Mey Chan

Mey Chan (nama asli Dita Anggraeni; lahir di Malang, Jawa Timur, 14 Mei 1986; umur 38 tahun) ialah seorang penyanyi dan pelakon Indonesia berketurunan Jawa dan Cina yang merupakan bekas ahli kumpulan muzik MAIA yang dibentuk pada 2007 bersama Maia Estianty.

Biografi

Kerjaya awal

Sebelum bergabung dengan Maia Estianty di MAIA, ia pernah bergabung di kumpulan muzik Komet 14, iaitu kumpulan muzik yang dibentuknya saat memasuki usia remaja. Kemudian, disusuli kumpulan muzik Infinity yang ditekuninya saat tamat sekolah menengah atas. Kumpulan musik Infinity membawa Mey Chan dikenali sebagai pemuzik profesional dengan penampilannya di sejumlah kafe.[perlu rujukan]

Kumpulan musik Dimensi Baru menjadi ajang menunjukkan bakat bermuzik, setelah meninggalkan Infinity yang dibentuknya bersama rakan-rakannya. Kemudian Mey Chan menyertai kumpulan muzik Punk Romance yang sekitar Jun 2007 ditinggalkannya.[perlu rujukan]

Duo Maia

Pada tahun 2008, ia cuti kuliah dan harus melalui uji bakat ketat sebelum akhirnya dipilih oleh Maia untuk mendampinginya. Rasa takut pun sempat menghinggapi Mey, sehingga dia ragu untuk menerima tawaran Maia. Mey bimbang dengan tekanan dalam dunia hiburan, apatah lagi pada masa itu Maia sedang diserlahkan akibat masalah perceraian dengan Ahmad Dhani.[1] Namun akhirnya Mey bergabung dengan Maia dan melancarkan album di bawah bendera Duo Maia bertajuk Maia & Friends (2008). Namun peran Mey di album ini tidak maksimum, kerana saat Mey gabung materi lagu sudah tersedia.[2]

Diskografi

Singel

  • Jangan Selingkuh
  • Gengsi Setengah Mati
  • Korban Cinta
Bersama Maia
  • Maia & Friends (2008)
  • Sang Juara (2009)
  • Maia Pasto with the Stars (2015)

Filemografi

  • XXL-Double Extra Large (2009)

Rancangan televisyen

  • The Remix (NET.) (2015) - bersama NSG dalam Rarasurya
  • Just Duet (NET.) (2016) sebagai juri

Rujukan

  1. ^ Gabung Maia, Mey Chan Sempat Ngeri, diakses 21 Januari 2008
  2. ^ Rilis Single Baru, Maia Kubur Masa Lalu, diakses 21 Januari 2008

Pautan luar

  • (Indonesia) Profil di laman KapanLagi.com.
  • (Indonesia) Profil di laman web rasmi MAIA Diarkibkan 2015-05-08 di Wayback Machine
  • Mey Chan di Instagram