Stesen Tiangongyuan

Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Shengwu Yiyao Jidi
menghala ke Anheqiaobei
Laluan Daxing Terminal
LokasiMap

Stesen Tiangongyuan (Cina ringkas: 天宫院站code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 天宮院站code: zh is deprecated ; pinyin: Tiāngōngyuàn Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daxing, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan Daxing.[1]

Sejarah

Pembinaan Laluan Daxing telah dimulakan pada tahun 2007. Pada 30 Disember 2010, Stesen Tiangongyuan dan stesen di sepanjang Laluan Daxing telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya untuk berkhidmat di kawasan sekitar.[2]

Lokasi

Stesen Tiangongyuan terletak di bawah tanah persimpangan Jalan Xinyuan (Cina ringkas: 新源大街code: zh is deprecated ; pinyin: Xīnyuán Dàjiē) dan Jalan Simiao (Cina ringkas: 思邈路code: zh is deprecated ; pinyin: Sīmiǎo Lù).[3] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran Subdaerah Tiangongyuan, di barat laut daerah Daxing, China dan berkhidmat di sekitar kawasan perumahan Baolichuntianli (保利春天里), Baolichuntianpai (保利春天) dan Xiyuechuntian (喜悦春天).[3]

Perkhidmatan

Pelan stesen

G Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1 Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis Akses OKU
B2 Platform
Arah Utara
 Daxing  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Shengwu Yiyao Jidi)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
Platform
Arah Selatan
 Daxing  berakhir di stesen ini, keluar sahaja.

Dalaman stesen

Dalaman stesen
Aras legar stesen, Stesen Tiangongyuan.
Mesin tiket layan diri di aras legar stesen, Stesen Tiangongyuan.
Aras platform stesen, Stesen Tiangongyuan.

Aras legar stesen Tiangongyuan terletak di aras bawah tanah, di bawah tanah simpang tiga Jalan Xinyuan dan Jalan Simiao. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A dan B manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar C dan D. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di aras legar seatan berdekatan dengan pintu keluar C. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar selatan berdekatan dengan pintu keluar C dan D. Stesen Tiangongyuan juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[4]

Stesen Tiangongyuan mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[4]

Pintu capaian

Lif beserta landasan yang landai di pintu D stesen untuk kemudahan OKU.

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Tiangongyuan, pintu A, B, C dan D. Pintu D mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][4]

Pintu Lokasi Destinasi Kemudahan Gambar
A Jalan Xinyuen
(清华西路)
Jalan Huatuo, 凯德MALL
B Jalan Simiao
(思邈路)
Kawasan Perumahan Baolichuntianli, Jejambat Tiangongyuan
C Jalan Xinyuen
(清华西路)
Kawasan Perumahan Xiyuechuntian, Tadika Daxing No. 6
D Jalan Simiao
(思邈路)
Kawasan Perumahan Baolichuntianpai, Jalan Tianshui Lif untuk OKU

Sambungan

Bas X108 di Stesen Tiangongyuan

Apabila stesen Tiangongyuan dibuka, ia disambungkan dengan beberapa laluan bas:[4]

  • Beijing Public Transport Group: 456
  • Beijing Bafangda Passenger Transport: 827, 829, 940, X102, X108
  • Daxing Bus: 兴11, 兴21, 兴27, 兴27快, 兴28, 兴30, 兴39, 兴40, 兴41, 兴44, 兴46, 兴48, 兴54, 兴55, 兴55区, 兴61, 兴61区, 兴64, 兴65, 兴66, 兴68, 兴77, 兴80, 兴81

Rujukan

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ "大兴线亦庄线2010年开通4号线明年通车运营" [Laluan Daxing dan Laluan Yizhuang dibuka 2010, Laluan 4 dibuka tahun depan] (dalam bahasa Cina). 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2009.
  3. ^ a b c "Around the Station – Tiangongyuan – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Tiangongyuan – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Facility – Tiangongyuan – Beijing MTR" [Prasarana – Tiangongyuan – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Stesen Tiangongyuan di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Laluan 4
Laluan Daxing
Laluan 10
  • Bagou
  • Suzhoujie
  • Haidian Huangzhuang
  • Zhichunli
  • Zhichun Lu
  • Xitucheng
  • Mudanyuan
  • Jiandemen
  • Beitucheng
  • Anzhenmen
  • Huixinxijie Nankou
  • Shaoyaoju
  • Taiyanggong
  • Sanyuanqiao
  • Liangmaqiao
  • Nongye Zhanlanguan
  • Tuanjiehu
  • Hujialou
  • Jintai Xizhao
  • Guomao
  • Shuangjing
  • Jingsong
  • Panjiayuan
  • Shilihe
  • Fenzhongsi
  • Chengshousi
  • Songjiazhuang
  • Shiliuzhuang
  • Dahongmen
  • Jiaomendong
  • Jiaomenxi
  • Caoqiao
  • Jijiamiao
  • Shoujingmao
  • Fengtai
  • Niwa
  • Xiju
  • Liuliqiao
  • Lianhuaqiao
  • Gongzhufen
  • Xidiaoyutai
  • Cishousi
  • Chedaogou
  • Changchunqiao
  • Huoqiying