Plat Amerika Selatan

  Plat Amerika Selatan ditonjolkan dengan warna ungu

Plat Amerika Selatan ialah plat tektonik yang meliputi benua Amerika Selatan dan merentasi ke Rabung Atlantik Tengah di sebelah timur:

  • Sempadan timur Plat Amerika Selatan merupakan sempadan mencapah, dengan Plat Afrika membentuk bahagian selatan Rabung Atlantik Tengah.
  • Sempadan selatan merupakan sempadan yang rumit yang bersentuhan dengan Plat Antartik dan Plat Scotia.
  • Sempadan barat ialah sempadan tumpu yang bersentuhan dengan Plat Nazca yang masih mensubduksi, iaitu membenam di bawah Plat Amerika Selatan.
  • Sempadan utara ialah sempadan yang bersentuhan dengan Plat Caribbean.

Di Simpangan Tiga Chile yang terletak di Semenanjung Taitao-Tres Montes, rabung lautan Cangkat Chile sedang mensubduksi di bawah Plat Amerika Selatan.

Plat Nazca, bahagian yang paling selatan kepada bekas Plat Farallon masih mensubduksi di bawah pinggir barat Plat Amerika Selatan. Subduksi ini menyebabkan kenaikan Gunung Andes yang agam dan mengakibatkan gunung berapi yang bertaburan di kawasan tersebut.

  • l
  • b
  • s
Plat tektonik
Utama
Afrika · Amerika Selatan · Amerika Utara · Antartik · Eurasia · India · Indo-Australia · Pasifik
Minor
Arab · Caribbean · Cocos · Explorer · Gorda · Jan Mayen · Juan de Fuca · Laut Filipina · Nazca · Scotia
Lain-lain
Senarai plat tektonik