Isma Aliff

Isma Aliff
Kelahiran
Muhammad Latiff bin Ismail

(1964-07-24) 24 Julai 1964 (umur 59)
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, penghibur, pelawak
Tahun aktif1986–kini
PasanganNorha Binti Rafie
Anak-anak2

Muhammad Latiff bin Ismail (Tulisan Jawi: محمد لطيفف بن اسماعيل lebih dikenali sebagai Isma Aliff, lahir 24 Julai 1964) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara, penghibur dan pelawak Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni di tahun 1986 yang popular menurusi rangkaian RTM.

Kehidupan peribadi

Isma dilahirkan pada 24 Julai 1964, di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Beliau berkahwin dengan Norha Binti Rafie sekitar tahun 1986 dan mempunyai dua orang anak yaitu Norismalina dan Muhammad Aliff.

Kerjaya

Isma Aliff terkenal bersama Mr. Os di lewat 80an. Filem yang dibintangi kedua pelakon tersebut seperti Kembar Siam (1989) mengangkat Isma menjadi duo bersama Os di rancangan RTM. Isma juga turut membentuk kumpulan bersama Mr. Os di tahun 2013 dalam program Maharaja Lawak Mega 2013. Sebelum itu, Isma merupakan juri tetap kepada Raja Lawak 7 [1]

Isma juga mebintangi filem-filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru, Sayang Ibu. Di drama, Isma bintangi Romeo yang diarahkan oleh Aziz M. Osman di tahun 2000.

Selain berlakon dan berlawak, belaiu juga mempunyai empat buah album sendiri di tahun puncaknya. Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.[2]

Rujukan

  1. ^ Raja Lawak 7: Astro Akui Penonton Kurang Senang Cara Isma Alif., The Star, Rabu, 5 Jun 2013
  2. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120421/hi_03/Isma-Alif-mengacara-majlis-PIBG-sekolah Diarkibkan 2018-07-01 di Wayback Machine Isma Alif mengacara majlis PIBG sekolah], Utusan Malaysia, 21/04/2012

Pautan luar

  • Isma Aliff di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)