Metrojaya

Metrojaya Berhad
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriPeruncitan
DitubuhkanSeptember 1976
Ibu pejabatJalan Changkat Ceylon, Kuala Lumpur, Malaysia
KeluaranPakaian
PembahagianCape Cod, East India Company, Emanuelle, Laura Ashley, Living Quarters, Passages, Reject Shop, Somerset Bay, Zona
Tapak webwww.metrojaya.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Metrojaya merupakan syarikat peruncitan yang popular di Malaysia yang menawarkan barangan pada kadar yang sederhana hingga tinggi. Syarikat ini membuka gedung pertamanya di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur pada September 1976 dengan berkeluasan 18,305 kaki persegi (1,705 meter persegi).[1] Cawangan Metrojaya yang terbaru di Berjaya Times Square ditutup pada Disember 2009 selepas beroperasi selama tiga tahun. Kini, Metrojaya mempunyai lima cawangan di Semenanjung Malaysia iaitu Mid Valley Megamall, Plaza Pelangi, Island Plaza, Bukit Bintang Plaza dan The Curve, Mutiara Damansara.

Kumpulan Metrojaya kini mengendalikan lima rangkaian gedung serbaneka dan lebih daripada 70 kedai khusus yang menempatkan lebih satu juta kaki persegi ruang lantai termasuklah Cape Cod, East India Company, Living Quarters, Reject Shop dan Somerset Bay.

Operasi peruncitan

Syarikat ini juga melibatkan operasi gedung serbaneka dan pemegang pelaburan manakala anak-anak syarikatnya terlibat dalam pemegangan hartanah, pemegangan pelaburan serta operasi gedung khusus dan gedung barangan am. Gedung serbaneka Metrojaya menawarkan pelbagai barangan yang memenuhi keperluan dan cita rasa golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. Kumpulan ini juga mengendalikan lima gedung serbaneka, satu pasar raya besar di bawah nama Cosmart di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang dan satu fashion concept store, "MJ by Metrojaya" di The Curve, Mutiara Damansara.

Operasi peruncitan secara umumnya dikelaskan sebagai:

  • Bahagian Perempuan (termasuk pakaian dan aksesori);
  • Bahgian Lelaki (termasuk pakaian dan aksesori);
  • Bahagian Junior (untuk remaja);
  • Bahagian Kanak-kanak;
  • Bahagian Rumah (termasuk dapur, bilik mandi, bilik tidur dan taman);
  • Kosmetik dan Wangian.

Gedung serbaneka

Malaysia Barat
  • Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur (140,000 kaki persegi)
  • Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur (190,000 kaki persegi)
  • Plaza Pelangi, Johor Bahru (100,000 kaki persegi)
  • The Curve, Mutiara Damansara (60,000 kaki persegi)
  • Danga City Mall, Johor Bahru (120,000 kaki persegi)
Malaysia Timur
  • Suria Sabah, Kota Kinabalu (125,000 kaki persegi)
  • CityOne Megamall, Kuching (130,000 kaki persegi) - dijadualkan untuk dibuka pada separuh kedua tahun 2012 dan akan menjadi gedung Metrojaya yang terbesar di Malaysia Timur dan ketiga terbesar di seluruh Malaysia.

Cawangan MJ

Malaysia Barat
  • Brem Mall, Kepong (46,000 kaki persegi)
Malaysia Timur
  • Permaisuri Imperial City Mall, Miri
  • AEON Kuching Central, Kuching

Rujukan

  1. ^ "Corporate and Business History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-24. Dicapai pada 31 Oktober 2012.