Mary I dari England

Mary I
Potret oleh Antonis Mor, 1554
Ratu England dan Ireland (more...)
Pemerintahan19 Julai 1553 – 17 November 1558 (5 tahun, 121 hari)
Kemahkotaan1 Oktober 1553
Didahului olehJane (dipertikaikan) atau Edward VI
Diikuti olehElizabeth I
Raja bersamaPhilip
Permaisuri Sepanyol
Tempoh pemegangan16 Januari 1556 – 17 November 1558
Pemakaman14 Disember 1558[1]
Westminster Abbey, London
PasanganPhilip II dari Sepanyol
KerabatWangsa Tudor
AyahandaHenry VIII dari England
BondaCatherine dari Aragon
TandatanganTandatangan Mary I

Ratu Mary I (18 Februari 1516 – 17 November 1558) merupakan Ratu England dan Ireland dari Julai 1553 sehinggalah kemangkatan baginda. Ratu Mary I merupakan anakanda sulung kepada Henry VIII dari England dengan Catherine dari Aragon yang satu-satunya hidup sehingga dewasa. Adinda tirinya, Edward VI (anakanda Henry dengan Jane Seymour) mewarisi takhta daripada ayahanda mereka pada 1547. Apabila Edward gering sehingga kemangkatannya pada 1553, baginda cuba untuk menyingkirkan Mary daripada giliran perwarisan kerana perbezaan agama. Selepas mangkat, sepupu mereka disingkirkan dan Lady Jane Grey diangkat sebagai ratu. Mary mengumpulkan kuasa di Anglia Timur dan berjaya menjatuhkan Jane. Pada 1554, Mary mengahwini Philip II dari Sepanyol dan menjadi permaisuri Sepanyol Habsburg.

Sebagai pemerintah keempat yang ditabalkan dari wangsa Tudor, baginda diingati kerana membawa kembali mazhab Roman Katolik selepas pemerintahan di bawah mazhab Protestan oleh adinda tirinya. Ketika lima tahun pemerintahan Mary, baginda mengarahkan hukuman pembakaran pada kayu pancang terhadap lebih 280 pengingkar agama dan baginda mendapat gelaran sebagai Mary Berdarah. Pembentukan semula Roman Katolik oleh Mary ditukar semula selepas kemangkatannya pada 1558 oleh adinda perempuan tirinya, Elizabeth I (anakanda Henry dengan Anne Boleyn) pada 1558.

Keputeraan dan kerabat diraja

Ratu Mary telah diputerakan pada 18 Februari 1516 di Istana Placentia di Greenwich, London. Baginda merupakan satu-satunya anakanda kepada Raja Henry VIII dengan permaisuri pertama baginda, Permaisuri Catherine, yang masih hidup. Ibu suri baginda telah mengalami banyak keguguran;[2] sebelum keputeraan Ratu Mary, empat kandungan sebelum ini telah lahir mati, seorang puteri dan tiga orang putera yang berumur pendek atau lahir mati, termasuk Henry, Duke dari Cornwall, mendiang paduka kakanda Ratu Mary.[3] Baginda telah dibaptiskan ke dalam kepercayaan Katolik di Gereja Observant Friars di Greenwich tiga hari setelah keputeraan baginda.[4] Orang-orang tua baptis baginda termasuklah nenda saudara baginda Countess dari Devon, Lord Canselor Thomas Wolsey dan Duchess dari Norfolk.[5] Sepupu Raja Henry VIII pernah disingkirkan, Margaret Pole, Countess dari Salisbury, menaja pengesahan Mary setelah baginda dipermandikan.[6] Pada tahun berikutnya, Ratu Mary telah menjadi ibunda pembaptisan apabila baginda dinamakan sebagai salah satu penaja sepupu baginda Frances Brandon.[7] Pada tahun 1520, Countess dari Salisbury telah dilantik sebagai inang Ratu Mary.[8] Sir John Hussey, kemudian Lord Hussey, pengelola baginda dari tahun 1530, dan permaisuri baginda, Lady Anne, anakanda kepada George Grey, Earl ke-2 dari Kent, salah satu daripada penakawan Ratu Mary.[9]

Lampiran

Nota

  1. ^ The Gentleman's magazine. F. Jefferies. 1886. m/s. 233.
  2. ^ Waller, p. 16; Whitelock, p. 9
  3. ^ Loades, pp. 12–13; Weir, pp. 152–153
  4. ^ Porter, p. 13; Waller, p. 16; Whitelock, p. 7
  5. ^ Porter, pp. 13, 37; Waller, p. 17
  6. ^ Porter, p. 13; Waller, p. 17; Whitelock, p. 7
  7. ^ Loades, p. 28; Porter, p. 15
  8. ^ Loades, p. 29; Porter, p. 16; Waller, p. 20; Whitelock, p. 21
  9. ^ Hoyle, p. 407

Rujukan

  • Duffy, Eamon (2009). Fires of Faith: Catholic England Under Mary Tudor. New Haven, CT: Yale University Press. ISBN 0-300-15216-7.
  • Hoyle, R. W. (2001). The Pilgrimage of Grace and the Politics of the 1530s. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-925906-2.
  • Loades, David M. (1989) Mary Tudor: A Life. Oxford: Basil Blackwell. ISBN 0-631-15453-1.
  • Paget, Gerald (1977). The Lineage & Ancestry of HRH Prince Charles, Prince of Wales. Edinburgh & London: Charles Skilton. OCLC 79311835.
  • Porter, Linda (2007) Mary Tudor: The First Queen. London: Little, Brown. ISBN 978-0-7499-0982-6.
  • Tittler, Robert (1991). The Reign of Mary I. Second edition. London & New York: Longman. ISBN 0-582-06107-5.
  • Waller, Maureen (2006). Sovereign Ladies: The Six Reigning Queens of England. New York: St. Martin's Press. ISBN 0-312-33801-5.
  • Weikel, Ann (2004; online edition 2008). "Mary I (1516–1558)" in Oxford Dictionary of National Biography (langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan). Oxford University Press. doi:10.1093/ref:odnb/18245.
  • Weir, Alison (1996). Britain's Royal Families: The Complete Genealogy. London: Pimlico. ISBN 0-7126-7448-9.
  • Whitelock, Anna (2009). Mary Tudor: England's First Queen. London: Bloomsbury. ISBN 978-0-7475-9018-7.

Bacaan lanjut

  • Erickson, Carolly (1978). Bloody Mary: The Life of Mary Tudor. Garden City, NY: Doubleday. ISBN 0-385-11663-2.
  • Loades, David M. (1991). The Reign of Mary Tudor: Politics, Government and Religion in England, 1553–58. Second edition. London and New York: Longman. ISBN 0-582-05759-0.
  • Prescott, H. F. M. (1952). Mary Tudor: The Spanish Tudor. Second edition. London: Eyre & Spottiswoode.
  • Ridley, Jasper (2001). Bloody Mary's Martyrs: The Story of England's Terror. New York: Carroll & Graf. ISBN 0-7867-0854-9.
  • Waldman, Milton (1972). The Lady Mary: a biography of Mary Tudor, 1516–1558. London: Collins. ISBN 0-00-211486-0.

Pautan luar

  • Eakins, Lara E. (1995–2009). "Mary I Queen of England". Tudor History Web Ring. Dicapai pada 19 November 2009.CS1 maint: date format (link)
  • "Queen Mary I". Historic Royal Palaces. 2004–2009. Dicapai pada 19 November 2009.CS1 maint: date format (link)


Mary I dari England
Wangsa Tudor
Tarikh keputeraan: 18 Februari 1516 Tarikh kemangkatan: 17 November 1558
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Edward VI
atau Jane
Ratu England
Ratu Ireland

19 Julai 1553 – 17 November 1558
bersama Philip (1554-1558)
Diikuti oleh:
Elizabeth I
Kerabat diraja England
Didahului oleh
Margaret, Ratu Scotland
Pewaris takhta England
sebagai bakal pewaris
18 Februari 1516 – Mac 1534
Diikuti oleh:
Lady Elizabeth Tudor
Didahului oleh
Edward, Putera Wales
Pewaris takhta England dan Ireland
sebagai bakal pewaris
28 Januari 1547 – 21 Jun 1553
Diikuti oleh:
Lady Jane Grey
Kerabat diraja Itali
Didahului oleh
Isabella dari Portugal
Ratu Permaisuri dari Naples
25 Julai 1554 – 17 November 1558
Diikuti oleh:
Elisabeth dari Valois
Didahului oleh
Maria Manuela, Puteri Portugal
Duchess Permaisuri dari Milan
25 Julai 1554 – 17 November 1558
Kerabat diraja Sepanyol
Didahului oleh
Isabella dari Portugal
Ratu Permaisuri dari Castile dan Léon
Ratu Permaisuri Aragon, Majorca, Valencia, dan Sicily
Countess Barcelona

16 Januari 1556 – 17 November 1558
Diikuti oleh:
Elisabeth dari Valois
Permaisuri kepada raja Wilayah Tujuh Belas di Belanda Sepanyol
16 Januari 1556 – 17 November 1558
Gelar sebagai penuntut
Didahului oleh
Jane dari England
— TIDAK MEMERINTAH —
Ratu Perancis
1553 – 1558
Alasan untuk kegagalan Pewarisan:
Capetian Kegagalan pengantian
Diikuti oleh:
Elizabeth I dari England
  • l
  • b
  • s
  Raja-raja England and Britain  
Kerajaan
Anglo-Saxons/England
886–1066
Alfred yang Agung · Edward yang Tua · Ælfweard · Athelstan yang Gemilang1 · Edmund yang Perkasa1 · Eadred1 · Eadwig yang Adil1 · Edgar yang Aman1 · Edward Si Martir · Æthelred yang "tidak Bersedia" · Sweyn Forkbeard · Edmund Ironside · Cnut yang Agung1 · Harold Harefoot · Harthacnut · Edward si Pengaku · Harold Godwinson · Edgar Si Bangsawan
Kerajaan
England
1066–1649
William I · William II · Henry I · Stephen · Matilda (dipertikaikan) · Henry II  · Richard I · John2 · Henry III2 · Edward I2 · Edward II2 · Edward III2 · Richard II2 · Henry IV2 · Henry V2 · Henry VI2 · Edward IV2 · Edward V2 · Richard III2 · Henry VII2 · Henry VIII2 · Edward VI2 · Jane (dipertikaikan)2 · Mary I2 · Philip2 · Elizabeth I2 · James I3 · Charles I3
Komonwel
England, Scotland dan Ireland
1653–1659
Kerajaan
England
1660–1707
Kerajaan
Great Britain
1707–1801
Kerajaan Bersatu
Great Britain dan Ireland
1801–1927

George III · George IV · William IV · Victoria5 · Edward VII5 · George V5
Kerajaan Bersatu
Great Britain dan Ireland Utara
1927–
  • l
  • b
  • s
Permaisuri raja-raja Sepanyol
Puteri Sophía dari Greece dan Denmark (1975-)
Puteri Victoria Eugenie dari Battenberg (1906–1931) • Archduchess Maria Christina dari Austria (1879–1885) • Puteri Mercedes d'Orléans (1878) • Maria Vittoria dal Pozzo, Puteri della Cisterna (1870–1873) • Infante Francis dari Sepanyol, Duke Cádiz (1846–1868) • Puteri Maria Christina dari Two Sicilies (1829–1833) • Puteri Maria Josepha dari Saxony (1819–1829) • Infanta Maria Isabel dari Portugal (1816–1818) • Julie Clary (1808–1813) • Puteri Maria Luisa dari Parma (1788–1808) • Puteri Maria Amalia dari Saxony (1759–1760) • Infanta Barbara dari Portugal (1746-1758) • Puteri Elisabeth dari Parma (1724–1746) • Puteri Louise Élisabeth d'Orléans (1724) • Puteri Elisabeth dari Parma (1714–1724) • Puteri Maria Luisa Gabriella dari Savoy (1701–1714) • Countess Palatine Maria Anna dari Neuburg (1690–1700) • Puteri Marie Louise d'Orléans (1679–1689) • Archduchess Mariana dari Austria (1649–1665) • Puteri Élisabeth dari Perancis (1621–1644) • Archduchess Margaret dari Austria (1598–1611) • Archduchess Anne dari Austria (1570-1580) • Puteri Élisabeth dari Perancis (1559–1568) • Queen Mary I dari England (1556-1558) • Infanta Isabella dari Portugal (1526–1539)