Peluru berpandu Peacekeeper

LGM-118A Peacekeeper
Ujian pelancaran peluru berpandu antara benua Peacekeeper oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.
JenisPeluru berpandu antara benua
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1986
Sejarah pengeluaran
PengeluarBoeing, Martin Marietta, TRW dan Denver Aerospace
Kos unitAS$ 70 juta
Spesifikasi
Berat96.75 tan
Panjang71 kaki 6 in (21.8 m)
Diameter7 kaki 7 in (2.3 m)
Warheadsehingga 10 buah kenderaan masuk kembali, Avco Mk-21 yang setiap satu boleh membawa kepala peledak 300KT (1.25 PJ) W87. (Kuasa gabungan letupan bagi sebuah ICBM adalah 3000 KT)
Detonation
mechanism
Letupan udara

Enjin
  • Tahap Satu: 500,000 lbf (2.2 MN tujahan), motor bahan api pepejal Thiokol SR118;
  • Tahap Kedua: Motor bahan api pepejal Aerojet General SR119;
  • Tahap Ketiga: Motor bahan api pepejal Hercules SR120,
  • Kenderaan lepas-pelonjak : Motor bahan api pepejal boleh mula semula Rocketdyne; bahan api hipergolik boleh disimpan
Jarak
operasi
9700 km
Sistem
pemanduan
Inersia (AIRS), 393 kaki 7 in (120 m) CEP
Platform
pelancaran
Silo tetap

Peluru berpandu Peacekeeper (Penjaga Keamanan) adalah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang digunakan oleh Amerika Syarikat semenjak 1986 untuk penunduk strategik "deterrence". Menurut, perjanjian yang tidak tidak disahkan, START II peluru berpandu ini perlu dilupuskan dari simpanan senjata nuklear Amerika Syarikat menjelang 2004.

Sejarah

Peluru berpandu Peacekeeper direka bagi menggantikan Minuteman III. Peluru berpandu Peacekeeper adalah generasi ketiga peluru berpandu balistik antara benua yang pertama. Kerja rekabentuk bermula pada 1972 tentang MX (Peluru berpandu percubaan "Missile-eXperimental"). Selain dari peningkatan teknikal peluru berpandu, isu ketahanan dan mudah alih dianggap semakin penting. Pada tahun 1976 Kongres enggan membiayai sistem berasaskan silo disebabkan kelemahan mudah dimusnahkan dan projek itu ditangguhkan sehingga 1979 apabila Presiden Carter meluluskan pembangunan peluru berpandu dan sistem perlindungan berganda dihubungi dengan sistem rel sebagai pengangkutan. Presiden Reagan membatalkan sistem pelindungan baru pada 1981 dan menyokong penyelesaian susunan rapat "dense pack" untuk mempercepatkan perlaksanaan pada 1982, Sekali lagi Kongres menolak siste silo. Tolak ansur dianjurkan pada prtengahan-1983, di mana penempatan pantas 100 peluru berpandu baru dalam silo sebagai membuktikan "kesungguhan negara" dan melupuskan peluru berpandu balistik antara benua Titan II dan diikuti kemudiannya dengan peluru berpandu mudah alih satu kepala peletus peluru berpandu balistik antara benua.

Reagan mengekemukakan nama Peacekeeper (Penjaga Keamanan), tetapi secara rasmi peluru berpandu itu dinamakan LGM-118A. LGM-118A pertama kali diuji pada 17 Jun 1983 di Vandenberg AFB, California, ia merentasi 6,700 km untuk menghentam Tapak Ujian Kwajalein di Pasifik dengan jayanya. Peluru berpandu beroperasi dikilangkan semenjak Februari 1984 dan pertama sekali ditempatkan pada Disember 1986 sehingga Sayap Peluru Berpandu Strategik ke 90 di F.E. Warren AFB Wyoming untuk megubahsuai silo Minuteman. Lima puluh peluru berpandu beroperasi telah ditempatkan di Warren pada Disember 1988. Perlaksanaan rancangan untuk 100 peluru berpandu dibatalkan oleh Kongres pada 1985 disebabkan isu kelemahan ketahanan.

Isu kelemahan ketahana diselesaikan dengan sistem "garrison rel" di mana 25 keretapi setiap satu dilengkapi dengan dua peluru berpandu akan menggunakan sistem kereta api persekutuan untuk bersembunyi. Sistem ini dicadangkan untuk bermula pada akhir 1992 tetapi masalah kekangan belanjawan dan perubahan situasi antarabangsa menyebabkan ia dibatalkan.

Projek ini telah menelan belanja sekitar $20 bilion (sehingga 1998) dan menghasilkan 114 peluru berpandu, setiap satu peluru berpandu beroperasi bernilai $400 juta. Kos "flyaway" setiap peluru berpandu dianggarkan hanyalah antara $20-70 milion.

Lihat juga: SLBM, Anti-peluru berpandu balistik, Perjanjian anti-peluru berpandu balistik, perlucutan senjata nuklear, peperangan nuklear dan kapal selam.

Pautan luar

  • Laman sejarah Peacekeeper ICBM