Muzium TLDM

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan Muzium Samudera (replika Kapal Flor De La Mar) di Melaka, Malaysia. Muzium yang dahulunya terletak di pengkalan TLDM di Lumut kini telah dipindahkan ke Melaka supaya lebih ramai pelawat dapat mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak TLDM. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995.

Muzium ini memaparkan gambar Panglima TLDM, pingat kebesaran, pangkat, alat-alat senjata, pakaian seragam, peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang diguna dalam pelayaran. Turut diperagakan ialah aktiviti pembangunan Angkatan Tentera Laut Malaysia.

Dibahagian luar muzium pula terletaknya sebuah kapal "EX KD Sri Terengganu" serta sedikit sebanyak alatan senjata api yang dibekalkan di kapal tersebut.

Dibahagian dalam pula,terdapat sebuah helikopter Westland Wasp yang telah bersara dipamerkan bersama peralatan-peralatan yang telah bersara.

Objektif Penubuhan

Untuk memberi informasi kepada masyarakat tentang peranan, sumbangan, aktiviti-aktiviti senjata dan peralatan yang pernah dan sedang digunakan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dalam mengawasi keselamatan perairan Malaysia. Sebagai gedung ilmu dan pusat dokumentasi sejarah penubuhan, kemajuan dan kegiatan TLDM sehingga kini.

Lihat juga

Kepimpinan
Panglima Tentera Laut • Timbalan Panglima Tentera Laut • Panglima Armada
Organisasi
Markas
Markas Tentera Laut
Markas Armada
Markas Wilayah Laut I • Markas Wilayah Laut II • Markas Wilayah Laut III
Markas Bantuan
KD Malaya
Markas Pendidikan dan Latihan
KD Pelandok • KD Sultan Ismail
Pusat Hidrografi Nasional
Armada
Flotila Serangan • Flotila Rondaan • Flotila Latihan • Flotila Bantuan
Kapal
Senarai kapal TLDM
Unit-unit penting
KD Rajawali • PASKAL • PROTELA • PALAPES • PSSTLDM
Keanggotaan & kelengkapan
Pakaian seragam
Pangkat • Lencana
Kelengkapan
Peluru berpandu
Exocet • Otomat • Sea Wolf • Aspide • Sea Skua
Whitehead
Senjata ringan
Helikopter
Sejarah & tradisi
Sejarah
Perang Dunia Kedua
Darurat
Konfrontasi
Terkini
Teluk Aden 2008
Tradisi
Lagu TLDM • Panji TLDM
Lain-lain
Muzium TLDM • Veteran TLDM