Kodam
Komando Wilayah Tentera adalah sebuah pentadbiran utama ketenteraan peringkat negeri yang dimiliki oleh Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat.
Kodam merupakan bahagian daripada tentera darat yang memiliki tugas utama menyelenggara pembangunan kesiapan operasional atas seluruh perintah dan operasi pertahanan aktif di darat. Sebuah Kodam diketuai oleh seorang Panglima Kodam atau disingkat Pangdam yang berpangkat Mejar Jeneral.[1]
Pentadbiran sesebuah Kodam meliputi satu atau beberapa negeri yang kemudian dibahagikan lagi kepada pentadbiran-pentadbiran kecil tentera dibawahnya iaitu:
- Komando Resor Militer (Korem),
- Komando Distrik Militer (Kodim), berpengkalan di sebuah Daerah.
- Komando Rayon Militer (Koramil), berpengkalan di sebuah Mukim
- Bintara Pembina Desa (Babinsa) berpengkalan di Kampung atau Desa.
Senarai Kodam di Indonesia
Ada 15 Kodam di Indonesia sekarang ini yang terdiri dari:
No | |||||
1. | Komando Wilayah Tentera I/Bukit Barisan | Sumatera Utara Sumatera Barat Riau Kepulauan Riau | kodam1-bukitbarisan.mil.id | ||
2. | Komando Wilayah Tentera II/Sriwijaya | Jambi Bengkulu Sumatera Selatan Kepulauan Bangka Belitung Lampung | kodam-ii-sriwijaya.mil.id | ||
3. | Komando Wilayah Tentera III/Siliwangi | Banten Jawa Barat | siliwangi.mil.id | ||
4. | Komando Wilayah Tentera IV/Diponegoro | Jawa Tengah Daerah Istimewa Yogyakarta | kodam4.mil.id | ||
5. | Komando Wilayah Tentera V/Brawijaya | Jawa Timur | kodam5brawijaya.com | ||
6. | Komando Wilayah Tentera VI/Mulawarman | Kalimantan Selatan Kalimantan Timur Kalimantan Utara | kodam-mulawarman.mil.id Diarkibkan 2017-01-13 di Wayback Machine | ||
7. | Komando Wilayah Tentera IX/Udayana | Bali Nusa Tenggara Barat Nusa Tenggara Timur | kodam-udayana.mil.id | ||
8. | Komando Wilayah Tentera XII/Tanjungpura | Kalimantan Barat Kalimantan Tengah | kodamtanjungpura-tniad.mil.id | ||
9. | Komando Wilayah Tentera XIII/Merdeka | Sulawesi Utara Gorontalo Sulawesi Tengah | kodam13-tniad.mil.id | ||
10. | Komando Wilayah Tentera XIV/Hasanuddin | Sulawesi Barat Sulawesi Selatan Sulawesi Tenggara | kodam14hasanuddin-tniad.mil.id | ||
11. | Komando Wilayah Tentera XVI/Pattimura | Maluku Utara Maluku | kodam16pattimura.mil.id | ||
12. | Komando Wilayah Tentera XVII/Cenderawasih | — Papua Tengah Papua — Papua Pegunungan — Papua Selatan | kodam17cenderawasih-tniad.mil.id Diarkibkan 2019-01-31 di Wayback Machine | ||
13. | Komando Wilayah Tentera XVIII/Kasuari | Papua Barat | kasuari18-tniad.mil.id Diarkibkan 2019-09-26 di Wayback Machine | ||
14. | Komando Wilayah Tentera Ibu Negara Jakarta Raya | Jakarta | kodamjaya-tniad.mil.id Diarkibkan 2019-11-03 di Wayback Machine | ||
15. | Komando Wilayah Tentera Iskandar Muda | Aceh | kodamim-tniad.mil.id- |
Rujukan
- ^ Apa itu Kodam, Korem, Kodim. Jitunews.com. (Dalam bahasa Indonesia). 1 Februari 2019. Tarikh akses 10/11/2019