengawal suhu badan secukup rendah sehingga tidak memerlukan kantung khas untuk menyejukkan sperma seperti yang lazim pada kebanyakan mamalia lain.[9][10]

Spesies

Keluarga Tenrecidae mempunyai tiga cabang merangkumi lapan genus dan 31 spesies yang masih ada iaitu:

  • Cabang Geogalinae
  • Cabang Oryzorictinae
    • Genus Microgale
      • Microgale brevicaudata
      • Microgale cowani
      • Microgale drouhardi
      • Microgale dryas
      • Microgale fotsifotsy
      • Microgale gracilis
      • Microgale grandidieri
      • Microgale gymnorhyncha
      • Microgale jenkinsae
      • Microgale jobihely
      • Microgale longicaudata
      • Microgale macpheei (pupus)
      • Microgale majori
      • Microgale mergulus[4]
      • Microgale monticola
      • Microgale nasoloi
      • Microgale parvula
      • Microgale principula
      • Microgale pusilla
      • Microgale soricoides
      • Microgale taiva
      • Microgale thomasi
    • Genus Nesogale[4]
      • Nesogale dobsoni
      • Nesogale talazaci
    • Genus Oryzorictes
      • Oryzorictes hova
      • Oryzorictes tetradactylus
  • Cabang Tenrecinae
    • Genus Echinops
      • Echinops telfairi
    • Genus Hemicentetes
      • Hemicentetes nigriceps
      • Hemicentetes semispinosus
    • Genus Setifer
      • Setifer setosus
    • Genus Tenrec

Nota

  1. ^ Dari de La Beaujardière, Jean-Marie, penyunting (2001). "Malagasy Dictionary and Encyclopedia of Madagascar":
    • Rakotosaona (1975). "tandraka". Voambolana Tanindrana sy Tantsiraka.
    • Régis, Rajemisa-Raolison (2003). "trandraka". Rakibolana malagasy. Antananarivo: Editions Ambozontany.
    ...serta juga "tenrec". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada 4 Disember 2021. De tandraka, [variante dialectale] de trandraka, [nom malgache] de cet animal. Boleh dikembalikan sama ada mematuhi fonologi Malagasi sebagai tanderak atau mengias semisal kata Malagasi tandroka yang bererti "tanduk"[3] sebagai tandak.

Rujukan

  1. ^ Pickford, Martin (2015). "Late Eocene Potamogalidae and Tenrecidae (Mammalia) from the Sperrgebiet, Namibia" (PDF). Communications of the Geological Survey of Namibia. 16: 114–152.
  2. ^ Olson, Link E. (2013). "Tenrecs". Current Biology. 23 (1): R5–R8. doi:10.1016/j.cub.2012.11.015. PMID 23305671.
  3. ^ Tanduk. Austronesian Comparative Dictionary.
  4. ^ a b c Everson, K. M.; Soarimalala, V.; Goodman, S. M.; Olson, L. E. (2016). "Multiple Loci and Complete Taxonomic Sampling Resolve the Phylogeny and Biogeographic History of Tenrecs (Mammalia: Tenrecidae) and Reveal Higher Speciation Rates in Madagascar's Humid Forests". Systematic Biology. 65 (5): 890–909. doi:10.1093/sysbio/syw034. PMID 27103169.
  5. ^ Douady, C. J.; Catzeflis, F.; Kao, D. J.; Springer, M. S.; Stanhope, M. J. (2002). "Molecular Evidence for the Monophyly of Tenrecidae (Mammalia) and the Timing of the Colonization of Madagascar by Malagasy Tenrecs". Molecular Phylogenetics and Evolution. 22 (3): 357–363. doi:10.1006/mpev.2001.1055. PMID 11884160.
  6. ^ Poux, C.; Madsen, O.; Glos, J.; de Jong, W. W.; Vences, M. (2008). "Molecular phylogeny and divergence times of Malagasy tenrecs: Influence of data partitioning and taxon sampling on dating analyses". BMC Evolutionary Biology. 8 (1): 102. doi:10.1186/1471-2148-8-102. PMC 2330147. PMID 18377639.
  7. ^ Kinver, M. (2010-01-20). "Mammals 'floated to Madagascar'". BBC News web site. BBC. Dicapai pada 2010-01-20.
  8. ^ Ali, J. R.; Huber, M. (2010-01-20). "Mammalian biodiversity on Madagascar controlled by ocean currents". Nature. 463 (4 Feb. 2010): 653–656. Bibcode:2010Natur.463..653A. doi:10.1038/nature08706. PMID 20090678.
  9. ^ a b Nicholl, Martin (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 744–747. ISBN 978-0-87196-871-5.
  10. ^ "The Evolutionary Origin of Descending Testicles" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-10.