Malam Pisau Panjang

Malam Pisau Panjang (Night of the Long Knives) (Jerman: Mengenai audio iniNacht der langen Messer (bantuan·maklumat)), kadangkala dikenali sebagai Operasi Kolibri (bahasa Inggeris: Operatrion Hummingbirdcode: en is deprecated ) atau, di Jerman, Putsch Röhm (Ejaan Jerman: [Röhm-Putsch] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), atau kadangkala dengan nada mengejek [Reichsmordwoche] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan),[1] adalah satu peristiwa penyingkiran yang berlaku di Jerman dari 30 Jun hingga 2 Julai, 1934, apabila rejim Nazi melaksanakan satu siri pembunuhan politik. Tokoh-tokoh utama puak sayap kiri Parti Buruh Nasional-Sosialis Jerman (NSDAP) bersama pemimpin bonekanya Gregor Strasser telah dibunuh, begitu juga pengikut-pengikut konservatif terkenal anti-Nazi (seperti bekas Kanselor Kurt von Schleicher dan Gustav Ritter von Kahr, yang telah menyekat percubaan merampas kuasa Republik Weimar oleh NSDAP pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1923). Ramai daripada mereka yang terbunuh dalam kalangan golongan Sturmabteilung, pasukan separa tentera NSDAP.

Hitler bertindak menentang SA dan pemimpinnya, Ernst Röhm, kerana beliau melihat kebebasan SA dan kecenderungan ahli-ahlinya untuk membuat keganasan jalanan sebagai satu ancaman terus kepada kuasa politik yang baru diperolehi. Hitler juga mahu menenteramkan pemimpin-pemimpin Reichswehr, iaitu tentera rasmi Jerman yang menakuti dan membenci SA-kerana cita-cita Röhm untuk menyerap Reichswehr ke dalam SA di bawah kepimpinannya sendiri. Selain itu, Hitler tidak selesa dengan sokongan lantang Röhm bagi mendapatkan "revolusi kedua" untuk mengagihkan semula kekayaan (dalam pandangan Röhm, Presiden Hindenburg melantik Hitler sebagai Canselor Jerman pada 30 Januari 1933 telah mencapai revolusi "kebangsaan" tetapi ada motif "sosialistik" yang tidak dipenuhi dalam Sosialisme Nasional). Akhir sekali, Hitler menggunakan operasi penyingkiran itu untuk menyerang atau menghapuskan pengkritik rejim barunya, terutama yang setia kepada Naib Kanselor Franz von Papen, dan juga untuk menyelesaikan perhitungan dengan musuh-musuh lama.[a]

Sekurang-kurangnya 85 orang maut dalam operasi tersebut, walaupun angka kematian akhir mungkin bertambah beratus-ratus orang,[b][c] dan lebih daripada seribu orang penentang telah ditangkap.[2] Kebanyakan pembunuhan itu telah dilakukan oleh Schutzstaffel (SS) dan Gestapo (Geheime Staatspolizei), polis rahsia rejim. Operasi penyingkiran itu mengukuhkan sokongan Reichswehr kepada Hitler. Ia juga memberikan kekuatan undang-undang kepada rejim Nazi, kerana mahkamah dan kabinet Jerman dengan cepat mengenepikan larangan undang-undang selama berabad-abad terhadap pembunuhan tanpa kebenaran undang-undang untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada rejim. Malam Pisau Panjang merupakan titik perubahan bagi kerajaan Jerman. Ia menjadikan Hitler sebagai "hakim tertinggi rakyat Jerman," seperti yang dikatakan di dalam ucapannya pada 13 Julai 1934 kepada Reichstag.

Latar belakang

Presiden Republik Weimar Paul von Hindenburg melantik Adolf Hitler sebagai Kanselornys pada 30 Januari 1933.[d] Hitler mula menumpukan kepada pelaksanaan mengukuhkan kekuasaannya sebagai pemerintah langsung Jerman dalam beberapa bulan berikutnya (Gleichschaltung) - sistem Reichstag sebagai suatu badan perundangan dibubarkan[e] sambil partai-partai politik yang sedia ada di Jerman turut diisytiharkan haram olehnya, Jerman menjadi suatu negara ekaparti di bawah pemerintahannya.

Penyingkiran

Pada jam 04:30 pagi tanggal 30 Jun 1934, pasukan pimpinan Hitler berlepas ke München di mana dari sana mereka ke bangunan Kementerian Dalam Negeri Bavaria untuk mengumpulkan anggota-anggota Sturmabteilung yang merusuh di kota tersebut malam sebelumnya. Ketua Polis kota tersebut, August Schneidhuber, dimarahi keras Hitler atas kegagalannya mengawal keadaan, malah Hitler menuduhnya membelot;[3] Schneidhuber dipenjarakan serta dihukum mati beberapa lama kemudian.

Hitler mengarahkan sebilangan polis dan pegawai Schutzstaffel ke Hotel Hanselbauer, tempat penginapan Röhm dan para pengikutnya. Ketua SA Breslau, Edmund Heines dengan seorang peneman yang juga seorang ketua kanan pasukan SA ditahan dan ditembak mati.[3] Pihak Schultzstaffel turut menahan anggota-anggota SA yang hendak berangkat menghadiri perjumpaan bersama Röhm dan Hitler.[4]

Sementara di Berlin, timbalan Hitler, Hermann Göring mmeberikan arahan menyerbu pejabat Timbalan Kanselor, Franz von Papen. Setiausaha Papen Herbert von Bose segera dibunuh pegawai Gestapo Beberapa sekutu Papen seperti Edgar Jung dan Erich Klausener turut ditahan dan dibunuh mereka.[5][3]

Kurt von Schleicher - pemegang jawatan Kaselor terdahulu sebelum Hitler - dan isterinya dibunuh di kediaman persendiriannya serta juga Gustav Ritter von Kahr, pesuruhjaya negeri Bavaria yang berjaya menumpaskan percubaan kudeta Hitler ke atas pemerintah Republik Weimar tahun 1923.[6]

Ernst Röhm ditahan sementara di Penjara Stadelheim[f] sambil Hitler memutuskan nasibnya. Adolf akhirnya putuskan Röhm mesti dibunuh. Theodor Eicke dan Michel Lippert dari Schutzstaffel diarahkan Hitler mengutuskan sepatah dua kata kepada Röhm. Setibanya di sana, mereka memberikannya sepucuk pistol Browning untuk Röhm membunuh diri dalam suatu masa ditetapkan. with Röhm dengan keras kepalanya berkata pada mereka, "jika aku mahu dibunuh, biarlah Adolf membunuh aku sendiri."[3] Setelah beberapa lama masa diberikan, Eicke dan Lippert kembali ke sel Röhm - Röhm kelihatan mendabik dada tidak berbaju mencabar mereka.[7] Eicke dan Lippert menembak mati Röhm pukul 2:50 petang.[7][8]

Nota kaki

  1. ^ Papen, nonetheless, remained in his position although people quite close to him were murdered.
  2. ^ "At least eighty-five people are known to have been summarily killed without any formal legal proceedings being taken against them. Göring alone had over a thousand people arrested." Evans 2005, halaman 39.
  3. ^ "The names of eighty-five victims [exist], only fifty of them SA men. Some estimates, however, put the total number killed at between 150 and 200." Kershaw 1999, halaman 517.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 1932 parliamentary elections
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Enabling Act
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Stadelheim Prison

Rujukan

  1. ^ Ferber, Christian (1996). Ein Buch könnte ich schreiben: die autobiographischen Skizzen Georg Seidels (1919–1992). Mit einem Nachwort von Erwin Wickert (dalam bahasa German). Göttingen: Wallstein Verlag. m/s. 68. ISBN 3-89244-227-4. Dicapai pada 7 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Evans 2005, m/s. 39.
  3. ^ a b c d Shirer 1960, m/s. 221.
  4. ^ Evans 2005, m/s. 32.
  5. ^ Evans 2005, m/s. 34.
  6. ^ Spielvogel 1996, m/s. 78–79.
  7. ^ a b Evans 2005, m/s. 33.
  8. ^ Kershaw 2008, m/s. 312. sfn error: no target: CITEREFKershaw2008 (help)

Sumber

  • Bessel, Richard (1984). Political Violence and the Rise of Nazism: The Storm Troopers in Eastern Germany 1925–1934. New Haven: Yale University Press. ISBN 978-0-300-03171-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bullock, Alan (1958). Hitler: A Study in Tyranny. New York: Harper.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Collier, Martin; Pedley, Phillip (2005). Hitler and the Nazi State. New York: Harcourt. ISBN 978-0-435-32709-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Evans, Richard (2005). The Third Reich in Power. New York: Penguin Group. ISBN 978-0-14-303790-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Fest, Joachim (1974). Hitler. New York: Harcourt. ISBN 978-0-15-602754-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Frei, Norbert (1987). National Socialist Rule in Germany: The Führer State 1933–1945. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-631-18507-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Höhne, Heinz (1970). The Order of the Death's Head: The Story of Hitler's SS. New York: Coward-McCann. ISBN 978-0-14-139012-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kempka, Erich (October 15, 1971). "Erich Kempka interview". Library of Congress: Adolf Hitler Collection, C-89, 9376-88A-B. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (1999). Hitler: 1889–1936 Hubris. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-32035-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2001). The "Hitler Myth": Image and Reality in the Third Reich. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280206-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Klemperer, Victor (1998). I Will Bear Witness: The Diaries of Victor Klemperer. New York: Random House. ISBN 978-0-679-45696-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • O'Neill, Robert (1967). The German Army and the Nazi Party 1933–1939. New York: James H. Heineman. ISBN 978-0-685-11957-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Reiche, Eric G. (2002). The Development of the SA in Nürnberg, 1922–1934. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-52431-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Schoenbaum, David (1997). Hitler's Social Revolution: Class and Status in Nazi Germany, 1933–1939. W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-31554-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Schwarzmüller, Theo (1995). Zwischen Kaiser und "Führer": Generalfeldmarschall August von Mackensen, eine politische Biographie. Dtv (dalam bahasa Jerman). Paderborn. ISBN 978-3-423-30823-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Shirer, William L (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. New York: Simon and Schuster. ISBN 978-0-671-72868-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Spielvogel, Jackson J. (1996). Hitler and Nazi Germany: A History. New York: Prentice Hall. ISBN 978-0-13-189877-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Toland, John (1976). Adolf Hitler: The Definitive Biography. New York: Doubleday. ISBN 978-0-385-42053-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wheeler-Bennett, John (1967). The Nemesis of Power: The German Army in Politics 1918–1945.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wheeler-Bennett, John (2005). The Nemesis of Power: The German Army in Politics 1918–1945 (ed. 2nd). Palgrave Macmillan. ISBN 978-1-4039-1812-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Von Papen, Franz (1953). Memoirs. London: Dutton. ASIN B0007DRFHQ.CS1 maint: ref=harv (link)

Online

  • "Röhm-Putsch" (dalam bahasa German). Deutsches Historisches Museum (DHM), German Historical Museum. Dicapai pada 2012-05-15.CS1 maint: unrecognized language (link)

Media

  • The Waffen-SS. Gladiators of World War II. World Media Rights. Dicapai pada 5 June 2015. External link in |publisher= (bantuan)

Bacaan lanjut

  • Evans, Richard J. (2004). The Coming of the Third Reich. New York: Penguin Group. ISBN 978-0-14-303469-8.
  • Maracin, Paul (2004). The Night of the Long Knives: 48 Hours that Changed the History of the World. New York: The Lyons Press. ISBN 978-1-59921-070-4.
  • Mau, Herman (1972). "The 'Second Revolution'—June 30, 1934". Dalam Holborn, Hajo (penyunting). Republic to Reich: The Making of the Nazi Revolution. New York: Pantheon Books. ISBN 978-0-394-47122-8.
  • Tolstoy, Nikolai (1972). Night of the Long Knives. New York: Ballantine Books. ISBN 978-0-345-02787-0.

Pautan luar

  • The History Place – Triumph of Hitler – Night of the Long Knives
  • German Culture – The Third Reich – Consolidation of Power
  • The German Embassy in the United States – The Era of National Socialism
  • The Holocaust Museum – The Third Reich
  • l
  • b
  • s
Organisasi
Emblem of the Nazi Party
Sejarah
Ideologi
  • Seni bina
  • Gleichschaltung
  • Pemikiran anti-demokratik
  • Strasserisme
  • Pandangan politik Hitler
  • Mein Kampf
  • Der Mythus des zwanzigsten Jahrhunderts
  • Program Sosialis Nasional
  • Neuordnung
  • Propaganda
  • Aspek keagamaan
  • Wanita dalam Nazi Jerman
Kaum
  • Tanah tumpah darah
  • Eugenika
  • Reich Jerman Raya
  • Heim ins Reich
  • Ketuanan bangsa
  • Polisi perkauman
  • Agama
Kekejaman
Luar Jerman
  • Parti Nazi Amerika
  • Parti Arrow Cross (Hungary)
  • German American Bund
  • Seragam Kelabu (Afrika Selatan)
  • Parti Sosialis Nasional Hungary
  • Nasjonal Samling (Norway)
  • Nationaal-Socialistische Beweging (Netherlands)
  • Pergerakan Nasional Switzerland
  • Blok Sosialis Nasional (Sweden)
  • Liga Sosialis Nasional (UK)
  • Pergerakan Sosialis Nasional (Amerika Syarikat)
  • Parti Sosialis Nasional Yunani
  • Parti Buruh Sosialis Nasional Denmark
  • Parti Perpaduan Nasional (Kanada)
  • Ossewabrandwag (Afrika Selatan)
Senarai
  • Books by or about Hitler
  • Ideologues
  • Pemimpin dan pegawai
  • Nazi Party members
  • Former Nazi Party members
  • Speeches given by Hitler
  • SS personnel
Tokoh
Topik berkaitan
  • Esoterik Nazisme
  • Politik berhaluan kanan
  • Daftar kata Nazi Jerman
  • Tabik Nazi
  • Neo-Nazi
  • Stormfront
  • Pergerakan Völkisch
  • Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
Lain-lain