Lara Cinta Ameena

Lara Cinta Ameena
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehZyza Backy
PengarahShuhaimi Lua Abdullah
Dibintangi oleh
  • Tiz Zaqyah
  • Raja Afiq
  • Fazren Rafi
  • Zarina Zainoordin
Lagu pembukaan"Segalanya" oleh Haqiem Rusli
Lagu penutup"Segalanya" oleh Haqiem Rusli
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Tanah Beris Film Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 November 2016 (2016-11-30) – 4 Januari 2017 (2017-01-04)
Kronologi
MengikutiUmairah
Diikuti olehKerana Anisa

Lara Cinta Ameena ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Shuhaimi Lua Abdullah, dibintangi oleh Tiz Zaqyah, dan Raja Afiq, Zarina Zainoordin. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 30 November 2016 hingga 4 Januari 2017 menggantikan Umairah.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]

Sinopsis

Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penerbitan

Penggambaran Lara Cinta Ameena terhenti seketika apabila pengarahnya, Shuhaimi Lua diserang strok ringan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Beliau dibenarkan keluar dari hospital selepas beransur pulih dan kembali ke set penggambaran. Drama ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.[2]

Rujukan

  1. ^ Lara Cinta Ameena (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  2. ^ Shuhaimi Lua diserang strok ringan kerana Lara Cinta Ameena mStar Online (1 Januari 2017). Dicapai pada 31 Mei 2017.
: Samarinda, Setiap Isnin & Selasa 11:00 malam
Sebelumnya Lara Cinta Ameena Berikutnya
Umairah Kerana Anisa
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.