Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar

Presidensi Umum bagi Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar
الرئاسة العامة لهيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكرcode: ar is deprecated
Intisari agensi
Dibentuk1976; 48 tahun yang lalu (1976)
Eksekutif Agensi
  • Syeikh Abdulrahman bin Abdullah Al-Sanad[1], Yang di-Pertua
Laman sesawang
https://www.pv.gov.sa
Politik Arab Saudi
Liga Arab Negara Anggota Liga Arab
Institusi Beraja
  • Keluarga Diraja Saud
  • Raja
    • Putera Mohammad bin Salman Al Saud
  • Majlis Kesetiaan
Undang-undang & Kehakiman
  • Kementerian Kehakiman Arab Saudi
  • Majlis Keselamatan Kebangsaan
  • Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar

  • Sistem
  • Al-Quran
  • Hak asasi manusia
  • Hukuman bunuh
  • 2005
  • 2011
  • 2015
Bahagian pentadbiran
Hubungan luar negeri
  • Kedutaan dan perwakilan Arab Saudi
  • Misi diplomatik Arab Saudi
  • Kedutaan dan perwakilan ke Arab Saudi
  • Misi diplomatik di Arab Saudi

  • Undang-undang kerakyatan
  • Pasport
  • Keperluan visa
  • Dasar visa
Ikon portal Portal Arab Saudi
  • l
  • b
  • s


Presidensi Umum bagi Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar (Arab: الرئاسة العامة لهيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكرcode: ar is deprecated , Bahasa Inggeris: The General Presidency of the Commission for Promotion of Virtue and Prevention of Vice) merupakan agensi berkaitan agama Islam di Arab Saudi yang ditugaskan dengan melaksanakan tugas ombudsman Islam (hisbah)

Ia merupakan kesinambungan bagi fungsi muhtasib (pemeriksa pasar) yang pernah diperkenalkan semasa era Emiriyah Diriyah (Negara Saudi Pertama (1745–1818)). Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 1976 dalam bentuk terkininya, bermatlamat utama memantau pasar dan kawasan-kawasan awam. Ia dibantu oleh sukarelawan[2], dan kerap digambarkan sebagai polis syariah[3][4] yang dipanggil Mutawien[5].

Pegawai suruhanjayajaya dan sukarelawan dikenali meronda tempat awam, dengan sukarelawan menumpukan menguatkuasakan peraturan tegas hijab, pengasingan antara jantina, dan kehadiran sembahyang harian[2]. Para pegawai diberi kuasa untuk memburu, menahan dan menyoal siasat pelanggar peraturan yang disyaki sehingga berlakunya perubabidang kuasa han pada tahun 2016.[6][7]

Pengehadan kuasa

Pada 11 April 2016, Majlis Menteri Arab Saudi mengeluarkan sebuah ketetapan baharu bagi mengehadkan bidang kuasa Suruhanjaya ini. Ketetapan baharu[8] tersebut mempunyai 12 klausa, antaranya:

"Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar terus menjalankan tugasannya dengan baik dan lembut sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW."

"Suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk melaporkan, semasa bertugas, kepada pihak berkuasa yang sepatutnya (bergantung pada aktiviti) mengenai apa-apa jenayah yang disaksikan. Tindakan selanjutnya dari mengejar suspek, menangkap, menyoal siasat dan menahan akan diserahkan kepada pihak berkuasa rasmi yang berkenaan."

"Sama ada ketua mahupun anggota Suruhanjaya tidak dibenarkan untuk menahan atau menangkap mana-mana individu atau meminta pengenalan diri atau mengekori mereka – ia merupakan bidang kuasa polis atau unit dadah."[9]

Lihat juga

  • flagPortal Arab Saudi
  • Portal Islam

Rujukan

  1. ^ [1] CV of the new Agency Sheikh Abdulrahman Al Alsanad. 31 Januari 2015
  2. ^ a b Thielmann, Jörn (2017). "Ḥisba (modern times)". Dalam Kate Fleet; Gudrun Krämer; Denis Matringe; John Nawas; Everett Rowson (penyunting). Encyclopaedia of Islam (ed. 3rd). Brill. doi:10.1163/1573-3912_ei3_COM_30485.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Vikør, Knut S. (2005). Between God and the Sultan: A History of Islamic Law. Oxford University Press. m/s. 268.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama vikor
  5. ^ "Who are Islamic 'morality police'?". BBC News. 22 April 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Haia can't chase, arrest suspects". arabnews.com. Dicapai pada 2016-04-14.
  7. ^ Commins, David Dean (2015). Islam in Saudi Arabia. I.B. Tauris. m/s. 66. no-break space character in |author= at position 9 (bantuan)
  8. ^ "Saudi cabinet decree prevents 'religious police' from pursuit, arrest". Al-Arabiya. 13 April 2016. Dicapai pada 14 April 2016.
  9. ^ "Saudi Arabia strips religious police of arresting power". Al Jazeera. Dicapai pada 2016-04-14.

Pautan luar

  • Official site of Province of Medina's branch (Arab)
  • Amnesty International Report 2002 - Middle East and North Africa Diarkibkan 2006-02-13 di Wayback Machine
  • Washington Embassy's statement on the tragic fire at a Makkah school, 2 April 2002.