MasterChef Malaysia

MasterChef Malaysia
GenreMemasak
FormatRancangan Realiti
PengacaraMohd Johari Edrus
Zubir Bin Md.Zain
Adu Amran Hassan (Selebriti, Musim 2)
Yahaya Bin Hassan (Boot-camp Musim 1)
Priya Menon (Boot-camp Musim 1)
Mohd Nadzri Redzuawan (Musim 1)
Lagu pembukaanImpian Rasa (Hazama & Fina)
Negara asal Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim3
Bilangan episod99
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal22 Oktober 2011
Pautan luar
Laman sesawang

MasterChef Malaysia ialah pertandingan memasak seperti MasterChef di negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, India, Sweden, Indonesia. Pertandingan musim pertama ditayangkan di Astro Ria bermula 22 September 2011 hingga 8 Januari 2012.

Sejarah Masterchef Malaysia

Program realiti bukan hiburan berkonsepkan masakan ini ditayangkan khas di Astro Ria, Mustika HD (bermula Jun 2012) dan Star World (khusus untuk Kuliah Master Musim 1 dan ringkasan MasterChef Malaysia Musim 1). Musim pertamanya telah bermula 22 Oktober 2011.

Rancangan ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010. Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton di seluruh dunia.

Format Masterchef Malaysia

MasterChef memberikan inspirasi dan peluang kepada chef amatur atau tidak berpengalaman mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini membuka ruang kepada peserta-peserta ini untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Episod

MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:

  • "Peti Saji Misteri". Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasa oleh juri dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi kelebihan dan lazimnya akan diberi peluang untuk memilih bahan utama untuk cabaran "Ujian Cipta Rasa". Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
  • "Ujian Sajian Pantas", "Ujian Kemahiran" ataupun "Penyingkiran". Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan.
  • "Cabaran Chef Selebriti", iaitu pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef undangan. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelak mana-mana satu sesi penyingkiran kecuali minggu akhir.
  • "Cabaran Sajian Luar". Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini yang bergantung kepada keadaan, situasi atau tempat cabaran. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
  • "Kuliah Master" iaitu para juri menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para juri meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lepas.
  • "Santapan Penamat" adalah satu sesi bagi dua peserta terakhir untuk bertarung di dapur masakan bagi mendapatkan anugerah kejuaraan MasterChef Malaysia.
  • "Citarasa Juara" pula adalah istilah yang digunakan bagi Musim ke-2 untuk episod kemuncak yang memaparkan cabaran akhir untuk menobatkan juara MasterChef Malaysia.

Musim

Musim 1

Lihat juga: MasterChef Malaysia (Musim 1)

MasterChef Malaysia Musim 1 secara rasmi ke udara pada 22 Oktober 2011 hingga 8 Januari 2012 pada waktu 9:00 malam di Astro Ria. Musim pertama ini memperkenalkan barisan juri iaitu Mohd Johari Edrus (Chef Jo), Zubir Bin Md. Zain (Chef Zubir), dan Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz) manakala Yahaya Bin Hassan (Chef Yahaya) dan Priya Menon (Chef Priya) bersama-sama mengendalikan boot-camp iaitu proses penyaringan peserta dari 40 orang kepada 24 peserta MasterChef.

Musim ini telah menobatkan Ezani Farhana Md Monoto, seorang doktor gigi, sebagai juara yang pertama.

Musim 2

MasterChef Malaysia Musim 2 pula dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun 2012 dengan sesi ujibakatnya telah dijalankan pada bulan Mei dan Jun 2012.

Juara bagi Musim 2 ialah Izyan Hani Mohd Izham menewaskan Muhd Fazrul Nizam Anas Anizan dan Ngui Yeong Hong ketika episod akhir "Citarasa Juara".

Lihat juga: MasterChef Malaysia (Musim 2)

Musim 3

Lihat juga: MasterChef Malaysia (Musim 3)

MasterChef Malaysia Musim 3 akan kembali menemui selebriti Malaysia akan ditayangkan pada tahun 2024.

Selebriti

MasterChef Malaysia telah memperkenalkan satu penerbitan selingan yang menampilkan selebriti sebagai peserta untuk mengumpulkan dana bagi badan-badan kebajikan. 16 orang selebriti dari pelbagai latar belakang kerjaya telah menyertai dan setiap daripada mereka mewakili badan kebajikan yang tersendiri. Penerbitan selingan ini turut menampilkan Ujian Peti Saji Misteri, Ujian Cipta Rasa, Ujian Kemahiran, Ujian Sajian Pantas, Cabaran Sajian Luar dan Ujian Penyingkiran.

MasterChef Selebriti Malaysia telah ditayangkan bermula 26 Mei 2012 dari hari Sabtu hingga Selasa dengan mengekalkan Mohd Johari Edrus (Chef Jo) dan Zubir Bin Md. Zain (Chef Zubir) sebagai juri manakala Adu Amran Hassan (Chef Adu) pula diperkenalkan sebagai juri baru.

  • Masterchef Selebriti Malaysia berakhir tahun 2013

Kontroversi

Pada pertengahan Musim 1, kontroversi muncul apabila dikhabarkan Chef Mohd Nadzri Redzuawan telah menukar profilnya yang untuk dipaparkan di laman web MasterChef Malaysia. Dalam profil tersebut, dinyatakan bahawa beliau telah melebih-lebihkan kelayakan dirinya sendiri. Antara yang dinyatakan dalam profil asalnya ialah Chef de Cuisine (Ketua Chef) di Restoran Babbbo di New York ketika berusia 22. Beliau juga dikatakan seorang Sous-Chef di Le Bernardin bawah seliaan Eric Ripert. Walau bagaimanapun, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider, kedua-dua restoran tersebut menafikan kenyataan itu. [1]

Bapanya yang juga merupakan chef terkenal, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, turut mengeluarkan perasaan kesalnya di laman sosial miliknya tentang perlakuan anaknya itu.[2]

Walau bagaimanapun, pihak Astro telah membetulkan profil beliau di laman web MasterChef Malaysia dan Chef Riz telahpun mengemukakan sendiri permohonan maafnya. [3]

Rujukan

  1. ^ Chef Riz trims fat on MasterChef Malaysia profile Diarkibkan 2012-01-02 di Wayback Machine – Malaysian Insider 10 November 2011
  2. ^ beautifulnara.com - Shame On Him – Komen Chef Wan Tentang Isu Chef Riz
  3. ^ Kosmo - Chef Riz mohon maaf kerana kesilapan maklumat profil

Pautan luar

  • Laman Utama MasterChef Malaysia
  • Laman Utama di Facebook
  • Laman Utama di Twitter
  • l
  • b
  • s
UK
MasterChef · Junior MasterChef
Australia
MasterChef Australia · Celebrity MasterChef Australia · Junior MasterChef Australia
US
Malaysia
MasterChef Malaysia · MasterChef Selebriti Malaysia
Negara lain
Croatia · Jerman · Greece · India · Indonesia · New Zealand · Philippines · Sweden
  • l
  • b
  • s
MasterChef Malaysia
Musim
Musim 1  • Musim 2
Juri
Mohd. Johari Edrus  • Zubir Bin Md. Zain  • Adu Amran Hassan (Edisi Selebriti, Musim 2)  • Yahaya Hassan (Boot-camp Musim 1)  • Priya Menon (Boot-camp Musim 1)  • Mohd. Nadzri Redzuawan (Musim 1)
Pemenang
Juara
Ezani Farhana Md. Monoto (Musim 1)  • Izyan Hani Mohd Izham (Musim 2)
Naib Juara
Wahidan Ag. Supian (Musim 1)  • Muhd Fazrul Nizam Anas Anizan & Ngui Yeong Hong (Musim 2)
Edisi Selebriti
Juara
Dato’ Fazley Yaakob (Musim 1)  • Syura (Musim 2)
Naib Juara
Angah Iskandarsah (Musim 1)  • Celina Khor (Musim 2)
Edisi All Stars
Juara
Arshad Zamir
Naib Juara
Celina Khor
Topik berkaitan
Astro Ria  • Star World  • Astro  • Panasonic  •