Serigala Pulau Vancouver

Serigala Pulau Vancouver
Serigala putih di Zoo Vancouver Raya (atas); Serigala Pulau Vancouver kelabu tangkapan di Gunung Grouse
Status pemuliharaan

Terancam  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Mammalia
Order:
Carnivora
Keluarga:
Canidae
Genus:
Canis
Spesies:
C. lupus
Subspesies:
C. l. crassodon
Nama trinomial
Canis lupus crassodon
Hall, 1932[1]>

Serigala Pulau Vancouver (Canis lupus crassodon) ialah satu subspesies serigala kelabu, endemik di Pulau Vancouver, Barat Laut Pasifik, Amerika Utara. Ia sangat sosial dengan serigala lain, dan tinggal dalam kawanan kira-kira lima ekor hingga tiga puluh lima ekor. Ia merupakan subspesies terancam, sangat malu, dan jarang terlihat oleh manusia.[2] Serigala di kawasan Rizab Taman Negara Lingkungan Pasifik telah diketahui menyerang dan membunuh anjing bela jinak tidak terjaga.[3] Terdapat juga dua ekor serigala Pulau Vancouver di Zoo Vancouver Raya.[4]

Penampilan

Serigala Pulau Vancouver bersaiz sederhana, berukuran tinggi kasar-kasar 26–32 in (66–81 cm), 4–5 ka (120–150 cm) dari hidung ke hujung ekor, dan berberat kasar-kasar 60 kg (130 lb). Ia biasanya berwarna campuran kelabu, perang, dan hitam. Kadang-kadang ia kelihatan berwarna putih tulen.

Diet

Sumber makanan utama serigala ini ialah rusa berekor hitam Columbia, dan elk Roosevelt.

Rujukan

  1. ^ Fred H. Harrington (1982). Wolves of the World: Perspectives of Behavior, Ecology, and Conservation. Noyes. m/s. 54–. ISBN 978-0-8155-0905-9. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  2. ^ "Vancouver Island Wolf and British Columbia Wildlife – April Point Resort and Spa".
  3. ^ "Rizab Taman Negara Lingkungan Pasifik Kanada". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-09. Dicapai pada 2014-06-30.
  4. ^ "Vancouver Island Wolf". Zoo Vancouver Raya. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2014-06-30.