Taman Teknologi Tinggi Kulim

Taman Teknologi Tinggi Kulim
Kulim Hi-Tech Park
Nama samaran: Bandaraya Sains Pada Masa Hadapan
Negara Malaysia
Negeri Kedah
Pembentukan 1996
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: Kulim Technology Park Corporation

Taman Teknologi Tinggi Kulim (bahasa Inggeris: Kulim Hi-Tech Parkcode: en is deprecated atau KHTP) merupakan suatu kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kulim, Kedah. Taman teknologi ini dibangunkan secara bersama oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah. Taman ini telah dirancang dan direkabentuk dengan teliti dengan bantuan Japan International Cooperation Agency (JICA), sebuah organisasi yang berpengalaman luas dalam pembangunan industri.

Infrastuktur fasa pertama taman ini seluas 250 hektar telah disiapkan pada tahun 1994. Keseluruhan taman teknologi ini seluas 1,450 hektar telah dirancang dengan kerangka persekitaran bagi memenuhi aktiviti teknologi tinggi pembuatan, latihan dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memenuhi cara hidup moden yang sihat.

Taman Teknologi Tinggi Kulim dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-tech Kulim. [1] [2]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ [1] | Pihak Berkuasa Tempatan Hi-tech Kulim
  2. ^ Kulim’s Background Diarkibkan 2011-08-19 di Wayback Machine, Kulimkia website. Oct 31, 2010.


  • l
  • b
  • s
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
NCER Perlis
Kangar • Padang Besar • Pusat Pertanian Perlis
NCER Kedah
Alor Setar • Langkawi • Bukit Kayu Hitam • Universiti Utara MalaysiaLapangan Terbang Sultan Abdul HalimMenara Alor Star • Muzium Padi • Gurun • Hab Halal Sungai Petani • Taman Teknologi Tinggi Kulim
NCER Pulau Pinang
NCER Perak