Ilkhanat

Ilkhanat (Parsi: سلسله ایلخانیcode: fa is deprecated ) adalah salah satu daripada empat bahagian Empayar Mongol. Ia berpusat di Parsi (hari ini di Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan Barat). Wangsa Ilkhanat bermula dengan serangan Genghis Khan, seorang panglima Mongol yang terkenal, ke atas Empayar Khoarezmiyah, dari tahun 1219 hingga 1224 M. Jajahan Mongolia di Parsi kemudiannya diletakkan di bawah komando Chormagan, Baiju dan Eljigidei.

Hulagu

Hulagu Khan ialah cucu Genghis Khan dan juga pengasas kerajaan Ilkhanat
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
Empayar Parsi Sebelum Islam
Empayar Parsi Selepas Islam
Zaman Moden
sunting

Pengasas wangsa Ilkhanat ialah Hulagu Khan, cucu Genghis Khan. Ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Parsi daripada Baiju pada tahun 1255 atau 1256, beliau telah pun memerintah kerajaan-kerajaan Islam di sebelah barat Timur Tengah. Kemaraan beliau ketika itu terhenti di Palestin. Di sana, beliau berhadapan dengan tentera Mamluk dari Mesir.

Pada tahun 1243, tentera Mongol berjaya menawan Anatolia daripada Turki Seljuk. Kesultanan Rom Turki Seljuk pula menjadi negeri naungan kerajaan Mongol Ilkhanat. Pendudukan tentera Mongol ini menyebabkan suku Turkmen melarikan diri ke barat untuk menghindari etnik Mongol. Maka, pelarian melahirkan empayar Turki Uthmaniyah. Hulagu Khan kemudiannya kembali ke bumi Parsi dan mendirikan dinasti beliau.

Ilkhanat Awal

Maksud Ilkhan ialah "subordinat Khan" dan merujuk kepada perbezaannya dengan Khagan Mongke, pemerintah Empayar Mongolia. Maka raja-raja Ilkhanat berdaulat sepenuhnya di empayar mereka dan tidak diperintah oleh Khagan. Keturunan Hulagu meneruskan pemerintahan mereka di Parsi selama lapan puluh tahun. Pegangan agama pula bermula dengan agama-agama dukun, diikuti dengan Buddha dan akhirnya Islam. Namun begitu, Ilkahanat tetap bermusuhan dengan kerajaan Mamluk yang telah berjaya mengalahkan tentera Mongol dan tentera salib. Tentera Ilkhanat pula tidak pernah berjaya menawan jajahan-jajahan Mamluk menyebabkan Ilkhanat terpaksa melupakan niat mereka untuk menawan Syria dan kubu kuat mereka di Kesultanan Rom dan kerajaan Armenia di Cilicia. Kegagalan mereka adalah kerana pertempuran mereka dengan Chagatai Khanat di Mughulistan dan Angkatan Kencana di Kaukasus dan Mawaraun Nahar atau Fararud (sekitar Uzbekistan). Walaupun di bawah pemerintahan Hulagu Khan, Ilkhanat tetap bertempur dengan tentera Mongolia di Rusia.

Pemelukan Islam

ketika era Hulagu Khan, kerajaan Ilkhanat ialah sebuah kerajaan Buddha Tibet yang majoriti penduduknya beragama Islam. Hasil usaha Rashiddin, wazir Ilkhanat ketika itu, raja Ilkhanat, Ghazan Khan, memeluk Islam dan memakai nama Mahmud Ghazan. Islam sekali lagi naik di Parsi.

Perpecahan

Selepas kewafatan Abu Said pada tahun 1335, empayar Ilkhanat mula berpecah belah dengan pantasnya dan akhirnya membentuk negeri-negeri kecil yang bersaing sesama mereka, terutamanya negeri Jalayiriyah. Namun begitu, tinggalan tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlang yang berbangsa Turki, menyatukan bekas jajahan Ilkhanat ini dan membentuk Wangsa Timuriyah.

Raja-Raja Wangsa Ilkhanat

  • Hulagu Khan (1256-1265)
  • Abaqa (1265-1282)
  • Ahmad Teguder (1282-1284)
  • Arghun (1284-1291)
  • Gaykhatu (1291-1295)
  • Baydu (1295)
  • Mahmud Ghazan (1295-1304)
  • Muhammad Khodabandeh (Oljeitu) (1304-1316)
  • Abu Said Bahadur (1316-1335)
  • Arpa Keun (1335-1336)

Perpecahan: bekas jajahan Ilkhanat kemudiannya mencalonkan beberapa individu yang didakwa sebagai pewaris Ilkhanat.

  • Musa (1336-1337) (boneka Ali Padshah di Baghdad)
  • Muhammad (1336-1338) (boneka Jalayiriyah)
  • Sati Beg (1338-1339) (boneka Chobaniyah)
  • Suleiman Khan (1339-1343) (boneka Chobaniyah, diiktiraf oleh Sarbadar 1341-1343)
  • Jahan Temur (1339-1340) (boneka Jalayiriyah)
  • Anusirvan (1343-1356) (boneka Chobaniyah)
  • Ghazan II (1356-1357)

Dakwaan dari Khorasan:

  • Togha Temur (c. 1338-1353) (diiktiraf oleh Kartiyah 1338-1349; oleh Jalayiriyah 1338-1339, 1340-1344; oleh Sarbadar 1338-1341, 1344, 1353)
  • Luqman (1353-1388) (putera Togha Temür)

Lihat Juga

Pautan Luar

  • Wangsa Ilkhanat
  • Encylopedia Iranica. Mengandungi informasi mengenai Il-Khanate.

Rujukan

  • C.E. Bosworth, The New Islamic Dynasties, New York, 1996.
  • R. Amitai-Preiss: Mongols and Mamluks: The Mamluk-Ilkhanid War 1260-1281. Cambridge, 1995
  • Marco Polo
  • l
  • b
  • s
Sejarah empayar-empayar
Zaman purba
Akkadia · Kerajaan Baru Mesir · Neo-Assyria · Hittit · Medes · Hakhamaniyah · Makaduniah (Ptolemaios · Seleukos· Maurya · Kush · Gupta · Qin · Han · Parthia/Arsyak · Rom (Rom Barat · Rom Timur· Sasan
Zaman Pertengahan
Byzantium · Hun · Arab (Rashidun · Umayyah · Abbasiyyah · Fatimiyah · Al-Muwahhidun· Ghaznawiyah · Benin · Seljuk · Oyo · Bornu · Khwarizmiyah · Timuriyah · Chola · Mongol (Yuan · Jochiyah · Chagatai · Ilkhanat) · Kanem · Serbi · Songhai · Bulgaria · Carolus · Suci Rom · Angevin · Mali · Tang · Song · Ghana · Aztec · Inca · Srivijaya · Majapahit
Empayar Zaman Moden
Maratha · Mughal · Ming · Qing · Uthmaniyah · Safawiyah · Afsharid · Zand · Qajar · Habsyah · Portugal · Sepanyol · Iberia · Belanda · Britain · Napoleon Perancis · Koloni Perancis · Jerman · Koloni Jerman · Rusia · Sweden · Austria-Hungaria · Brazil · Koloni Itali · Jepun · Korea