Pentakuark

Suatu pentakuark generik. q menandakan suatu kuark, sementara q menandakan suatu antikuark. Garis-garis beralun merupakan gluon, yang mengantarai interaksi kuat di antara kuark. Warna-warna berpadanan dengan perubahan-perubahan warna yang berbagai pada kuark. Warna merah, hijau, dan biru setiap satu mesti hadir dan kuark dan antikuark selebihnya mesti mengongsi warna dan antiwarna berpadanan, di sini yang terpilih ialah biru dan antibirU (ditunjukkan sebagai kuning).

Pentakuark ialah sejenis zarah subatom hipotesis yang terdiri daripada empat kuark dan satu antikuark yang terikat bersama-sama.

Oleh sebab kuark mempunyai nombor barion +​13, dan antikuark mempunyai −​13, jumlah nombor barion yang patut ada ialah 1, lalu dikelaskan sebagai barion eksotik. Berlawanan pula, barion-barion nalar (atau 'trikuark') terdiri daripada tiga kuark. Nama pentakuark dicipta oleh Harry J. Lipkin pada 1987.[1][2] Sungguhpun dijangkakan selama berdekad-dekad, keadaan-keadaan pentakuark telah sememangnya dibuktikan sukar untuk ditemui, dan sesetengah ahli fizik hanya sampai setakat mencadangkan bahawa suatu hukum alam yang tidak diketahui melarang penghasilannya.[3]

Bukti pertama untuk pentakuark dicatatkan di dalam sebuah makmal di Jepun, dan kemudian beberapa uji kaji melaporkan kewujudan keadaan-keadaan pentakuark,[4] tetapi uji kaji dan analisis semula data yang kemudiannya tidak menerimanya sebagai resonans benar kerana yang lain tidak mampu mereplikasikan uji kaji itu.[5] Pada 13 Julai 2015, kolaborasi LHCb di CERN melaporkan hasil-hasil yang tekal dengan keadaan-keadaan pentakuarkan dalam reputan barion-barion Lambda dasar (Λ0
b
).[2] Hasil-hasilnya belum melalui ulasan ahli sains setara.

Di luar makmal fizik zarah, pentakuark juga boleh dihasilkan secara semula jadi oleh supernova sebagai sebahagian daripada proses pembentukan bintang neutron.[6] Kajian pentakuark mungkin menyediakan sudut pandangan dalaman mengenai cara pembentukan bintang-bintang ini, serta membolehkan ahli sains untuk mengkaji daya kuat dan interaksi-interaksi zarah dengan lebih baik.

Lihat juga

  • Jirim eksotik
  • Model kuark
  • Senarai zarah
  • Tetrakuark

Catatan kaki

Rujukan

  1. ^ H. J. Lipkin (1987). "New possibilities for exotic hadrons — anticharmed strange baryons". Physics Letters B. 195 (3): 484–488. Bibcode:1987PhLB..195..484L. doi:10.1016/0370-2693(87)90055-4.
  2. ^ a b Templat:Petik arXiv
  3. ^ H. Muir (2 Julai 2003). "Pentaquark discovery confounds sceptics". New Scientist. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  4. ^ K. Hicks (23 Julai 2003). "Physicists find evidence for an exotic baryon". Universiti Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-08. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  5. ^ Lihat hlm. 1124 dalam C. Amsler et al. (Particle Data Group) (2008). "Review of particle physics" (PDF). Physics Letters B. 667 (1–5): 1. Bibcode:2008PhLB..667....1A. doi:10.1016/j.physletb.2008.07.018.
  6. ^ I. Sample (14 Julai 2015). "Large Hadron Collider scientists discover new particles: pentaquarks". The Guardian. Dicapai pada 14 Julai 2015.

Bacaan lanjut

  • David Whitehouse (1 Julai 2003). "Behold the Pentaquark (BBC News)". BBC News. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  • Thomas E. Browder, Igor R. Klebanov, Daniel R. Marlow (2004). "Prospects for Pentaquark Production at Meson Factories". Physics Letters B. 587: 62. arXiv:hep-ph/0401115. Bibcode:2004PhLB..587...62B. doi:10.1016/j.physletb.2004.03.003.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Templat:Petik arXiv
  • Kenneth Hicks (2005). "An Experimental Review of the Θ+
    Pentaquark". Journal of Physics: Conference Series. 9: 183. arXiv:hep-ex/0412048. Bibcode:2005JPhCS...9..183H. doi:10.1088/1742-6596/9/1/035.
  • Mark Peplow (18 April 2005). "Doubt is Cast on Pentaquarks". Nature. doi:10.1038/news050418-1.
  • Maggie McKie (20 April 2005). "Pentaquark hunt draws blanks". New Scientist. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  • Jefferson Lab (21 April 2005). "Is It Or Isn't It? Pentaquark Debate Heats Up". Space Daily. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  • Dmitri Diakonov (2005). "Relativistic Mean Field Approximation to Baryons". European Physical Journal A. 24: 3. Bibcode:2005EPJAS..24a...3D. doi:10.1140/epjad/s2005-05-001-3.
  • Schumacher, R. A. (2006). "The Rise and Fall of Pentaquarks in Experiments". AIP Conference Proceedings. 842: 409. arXiv:nucl-ex/0512042. doi:10.1063/1.2220285.
  • Kandice Carter (2006). "The Rise and Fall of the Pentaquark". Symmetry Magazine. 3 (7): 16.

Pautan luar

  • "Pentaquark on arxiv.org".