Minah Moto

Minah Moto
PengarahAhmad Idham
Lakon layarAhmad Idham
Dihasilkan olehAhmad Idham
Dibintangi
  • Dayana Roza
  • Cat Farish
  • Ariz Lufias
  • Julia Hana
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
AIFA Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 25 Jun 2017 (2017-06-25) (Malaysia)
Masa tayangan
80 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM500,000

Minah Moto merupakan sebuah filem Malaysia 2017 arahan Ahmad Idham. Ia dibintangi oleh Dayana Roza, Cat Farish, Ariz Lufias dan Julia Hana. Filem ini ditayangkan pada 25 Jun 2017. Filem ini juga mempunyai adegan berbaur lucah yang tidak sesuai untuk tontonan keluarga. [1]

Sinopsis

Mengisahkan tentang Aminah, seorang gadis yang cantik tapi gembira yang bekerja di bengkel motosikal bapanya. Dia bermimpi untuk memiliki motosikal Yamaha RX-Z, dan apabila dia akhirnya mengangkat tangannya, hidupnya sebagai pelumba wanita bermula.

Pelakon

  • Dayana Roza sebagai Aminah
  • Ariz Lufias sebagai Wan Razwan
  • Oktovia Manrose sebagai Ayu
  • Cat Farish sebagai Zam
  • Julia Hana sebagai Puan Hasnah
  • Erry Putra sebagai Tauke Kedai
  • Eric Fuzi sebagai Pemuda RXZ
  • Ropie Cecupak sebagai Bapa Wan Razwan
  • Zulin Aziz sebagai Dekan

Penerbitan

Minah Moto diarahkan oleh Ahmad Idham, dan merupakan filem ke-30 arahannya. Filem ini menjalani penggambaran pada Disember 2016 dan mengambil masa 20 hari untuk disiapkan melibatkan lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Keluaran dan sambutan

Minah Moto ditayangkan pada 25 Jun 2017 di pawagam seluruh negara, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.[2] Ia menjadi kegagalan komersial,[3] Minah Moto hanya meraih kutipan setengah juta sepanjang tempoh tayangannya.[4] Penerimaan negatif terhadap Minah Moto berterusan dengan segelintir netizen menganggap filem ini sebagai "filem sampah".[5]

Rujukan

  1. ^ Aqmar Mustaza (17 Jun 2017). Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor Sinar Harian. Diperoleh pada 23 Julai 2017.
  2. ^ Rozdan Mazalan (2 Julai 2017). Geng motosikal bantu kutipan Minah Moto Berita Harian. Dicapai pada 23 Julai 2017.
  3. ^ Ifqdar Rahman (4 Julai 2017). Idham kecewa Minah Moto dianaktiri Utusan Malaysia. Diperoleh pada 23 Julai 2017.
  4. ^ Amerul Haswendy Ashari (16 Julai 2017). Minah Moto kutip setengah juta Harian Metro. Diperoleh pada 23 Julai 2018.
  5. ^ Netizen anggap filem Minah Moto sebagai sampah Mynewshub (17 Mac 2017). Dicapai pada 23 Julai 2017.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Filem arahan Ahmad Idham