Jamaliah Jamaluddin

Yang Berhormat Puan

Jamaliah Jamaluddin

ADUN
جمالية جمال الدين
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Bandar Utama
Penjawat kini
Memegang jawatan
26 Jun 2018
Didahului olehYeo Bee Yin (DAP—PH)
Majoriti38,561 (90.45%)
Butiran peribadi
Lahir (1989-03-16) 16 Mac 1989 (umur 35)
KerakyatanMalaysia
Parti politik PH-DAP
Alma materNorthwood University, Midland, Michigan
PekerjaanAhli Politik
Laman web rasmihttps://www.jamaliahjamaluddin.com

Jamaliah Jamaluddin (Jawi: جمالية جمال الدين ; Cina: 嘉玛莉亚; pinyin: Jiā mǎ lì yà) merupakan ahli politik Malaysia daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah satu parti komponen dalam parti pemerintah, Pakatan Harapan (PH). Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kerusi N36 Bandar Utama[1].

Kehidupan Peribadi

Jamaliah Jamaluddin dilahirkan di hunan pada 16 Mac 1989. Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga. Kecenderungan beliau dalam politik tercetus sejak zaman remaja lagi dan banyak dipengaruhi oleh ayahnya, Jamaluddin Ibrahim, yang merupakan hos radio dan kolumnis terkenal. Jamaliah juga merupakan cucu Shamsiah Fakeh, ketua perajurit Angkatan Wanita Sedar (AWAS), organisasi wanita pertama di Malaya yang didirikan pada tahun 1945. Organisasi ini dibentuk dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesedaran politik, sosial, dan ekonomi dalam kalangan wanita di Malaya, serta memperjuangkan hak-hak wanita dan keadilan sosial dalam konteks lebih luas perjuangan kemerdekaan Malaya dari penjajahan British.

Pendidikan

Berkelulusan Kelas Pertama dalam Diploma Pengajian Perniagaan dari Management & Science University (MSU), beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di Northwood University, Amerika Syarikat. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam Pengajian Perniagaan dan diberi penghormatan Magna Cum Laude.

Kerjaya Politik

Penglibatan beliau dalam arena politik bermula sejak tahun 2015 lagi, apabila beliau menjadi salah seorang sukarelawan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada tahun berikutnya, beliau telah dipilih untuk menjawat sebagai Ahli Majlis di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Di samping itu, beliau turut berkhidmat sebagai pembantu khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Damansara Utama, Yeo Bee Yin. Beliau terus menyandang kedua-dua jawatan tersebut sehingga tahun 2018.

Pada tahun 2018, Jamaliah dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, mewakili DAP buat julung kalinya, dan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Bandar Utama. Beliau berjaya memperoleh 90.4% undi penduduk dengan majoriti 38,561, sekaligus menjadikan beliau antara wakil rakyat termuda dalam Dewan Negeri Selangor.

Setelah diberi mandat oleh rakyat, Jamaliah berhasrat untuk memberi fokusnya terhadap isu-isu hangat, terutamanya dalam menangani masalah perkauman, dan pemberdayaan pemuda.

Kini, Jamaliah juga menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Selangor dan Wakil Bendahari Nasional bagi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY). Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor.

Keputusan Pilihan raya umum

Dewan Negeri Selangor[2]
Tahun Kerusi Undian Peratus Parti Lawan Undian Peratus Jumlah Undian Majoriti % Pengundi
2018 Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (DAP) 38,561 90.45% Ch'Ng Soo Chau (MCA) 3,882 9.11% 42,631 34,679 83.65%
Chong Fook Meng (Bebas) 188 0.44%

Rujukan

  1. ^ http://dewan.selangor.gov.my/dewan-negeri-selangor?mid=815
  2. ^ PRU14 Selangor, The Star.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Ng Suee Lim (DAP) • Timbalan Yang di-Pertua: Hasnul Baharuddin (AMANAH)
Ketua Majlis: Amirudin Shari (PKR) • Ketua Pembangkang: Rizam Ismail (UMNO)
  1. Sungai Air Tawar: Rizam Ismail (UMNO)
  2. Sabak: Ahmad Mustain Othman (PKR)
  3. Sungai Panjang: Mohd Imran Tamrin (UMNO)
  4. Sekinchan: Ng Suee Lim (DAP)
  5. Hulu Bernam: Rosni Sohar (UMNO)
  6. Kuala Kubu Baharu: Lee Kee Hiong (DAP)
  7. Batang Kali: Kosong
  8. Sungai Burong: Mohd Shamsudin (UMNO)
  9. Permatang: Rozana Zainal Abidin (PKR)
  10. Bukit Melawati: Juwairiya Zulkifli (PKR)
  11. Ijok: Idris Ahmad (PKR)
  12. Jeram: Mohd Shaid Rosli (PEJUANG)
  13. Kuang: Sallehudin Amiruddin (BEBAS)
  14. Rawang: Chua Wei Kiat (PKR)
  15. Taman Templer: Sany Hamzan (AMANAH)★
  16. Sungai Tua: Amirudin Shari (PKR)★
  17. Gombak Setia: Hilman Idham (BERSATU)
  18. Hulu Kelang: Saari Sungib (AMANAH)
  19. Bukit Antarabangsa: Azmin Ali (BERSATU)
  20. Lembah Jaya: Haniza Mohamed Talha (PBM)
  21. Pandan Indah: Izham Hashim (AMANAH)
  22. Teratai: Lai Wai Chong (WARISAN)
  23. Dusun Tua: Edry Faizal Eddy Yusof (DAP)
  24. Semenyih: Zakaria Hanafi (UMNO)
  25. Kajang: Hee Loy Sian (PKR)
  26. Sungai Ramal: Mazwan Johar (AMANAH)
  27. Balakong: Wong Siew Ki (DAP)
  28. Seri Kembangan: Ean Yong Hian Wah (DAP)
  29. Seri Serdang: Siti Mariah Mahmud (AMANAH)
  30. Kinrara: Ng Sze Han (DAP)
  31. Subang Jaya: Michelle Ng Mei Sze (DAP)
  32. Seri Setia: Halimey Abu Bakar (PKR)
  33. Taman Medan: Syamsul Firdaus (PKR)
  34. Bukit Gasing: Rajiv Rishyakaran (DAP)
  35. Kampung Tunku: Lim Yi Wei (DAP)
  36. Bandar Utama: Jamaliah Jamaluddin (DAP)
  37. Bukit Lanjan: Elizabeth Wong (PKR)
  38. Paya Jaras: Mohd Khairuddin Othman (PKR)
  39. Kota Damansara: Shatiri Mansor (PKR)
  40. Kota Anggerik: Mohd Najwan Halimi (PKR)
  41. Batu Tiga: Rodziah Ismail (PKR)★
  42. Meru: Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PKR)
  43. Sementa: Daroyah Alwi (PBM)
  44. Selat Klang: Abdul Rashid Asari (BERSATU)
  45. Bandar Baru Klang: Teng Chang Khim (DAP)
  46. Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri (PKR)
  47. Pandamaran: Leong Tuck Chee (DAP)
  48. Sentosa: Gunarajah George (PKR)
  49. Sungai Kandis: Zawawi Mughni (PKR)
  50. Kota Kemuning: Ganabatirau Veraman (DAP)★
  51. Sijangkang: Ahmad Yunus Hairi (PAS)★
  52. Banting: Lau Weng San (DAP)
  53. Morib: Hasnul Baharuddin (AMANAH)
  54. Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah (PKR)
  55. Dengkil: Adhif Syan Abdullah (BERSATU)
  56. Sungai Pelek: Ronnie Liu Tian Khiew (DAP)

Kerajaan: (40) Pakatan Harapan (40)
Pembangkang: (16) Barisan Nasional (5) Perikatan Nasional (5) Parti Pejuang Tanah Air (2) Parti Bangsa Malaysia (2) Parti Warisan (1) BEBAS (1)

Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen

1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14

Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia