Pendidikan di Syria

Sekolah Menengah di Aleppo
Universiti Aleppo
  • l
  • b
  • s


Pendidikan di Republik Arab Syria diberi perhatian dan penjagaan yang diperlukan oleh negara Syria, kerana Perlembagaan Syria menjamin hak pendidikan kepada setiap warganegara, yang wajib dan percuma di peringkat rendah. Ia adalah percuma tetapi tidak wajib di peringkat menengah dan pendidikan tinggi disediakan dengan bayaran simbolik. peringkat rendah merangkumi 2 peringkat, 1 & 2 yang merangkumi gred 1 hingga 6 manakala sekolah menengah merangkumi gred 7 hingga 10[2]

Pendidikan ialah percuma dan wajib dari umur 7 hingga 15 tahun. Bahasa Arab ialah bahasa pengantar di Republik Arab Syria. Bahasa Inggeris diajar dari gred 1, dan bahasa Perancis atau Rusia diajar dari gred 7 dalam peringkat pembelajaran asas sebagai bahasa kedua utama.[perlu rujukan]

Menurut bancian 2007, 98 peratus sekolah di Syria adalah awam (kelolaan negeri), 1.8 peratus adalah swasta,[3] dan 0.2 peratus adalah sekolah Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk kanak-kanak yang menjadi pelarian.[4]

Rujukan

  1. ^ a b c d "Country: Syria". UNESCO. 27 November 2016. Dicapai pada 22 Disember 2021.
  2. ^ "International Education Guide – Syria".
  3. ^ "Education in Syria".
  4. ^ TIMSS Encyclopedia(2008)

Pautan luar

  • flagPortal Syria
  • Joshua Landis,"Islamic Education in Syria"