Pincer

Pincer Jerman dan pincer kerdil, baka dalam kumpulan pincer. Sebelum 1888.

Pincer[a] ialah sekumpulan baka anjing Jerman yang dikembangkan pada asalnya sebagai anjing pemburu tikus di ladang atau sebagai anjing pengawal. Pada abad kedua puluh satu, ia lazimnya dibela sebagai haiwan pendamping.

Asal usul

Pincer Jerman dianggap sebagai pincer prototaip dan salah satu baka tertua Jerma, yang lebih berkait rapat dengan schnauzer sederhana (yang pernah dikenali sebagai pincer berbulu dawai) berbanding dengan anjing Dobermann dan pincer lain.[1] Sejak pertengahan abad ke-19, pembiak baka menghentikan pembiakbakaan silang bagi jenis-jenis lapis bulu ini dan, dengan pembentukan Pinscher-Schnauzer-Klub (PSK) pada tahun 1895, memajukan kedua-dua menjadi keragaman baka berlainan.[2]

Etimologi

Terdapat beberapa teori tentang etimologi perkataan pincer (Pinscher dalam bahasa Jerman); bahawa perkataan ini diterbitkan daripada "pincer" bahasa Perancis, yang memaksudkan "menangkap", "menggigit",[1] dan "mencengkam" yang mungkin berkaitan dengan fungsinya untuk menangkap haiwan perosak di ladang,[3] bahawa perkataan ini diterbitkan daripada "pinch" bahasa Inggeris, yang memaksudkan "mencubit", yang merujuk telinga terpotongnya,[4] jenis anjing "terier rubah" (dengan anggapan bahawa itu merupakan istilah penerang yang memaksudkan kaedah kerja anjing "settler" atau "terrier", dan bukan warisan[2]),[5] atau penggigit,[perlu rujukan] walaupun kata kerja "pinch" ("mencubit" mempunyai terbitan sama *pinchier bahasa Perancis Utara Kuno awal abad ke-13, yang sendiri mungkin berasal daripada bahasa Latin Umum.[6]

Baka

Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf baka-baka pincer berikut dalam Kumpulan 2, Seksyen 1: Pincer dan Schnauzer, Seksyen 1.1 Pincer:[7]

  • Pincer Austria (no. 64)
  • Anjing Dobermann (no. 143)
  • Pincer Jerman (no. 184)
  • Pincer kerdil (no. 185)
  • Pincer monyet (no. 186)

Sementara:

  • Anjing ladang Denmark-Sweden (no. 356)[8]
  • Sebagai tambahan, pincer harlekuin (no. 210) diterima sebelum ini oleh FCI, namun disingkirkan secara rasmi selepas kepupusannya.

Mungkin terdapat anjing pemburu berkaitan lain yang dipanggil pincer yang bukan baka beriktiraf. Di samping itu, individu pembiak baka kerap mencuba pewujudan baka baharu yang mungkin dipanggil pincer. Salah satu contoh ini ialah carlin pinscher, yang telah dikembangkan dengan menyilangkan pug dengan pincer kerdil, atau baka serupa lain. Terdapat sebilangan besar kelab sukan, kelab baka, dan pejabat pendaftaran dan perniagaan baka berdasarkan Internet yang dalamnya anjing boleh didaftarkan di bawah apa jua nama yang dikehendaki oleh pemilik atau penjual.[9]

Galeri

  • Pincer Austria
    Pincer Austria
  • Anjing Dobermann
    Anjing Dobermann
  • Pincer Jerman
    Pincer Jerman
  • Pincer kerdil
    Pincer kerdil
  • Pincer monyet

Catatan

  1. ^ Jawi: ڤينچرcode: ms is deprecated ; Jerman: Pinschercode: de is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b "German Pinscher" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Jun 2024. The German Pinscher is among its homeland’s oldest breeds. As the progenitor of the Miniature Pinscher and the ever-popular Doberman, among other German breeds, it can be said to be the prototypical pinscher. (A helpful historian tells us that “ ‘pinscher’ appears to be a Germanic form of the French word ‘pincer,’ meaning "to seize" or "to nip".) And seizing and nipping are apt descriptions of how GPs originally earned a living: rat killing...The German Pinscher originated in Germany and is more closely associated to the Schnauzer than the Doberman and other Pinschers.
  2. ^ a b "Miniature Pinscher History & Characteristics: History of the Breed" (dalam bahasa Inggeris). Miniature Pinscher Club of America. Dicapai pada 8 Jun 2024. Part of the confusion in origin comes from the word "pinscher", which is a descriptive term like "settler" or "terrier" that denotes the dog's method of working, not his heritage. "Pinscher" refers to a dog's habit of jumping on, and fiercely biting its quarry. A definition in Henne's Dictionary of the German Language indicates that Pinscher is "borrowed from the English word pincher, meaning one who pinches, nips or tweaks."
  3. ^ "German Pinscher: Description". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024. The word pinscher means 'to bite' or 'to grip' and it was used to describe the breed's original function as a killer of rats and other vermin.
  4. ^ "Pinscher" (dalam bahasa Inggeris). Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  5. ^ "Dobermann Pinscher" (dalam bahasa Inggeris). Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  6. ^ "Pinch" (dalam bahasa Inggeris). Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  7. ^ "Group 2 : Pinscher and Schnauzer – Molossoid and Swiss Mountain and Cattledogs" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  8. ^ Fédération Cynologique Internationale Breeds Provisionally Accepted (Inggeris)
  9. ^ Dog Breed Registries in North America (Inggeris) Diarkibkan 20 Disember 2005 di Wayback Machine
  • Top Pinscher is a Hall of Fame to Champions (FCI, AKC, AUS) Pinscher around of the world. (Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Jerman
Hound
Jerman
Gundog
Anjing gembala
Anjing bumi
Anjing mainan
Lain-lain
Pupus
  • l
  • b
  • s
Pincer dan schnauzer
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah
  • l
  • b
  • s
Tingkah laku
Kesihatan
Pelatihan
Jenis
Baka
Kerja
Interaksi
manusia–anjing
  • Kategori Kategori