Janet Khoo

Janet Khoo
Kelahiran
Khoo Kheng Hoon

(1973-03-06) 6 Mac 1973 (umur 51)
Air Itam, Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanPelakon, model, penerbit
Tahun aktif1998–kini

Janet Khoo Kheng Hoon (lahir 6 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, model dan penerbit Malaysia, terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.

Biografi

Janet Khoo Kheng Hoon dilahirkan pada 6 Mac 1973, di Ayer Itam, Pulau Pinang dan merupakan seorang Cina Peranakan. Makanan kegemaran asam laksa Pulau Pinang.[1] Khoo pertama kali muncul dalam bidang lakonan pada 1998 menerusi watak sebagai Gina dalam drama lipur lara Idaman. Sejak itu, beliau menjadi salah seorang pelakon Cina yang membina nama dalam arena hiburan Melayu, muncul dalam beberapa kredit lakonan termasuk Putera, Kad Cinta, Gerak Khas dan Lurah Dendam.[2]

Filemografi

Drama

  • Mencari Jalan Pulang (1998) bergandingan dengan Uji Rashid & Sham Visa
  • Idaman (1998)
  • Sebening Syawal (1998)
  • Astana Idaman musim 1 & 2 (2001-2008)
  • Permintaan Terakhir Mama (2007)
  • Haryati (2007)
  • Seharum Kenanga (2011)
  • Lara Aishah (2016)
  • Sofea Afendi (2018)
  • Senafas Rindu (2019)
  • Diva Seroja (2023)
  • Katakan Pada Dia (2023)

Filem

Telefilem

  • Seriau (2014)
  • Psikopat (2017), TV2 sebagai Shireen

Rujukan

  1. ^ Feride Hikmet Atak (26 Ogos 2016). Janet Khoo selesa tanpa perhatian Berita Harian. Diperoleh pada 25 Julai 2017.
  2. ^ Koay, Allan (July 18, 2005). "Janet Khoo's practical streak". The Star. Dicapai pada November 7, 2015.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s