Pulau Tenggol

Pulau Tenggol (Tulisan Jawi:ڤولاو تيڠڬول ) terletak di luar pantai negeri Terengganu, Malaysia. Lokasinya di perairan Laut China Selatan dan terdedah kepada tiupan Angin Monsun Timur Laut yang kencang khususnya antara bulan Oktober - Januari setiap tahun.

Pulau Tenggol menyediakan 20 tempat menyelam yang cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula turut menarik bagi melihat ikan selar berkumpulan dan beberapa jenis batu karang pelantar laut dalam.

Jika anda bernasib baik, diantara bulan Julai dan September anda berpeluag melihat kehadiran Yu paus yang besar dan cantik memakan plankton dan udang kecil di sekitar pulau ini.

Aktiviti

Keindahan pulau ini menjadi tarikan pelancong untuk aktiviti selam skuba bagi menjejaki khazanah terumbu karang dan mengamati bangkai-bangkai kapal karam.

Skuba dan snorkeling juga antara aktiviti utama di sini. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah terumbu karang lembut, nudibrankia, rumpai laut, batfish, penyu laut, becok Napoleon Wrash, ikan badut dan yu paus.

Bot

Sebarang aktiviti yang dilaksanakan sepanjang percutian di pulau ini mesti dirancang dengan awal. Terdapat banyak perkhidmatan bot laju untuk tujuan “day-trip diving” disedikan.

Pelancong yang ingin ke Pulau Tenggol dinasihatkan untuk menggunakan jeti bot ekspres baru yang terletak di tepi jambatan Kuala Dungun.

Kadar sewaan bot laju ialah lebih kurang RM600-RM650 sehari. Kos ini boleh dikongsi beramai-ramai, kerana satu bot laju boleh memuatkan antara 6-10 orang penumpang dalam satu-satu masa. Kadar sewaan ini termasuk bot, petrol, pemandu bot dan pek makan tengahari . Namun begitu pakej aktiviti skuba, snorkeling dan peralatan berkenaan dengannya serta chalet penginapan tidak termasuk pada harga tersebut.

Penginapan

Terdapat banyak resort dan chalet kecil dibina di pulau ini. Namun resort-resort di Pulau tenggol tidak sebanyak resort yang terdapat di Pulau Perhentian atau di Pulau Kapas. Tenggol Island Resort (nama lama ialah Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar merupakan resort yang terkenal dan sering menjadi pilihan di Pulau Tenggol. Ia terdiri dari chalet-chalet kayu berlatar belakang hutan tropika. Jika pelancong tidak mahu menetap di pulau, mereka juga boleh memilih menetap di bandar Dungun, terdapat beberapa hotel murah dan sederhana seperti Hotel Sura, Hotel UiTM dan rumah tumpangan Cina, kadar sewaan semalam kurang dari RM100 sebilik. Pelancong juga boleh membuat khemah di pulau ini jika mahu, namun amat disarankan untuk menjaga kebersihan pulau.

Pengangkutan

Untuk pergi ke Pulau Tenggol, pelancong harus menyewa bot laju untuk sampai ke Pulau Tenggol dari jeti Kuala Dungun. Untuk tujuan skuba, kadar sewaan bot adalah sekitar RM600-650 untuk sebuah bot sehari (maksimum 6 orang). Kadar lebih murah untuk ke resort. Anda perlu berunding dengan pihak resort supaya bayaran masuk-keluar bot (boat transfer fee) dimasukkan sekali ke dalam pakej anda, Pastikan ia perjalanan 2-hala (return trip). Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).

Bagi perjalanan darat ke Kuala Dungun, misalnya dari Kuala Lumpur atau Shah Alam, perkhidmatan bas ekspress adalah pilihan terbaik kerana terminal bas Kuala Dungun ke jeti tidak terlalu jauh, lebih kurang 2 km dengan merentasi jambatan baru Kuala Dungun.

Pelancong dinasihatkan untuk mengelakkan datang ke sini dari bulan November hingga Mac kerana musim tengkujuh yang melanda pantai timur. Di waktu ini tiada aktiviti sukan air dan sesetengah resort mungkin ditutup.

Rujukan

  • Selaman skuba di Pulau Tenggol, Terengganu, Malaysia

Pautan luar

  • http://www.visit-terengganu.net/pulau-tenggol/
  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Jambatan
Pantai
Pantai Air TawarPantai Batu BurukPantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih