Orang minyak

Rencana ini mengenai orang minyak, untuk filem, lihat Orang Minyak (filem).
Poster filem Sumpah Orang Minyak.

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.[1]

Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem Orang Minyak ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MPF) dan diarahkan oleh P. Ramlee.[2]

Matlamat

Orang minyak bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu.

Kelebihan

Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.[perlu rujukan]

Penelitian secara ilmiah

Kemungkinannya ia bermula dengan pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak agar sukar ditangkap kerana licin. Minyak yang gelap juga akan menjadikan dirinya sukar dilihat pada waktu malam, sunggupun ia membahayakan dirinya ketika memanjat. Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak telah ditahan di kampung Tinagayan Laut, Malaysia. [3]

Dalam budaya masyhur

Filem

  • Orang minyak muncul dalam filem Magika, sebuah filem fantasi muzikal tahun 2010 yang menghimpunkan pelbagai watak cerita rakyat Melayu, dilakonkan oleh Nabil Ahmad[4].
  • Filem pada tahun 1958. Filem Orang Minyak ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MPF) dan diarahkan oleh P. Ramlee.[2]

Rujukan

  1. ^ The door magazine, Issues 174-184
  2. ^ a b P. Ramlee: the bright star, James Harding, A. H. Ahmad Sarji
  3. ^ http://www.metro.co.uk/weird/article.html?in_article_id=26588&in_page_id=2
  4. ^ Wahiduzzaman (23 September 2010). ""Magika" Bukan Filem "Gebang Kosong"". mStar. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  • http://www.filemkita.com/filem/o/orang_minyak_01.html

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Malaysia Mitologi Malaysia
Lagenda
  • Badang
  • Cik Siti Wan Kembang
  • Hang Tuah
  • Hang Jebat
  • Mahsuri
  • Nunuk Ragang
  • Panglima Awang
  • Puteri Gunung Ledang
  • Naga Seri Gumum
  • Si Tanggang
Pendeta dan perantara
Makhluk ghaib
Wali Melayu
Tempat semangat Cina
Lihat juga