Kipas Hikmat

Kipas Hikmat
PengarahS. Ramanathan
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Malay Film Productions
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1955
NegaraMalaysia
Singapura
BahasaMelayu

Pengarah

Filem Kipas Hikmat diarah oleh pengarah S. Ramanathan dan ditayang kepada umum pada tahun 1955.

Ringkasan

Kipas Hikmat menceritakan tentang negeri Damsyik dan Basyrah. Seorang putera raja dari Damsyik bernama Tengku Ahmad ingin menakluki Basyrah tetapi pada masa yang sama baginda merahsiakan identiti beliau daripada rakyat Basyrah. Pada suatu hari berlaku kekecohan di sebuah bazaar, Puteri Noraini menolong Tengku Ahmad daripada dibunuh oleh Karim, Perdana Menteri Basyrah yang sangat jahat.

Tengku Ahmad ingin menakluki Basyrah tetapi hatinya ditakluk oleh Puteri Noraini. Karim ingin memiliki "Kipas Hikmat" daripada Raja Kamarulzaman, dengan kipas itu dia dapat merampas takhta kerajaan Raja Basyrah dan pada masa yang sama Karim ingin berkahwin dengan Puteri Noraini dan memaksa Raja Basyrah mengahwinikan mereka. Apabila Karim memiliki Kipas Hikmat, beliau menjadi pengkhianat.

Pelakon

  • Yusof Latiff sebagai Tengku Ahmad
  • Mariam sebagai Tengku Noraini
  • S. Kadarisman sebagai Perdana Menteri Karim / Menteri Rustam
  • Salmah Ibrahim sebagai Jamilah
  • Nordin Ahmad sebagai Yazid
  • S. Shamsuddin sebagai Agil
  • Ibrahim Pendek sebagai Ibrahim
  • Aziz Sattar sebagai Razid
  • A. Rahim sebagai Umar
  • Omar Rojik sebagai Anuar
  • Daeng Idris sebagai Khalifah Kamarulzaman
  • Zaiton sebagai Tengku Azizah
  • Sa'amah sebagai Penghulu Dayang