Konferensi Meja Bundar

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Indonesia
Prasejarah
Manusia Jawa 1,000,000 BP
Manusia Flores 94,000–12,000 BP
Bencana alam Toba 75,000 BP
Kebudayaan Buni 400 SM
Kerajaan Hindu-Buddha
Kerajaan Salakanagara 130–362
Kerajaan Kutai 350–1605
Kerajaan Tarumanagara 358–669
Kerajaan Kalingga 500an–600an
Kerajaan Melayu 600an
Kerajaan Sriwijaya 600an–1025an
Kerajaan Kanjuruhan 700an
Wangsa Sailendra 800an–900an
Kerajaan Galuh 669–1482
Kerajaan Medang 752–1006
Kerajaan Bali 914–1908
Kerajaan Sunda 932–1579
Kerajaan Kahuripan 1006–1045
Kerajaan Janggala 1042–1136
Kerajaan Kadiri 1045–1222
Kerajaan Dharmasraya 1183–1347
Kerajaan Singasari 1222–1292
Kerajaan Majapahit 1293–1527
Kerajaan Islam
Penyebaran Islam di Indonesia 1200–1600
Kerajaan Aru 1225–1613
Kesultanan Ternate 1257–1914
Kesultanan Samudera Pasai 1267–1521
Kerajaan Pagaruyung 1347–1833
Kesultanan Brunei 1368–1888
Kesultanan Melaka 1405–1511
Kesultanan Sulu 1405–1851
Kesultanan Cirebon 1430–1677
Kesultanan Demak 1475–1554
Kesultanan Aceh 1496–1903
Kesultanan Banten 1526–1813
Kesultanan Kalinyamat 1527–1599
Kesultanan Pajang 1549–1587
Kesultanan Mataram 1558–1830
Kesultanan Kasepuhan 1679–1815
Kesultanan Kanoman 1679–1815
Kasunanan Kartasura 1680–1745
Kesultanan Siak 1725–1946
Kasunanan Surakarta 1745–1946
Kesultanan Yogyakarta 1755–1945
Kadipaten Mangkunegaran 1757–1946
Kadipaten Pakualaman 1813–1950
Kesultanan Deli 1814–1946
Kesultanan Riau-Lingga 1824–1911
Kerajaan Kristian
Kerajaan Larantuka 1515–1904
Kolonialisme Eropah
Portugis 1512–1850
VOC 1603–1800
Jeda kekuasaan Perancis dan Britania 1806–1815
Hindia Belanda
1800–1942
1945–1950
Kemunculan Indonesia
Kebangkitan Nasional Indonesia 1908–1942
Pendudukan Jepun di Hindia Belanda 1942–1945
Revolusi Nasional Indonesia 1945–1949
Kemerdekaan
Republik Indonesia Serikat 1949–1950
Demokrasi liberal 1950–1957
Demokrasi terpimpin 1957–1965
Transisi 1965–1966
Orde Baru 1966–1998
Reformasi 1998–sekarang
Ikon portal Portal Indonesia
  • l
  • b
  • s

Konferensi Meja Bundar (Belanda: Nederlands-Indonesische rondetafelconferentie van 1949code: nl is deprecated , "Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda 1949") ialah mesyuarat antara perwakilan Kerajaan Belanda dan Republik Indonesia, dari 23 Ogos hingga 2 November 1949. Persidangan tersebut telah diadakan di Den Haag, Belanda. Sebelum itu, terdapat beberapa siri mesyuarat antara perwakilan tertinggi kedua-dua belah pihak, iaitu Perjanjian Linggadjati (1947), Perjanjian Renville (1948) dan Perjanjian Roem–van Roijen (1949). Persidangan ini berakhir dengan suatu kata putus di mana Kerajaan Belanda mengiktiraf kemerdekaan penuh Indonesia serta juga menyerahkan hak kedaulatan yang terangkum dalam "Kepulauan Hindia Timur Belanda" kepada Republik Indonesia Serikat.

Latar belakang

Pada 28 Januari 1949, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju mengeluarkan resolusi mengutuk tindakan ketenteraan Belanda ke atas Pasukan Tentera Republik Indonesia dan mendesak penubuhan semula Kerajaan Indonesia. Selain daripada itu,mereka juga mendesak agar diadakan semula persidangan untuk menamatkan konflik secara aman. Sebelum itu, dua perjanjian terdahulu (Perjanjian Linggadjati dan Perjanjian Renvile) terbatal apabila kedua-dua belah pihak saling bertelagah mengenai syarat-syarat yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

Selepas pengumuman Perjanjian Roem-van Roijen yang ditandatangani pada 6 Julai 1949 serta ia menerima pakai resolusi PBB, Dr. Mohammad Roem (Wakil Indonesia yang menandatangani perjanijan Roem-van Roijen) berkata bahawa pemimpin-pemimpin Republik Indonesia yang tinggal dalam buangan di Bangka akan menyertai persidangan tersebut untuk mempercepat lagi proses penyerahan kedaulatan.

Sejurus kepulangan pemimpin-pemimpin Republik Indonesia daripada buangan di Jogjakarta pada 6 Julai, pada pertengahan kedua Julai dan dari 31 Julai hingga 2 Ogos, Persidangan Antara Indonesia diadakan antara kesemua komponen pihak berkuasa Republik Indonesia Serikat yang akan diisytiharkan kelak dan kesemua pihak bersetuju dengan prinsip dan rangka asas Perlembagaan.

Setelah perbincangan awal dianjurkan oleh Suruhanjaya PBB bagi Indonesia di Jakarta mencapai persetujuan, lokasi Persidangan tersebut bakal diadakan di The Hague.

Persidangan

Sesi persidangan sedang berjalan

Persidangan tersebut bermula secara rasmi pada 23 Ogos dan ketika persidangan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat dalam beberapa isu iaitu Piagam Pemindahan Hak Kedaulatan, Statut Kesatuan, Perjanjian Ekonomi dan Perjanjian dari segi sosial dan juga ketenteraan.

Selain dari itu juga, kedua-dua belah pihak juga mencapai persetujuan berkenaan pengunduran tentera Belanda "dalam tempoh paling singkat". Pihak Indonesia juga bersetuju bahawa tiada diskriminasi akan dibuat terhadap rakyat dan syarikat Belanda dan berkenaan dengan perjanjian perdagangan yang dahulunya dirundingkan oleh Hindia Timur Belanda, ia akan diambil alih oleh Indonesia. Namun begitu, mereka gagal untuk mencapai kata sepakat mengenai dua perkara; iaitu status Wilayah Papua Barat dan hutang piutang Pentadbiran Hindia Timur Belanda.

Perbincangan mengenai hutang dalaman dan luaran Pentadbiran Hindia Timur Belanda juga dibincangkan dan kedua-dua belah pihak memiliki jumlah tersendiri, menyebabkan perbalahan sama ada Republik Indonesia seharusnya bertanggungjawab ke atas hutang yang dialami oleh Pihak Belanda selepas mereka menyerah kalah kepada Jepun pada 1942. Namun begitu, apabila PBB dan Suruhanjaya PBB mengenai Indonesia masuk campur untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak Indonesia bersetuju untuk melangsaikan separuh daripada hutang tersebut sebagai bayaran untuk pemindahan hak kedaulatan keseluruhan gugusan kepulauan tersebut. Pada 24 Oktober, Delegasi Indonesia bersetuju untuk mengambil alih hutang Kerajaan Hindia Timur Belanda, sekurang-kurangnya berjumlah 4.3 bilion Guilders Belanda.

Isu Papua Barat

Sepanjang persidangan tersebut, kedua-dua belah pihak saling berbalah sama ada patut Papua Barat diserap masuk ke dalam Republik Indonesia atau kekal sebagai Wilayah Jajahan Belanda. Indonesia mendakwa Papua Barat sebahagian daripada wilayah Hindia Timur Belanda, manakala Belanda menyangkal dakwaan Indonesia dengan mengatakan bahawa Papua Barat tidak mempunyai perhubungan etnik dengan mereka. Biarpun pendapat umum Belanda mengatakan bahawa mereka harus menyerahkan Papua Barat kepada Indonesia, namun kerajaan Belanda enggan berkompromi dengan alasan sekiranya mereka bersetuju dengan dakwaan Indonesia, perjanjian tersebut tidak dapat dimeterai. Akhirnya, kedua-dua belah pihak bersepakat untuk mengadakan perbincangan mengenai Papua Barat, setahun selepas selesainya pemindahan hak kedaulatan Hindia Timur Belanda kepada Indonesia.

Namun begitu, Papua Barat masih lagi di bawah penguasaan Belanda, lantas menyebabkan Indonesia berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut. Papua Barat akhirnya digabungkan ke dalam Indonesia melalui Operasi Trikora (singkatan perkataan Tri Komando Rakyat), iaitu penaklukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) ke atas Papua Barat pada tahun 1962.

Penamat - penyerahan hak kedaulatan kepada Indonesia

J.H. Maarseveen, Sultan Hamid II dan Dr. Mohammad Hatta menandatangani Perjanjian Meja Bulat, 2 November 1949

Persidangan tersebut berakhir di Bangunan Parlimen Belanda pada 2 November 1949 dan pada 27 Disember 1949. Belanda secara rasminya menyerahkan hak kedaulatan Wilayah Hindia Timur Belanda kepada Kerajaan Indonesia.

Hasil

Konferensi secara resmi ditutup di gedung parlemen Belanda pada 2 November 1949. Isi perjanjian konferensi adalah sebagai berikut:

#Keradjaan Nederland menjerahkan kedaulatan atas Indonesia jang sepenuhnja kepada Republik Indonesia Serikat dengan tidak bersjarat lagi dan tidak dapat ditjabut, dan karena itu mengakui Republik Indonesia Serikat sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat.
  1. Republik Indonesia Serikat menerima kedaulatan itu atas dasar ketentuan-ketentuan pada Konstitusinja; rantjangan konstitusi telah dipermaklumkan kepada Keradjaan Nederland.
  2. Kedaulatan akan diserahkan selambat-lambatnja pada tanggal 30 Desember 1949

—Rantjangan Piagam Penjerahan Kedaulatan.[1]

Keterangan tambahan mengenai hasil tersebut adalah sebagai berikut:

  • Serah terima kedaulatan atas wilayah Hindia Belanda dari pemerintah kolonial Belanda kepada Republik Indonesia Serikat, kecuali Papua Barat. Indonesia ingin agar semua bekas daerah Hindia Belanda menjadi daerah Indonesia, sedangkan Belanda ingin menjadikan Papua bagian barat negara terpisah karena perbedaan etnis. Konferensi ditutup tanpa keputusan mengenai hal ini. Karena itu pasal 2 menyebutkan bahwa Papua bagian barat bukan bagian dari serah terima, dan bahwa masalah ini akan diselesaikan dalam waktu satu tahun.[2][3][4][5]
  • Dibentuknya sebuah persekutuan Belanda-Indonesia, dengan pemimpin kerajaan Belanda sebagai kepala negara
  • Pengambilalihan utang Hindia Belanda oleh Republik Indonesia Serikat

Parlemen Belanda memperdebatkan kesepakatan tersebut, dan Majelis Tinggi dan Rendah meratifikasinya pada tanggal 21 Desember oleh mayoritas dua pertiga yang dibutuhkan. Terlepas dari kritik khususnya mengenai asumsi utang pemerintah Belanda dan status Papua Barat yang belum terselesaikan, legislatif Indonesia, Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP), meratifikasi kesepakatan tersebut pada tanggal 14 Desember 1949. Kedaulatan dipindahkan kepada Republik Indonesia Serikat pada tanggal 27 Desember 1949.[6][7]

Pengiktirafan 1945 sebagai Hari Kemerdekaan Indonesia oleh Belanda

Pada 15 Ogos 2005, akhirnya Parlimen Belanda secara rasminya mengiktiraf 17 Ogos 1945 sebagai tarikh Kemerdekaan Rasmi Republik Indonesia. Sebelum itu, mereka hanya mengiktiraf 27 Disember 1949 sebagai tarikh penyerahan kedaulatan setelah tewas dalam konflik berdarah selama empat tahun, sejurus selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada penghujung Perang Dunia Kedua.

Rujukan

  1. ^ Kolff 1949, m/s. 15. sfn error: no target: CITEREFKolff1949 (help)
  2. ^ The Indonesian Question in the United Nations Diarkibkan 2008-05-10 di Wayback Machine Embassy of Indonesia, Oslo
  3. ^ Papuan self-determination - Historical roots V WebDiary.com.au
  4. ^ Chronology of Papua papuaweb.org
  5. ^ Ricklefs 1993, m/s. 224-225. sfn error: no target: CITEREFRicklefs1993 (help)
  6. ^ Kahin 1961, m/s. 443-444. sfn error: no target: CITEREFKahin1961 (help)
  7. ^ Ide Anak Agung Gde Agung 1973, m/s. 70-71. sfn error: no target: CITEREFIde_Anak_Agung_Gde_Agung1973 (help)
Sumber utama
  • Hasil-Hasil Konperensi Medja Bundar sebagaimana diterima pada Persidangan Umum yang kedua Terlangsung Tangal 2 Nopember 1949 di Ridderzaal di Kota 'S-Gravenhage (Results of the Round Table Conference as Accepted at the Plenary Session on 2 November 1949 at the Knight's Hall [Parliament Building] in the Hague) (1949?), Printed/published? by Kolff, Djakarta
  • Ide Anak Agung Gde Agung (1973) Twenty Years Indonesian Foreign Policy: 1945-1965 Mouton & Co ISBN 979-8139-06-2
  • Kahin, George McTurnan (1952) Nationalism and Revolution in Indonesia Cornell University Press, ISBN 0-8014-9108-8
  • Ricklefs, M.C. (1993) A History of Modern Indonesia Since c.1300, 2nd Edition. London: MacMillan, pp. 224–225. ISBN 0-333-57689-6.
  • Taylor, Alastair M. (1960) Indonesian Independence and the United Nations. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press.