Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Lambang Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya George Town, Pulau Pinang. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Latar belakang

Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan satu kawasan pentadbiran tempatan di kawasan Pulau dan Bandaraya Georgetown.

Pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan penguatkuasaan Akta KerajaanTempatan 1976. Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebusguna. Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014 mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773km persegi menjadikan keluasan Majlis kini 305.773 km persegi (asal 297 km persegi). Pembentangan tersebut juga merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576).

Pengiktirafan Majlis Bandaraya Pulau Pinang memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan MPPP dan seterusnya menaiktaraf MPPP ke MBPP. Selaras dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1 Januari 2015 pada 10 Mac 2015 .[2]

Wakil Rakyat

Ahli Parlimen

  • Ahli Parlimen Bukit Bendera
    • YB Puan Syerleena Abdul Rashid
  • Ahli Parlimen Tanjong
    • YB Puan Lim Hui Ying
  • Ahli Parlimen Bukit Gelugor
    • YB Tuan Ramkarpal Singh
  • Ahli Parlimen Bayan Baru
    • YB Tuan Sim Tze Tzin
  • Ahli Parlimen Balik Pulau

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
  2. ^ https://www.facebook.com/pages/Majlis-Bandaraya-Pulau-Pinang-MBPP/824716250937723?sk=info&tab=page_info

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi MBPP (Melayu) (Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Ibu Negeri: George Town
Topik
Masyarakat
  • Senibina
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Tarikan pelancong
Bahagian pentadbiran
Ibu Negeri
Bandaraya
Daerah
Pinggir bandar
Hab kediaman
Hab kediaman lama
Pulau
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Pulau Pinang Bahagian pilihan raya di Pulau Pinang
   

P041 Kepala Batas
N01 Penaga
N02 Bertam
N03 Pinang Tunggal

P042 Tasek Gelugor
N04 Permatang Berangan
N05 Sungai Dua
N06 Telok Ayer Tawar

P043 Bagan
N07 Sungai Puyu
N08 Bagan Jermal
N09 Bagan Dalam

P044 Permatang Pauh
N10 Seberang Jaya
N11 Permatang Pasir
N12 Penanti

P045 Bukit Mertajam
N13 Berapit
N14 Machang Bubuk
N15 Padang Lalang

P046 Batu Kawan
N16 Perai
N17 Bukit Tengah
N18 Bukit Tambun

P047 Nibong Tebal
N19 Jawi
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh

P048 Bukit Bendera
N22 Tanjong Bunga
N23 Air Putih
N24 Kebun Bunga
N25 Pulau Tikus

P049 Tanjong
N26 Padang Kota
N27 Pengkalan Kota
N28 Komtar

P050 Jelutong
N29 Datok Keramat
N30 Sungai Pinang
N31 Batu Lancang

P051 Bukit Gelugor
N32 Seri Delima
N33 Air Itam
N34 Paya Terubong

P052 Bayan Baru
N35 Batu Uban
N36 Pantai Jerejak
N37 Batu Maung

P053 Balik Pulau
N38 Bayan Lepas
N39 Pulau Betong
N40 Telok Bahang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori
Portal:
  • flag Malaysia
Ikon tunas

Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s