Hospital Sultanah Aminah

Hospital Sultanah Aminah
Geografi
LokasiJohor Bahru, Johor, Malaysia
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Sejarah
Diasaskan1882
Pautan
Laman sesawangLaman Rasmi Hospital Sultanah Aminah

Hospital Sultanah Aminah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Hospital ini merupakan hospital yang unik di Malaysia kerana ia satu-satunya hospital berwarna merah.

Hospital ini terletak di kawasan berbukit dan menghadap ke Selat Tebrau. Keluasan kawasan hospital ini adalah 98.6 ekar.

Lokasi

Hospital Sultanah Aminah terletak di kawasan bandar raya Johor Bahru dan ianya terletak di kawasan berbukit serta menghadap ke Selat Tebrau. Keluasan kawasan hospital ini ialah 98.6 ekar. Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Hospital Besar Johor Bahru.

Kedudukan hospital ini sejauh dua kilometer dari pusat bandar raya Johor Bahru. Terletak di Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan dan berhadapan Selat Tebrau.

Sejarah

Sejarah Awal

Hospital Sultanah Aminah telah menggantikan hospital yang terawal dibina di Daerah Johor Bahru pada tahun 1882. Ini kerana hospital yang pertama di Johor Bahru. Hospital Johor Bahru telah dibina pada tahun 1882. Hospital ini telah didirikan di kaki sebuah bukit berhampiran dengan asrama jururawat yang ada pada masa ini.

Pada peringkat awal, hospital ini hanya mengandungi sebuah wad sahaja. Pembinaan bangunan hospital yang awal ini daripada batu bata dan kayu, besar, lapang serta mempunyai siling yang tinggi. Ia juga mempunyai tingkap yang lebar bagi menghasilkan peredaran udara yang bersih dan lebih baik. Keadaan ini kekal sehingga terbinanya hospital yang lebih baik pada tahun 1929.

Pada tahun 1929, sebuah wad untuk pegawai-pegawai dinamakan "Officers Wad" dibina di atas Bukit Sah. Mempunyai 22 bilik dan dikhaskan untuk pegawai-pegawai bangsa Eropah dan Pengurus-Pengurus Ladang. Sebuah asrama untuk "Sisters" juga dibina dengan panggilan "Sisters Mess". Bangunan ini menghadap Selat Tebrau dan masih digunakan untuk tujuan asalnya sehingga ke hari ini.

Bagi Wad Kelas 2, ianya dibina tahun 1938 dan mula digunakan pada tahun 1939. Ianya mempunyai dua buah bangunan dua tingkat berhampiran dengan bangunan asrama jururawat. Sebuah bangunan untuk pesakit kelas dua lelaki dan sebuah lagi untuk pesakit kelas dua perempuan.

Pada masa ini, bangunan tersebut tidak lagi digunakan untuk pesakit kelas 2. Sebuah lagi digunakan sebagai dapur hospital sementara menunggu siapnya sebuah bangunan dapur baru yang lengkap dibina. Sebelum ini, bangunan itu digunakan sebagai Pejabat Kesihatan selama beberapa tahun sehingga pejabat tersebut berpindah ke pejabat yang baru di Jalan Abdul Samad pada tahun 1975. Sebuah lagi bangunan telah digunakan sebagai Wad TB Perempuan di tingkat atas semenjak tahun 1972 sehingga ke hari ini. Di tingkat bawah pula dikhaskan untuk penyakit-penyakit berjangkit jika berlaku wabak penyakit.

Pertambahan Fasiliti

Kawasan hutan di sepanjang Jalan Skudai telah dibersihkan, ditambak dan dimajukan dengan tujuan pembinaan landasan keretapi tetapi dibatalkan pada tahun 1879 dan dibangunkan dengan membina rumah kediaman kakitangan hospital serta sebuah bengkel Jabatan Kerja Raya.

Pada tahun 1911, sebuah wad pembedahan, pejabat pentadbiran dispensari dan sebuah bilik bedah telah dibina dan dipertingkatkan lagi dengan pembinaan dari sebuah wad kepada tujuh buah wad, bilik pembedahan, wad pengasingan, wad kurungan untuk banduan, sebuah dispensari, makmal, bilik mayat dan dapur pada tahun 1919 dengan tujuan meningkatkan lagi perkhidmatan di hospital. Dengan penambahan pembangunan ini, jumlah pesakit yang dapat ditampung oleh wad tersebut adalah seramai 400 orang (jumlah katil rasmi).

Pada tahun 1914 sehingga 1929, sebuah khemah khas dipanggil "Leper Segregation Camp" telah dibuka di Batu Tiga Jalan Skudai khusus untuk mengasingkan pesakit yang dihadapi oleh masyarakat terutama penyakit kusta yang semakin meruncing dan menggantikan khemah tersebut. Pesakit yang ditempatkan ialah pesakit kusta lelaki. Pesakit perempuan ditempatkan di ’Leper Asylum’ di Singapura. Pada tahun 1937, sebuah lagi hospital kusta yang lebih baik dibina di kawasan yang sama dengan kemampuan untuk menampung pesakit lelaki dan perempuan. Jumlah pesakit yang dirawat dipenempatan baru ini adalah seramai 278 orang lelaki dan 69 orang pesakit perempuan. Semenjak tahun 1882, wad kelas tiga yang diperbuat daripada papan terlalu uzur, usang dan tidak mengizinkan untuk menampung bilangan pesakit yang bertambah. Keadaan pesakit yang tinggal di wad juga tidak begitu memuaskan dan semakin sesak. Pada tahun 1938, sebuah bangunan hospital yang baru di Daerah Johor Bahru telah dibina. Bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan seperti Jabatan Bendahari, Mahkamah, Polis, Penjara, Ukur, Laut, Perubatan dan Keretapi telah terletak di Bukit Zahrah, Johor Bahru. Bangunan tersebut berhampiran dengan Istana Besar. Bangunan berkenaan telah diperbaiki untuk dijadikan hospital. Bangunan ini boleh memuatkan sebanyak 250 buah katil dinamakan "Civil Hospital". Reka bentuk bangunan ini telah dibuat oleh syarikat arkitek "Palmer and Turner" yang mempunyai pejabat di Johor Bahru. Idea reka bentuk hospital ini diperolehi daripada sebuah hospital di Nanjing, China, semasa satu rombongan perubatan yang diketuai oleh Dr G.H. Garlick menghadiri mesyuarat "Far Eastern Association of Tropic al Medicine" pada tahun 1934. Hospital tersebut ialah "Nanjing Central Hospital". Susunan bahagian dalam ("Interior Arrangement") ialah kombinasi pengalaman tempatan dan kajian dari hospital-hospital di seluruh dunia yang dikandung dalam Journal "Nosokomeion".

Bangunan setinggi 5 tingkat ini telah memuatkan 857 buah katil. Ia mempunyai dua sayap berbentuk "T" mengandungi 80 buah katil dalam tiap-tiap wad. Di bahagian tengah terdapat lif serta dapur untuk pesakit-pesakit. Bilik pembedahan pula ditempatkan di tingkat satu sementara tingkat yang teratas dikhaskan untuk pesakit-pesakit TB. Jumlah perbelanjaan membina bangunan baru ini dianggarkan sebanyak RM 1,275,000. Junlah ini berdasarkan kos untuk kerja-kerja menanam cerucuk dan pembelian besar peralatan pembinaan, tetapi setelah siap pada tahun 1941, kosnya telah meningkat kepada RM2,057,075.00.

Pembukaan rasmi bangunan ini telah dijadualkan pada 29hb. Mei 1941 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Semua persiapan telah diatur tetapi perasmian ini telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Bangunan ini dikenali dengan bangunan induk pada masa ini. Pada tahun 1938, wad bersalin kelas satu dan berek untuk kakitangan rendah juga telah dibina. Bangunan wad ini letaknya di belakang wad pegawai, menghala ke Selat Tebrau. Reka bentuk kedua-dua bangunan ini juga dibuat oleh syarikat yang sama iaitu "Palmer and Turner". Ianya siap dibina pada tahun 1941. Secara nyata, bangunan wad bersalin tidak dapat digunakan sebagai tujuan asalnya. Ini kerana pada zaman pendudukan Jepun bangunan ini telah dijadikan tempat tinggal tentera dan doktor. Selepas pendudukan Jepun, pihak British menjadikan bangunan ini sebagai tempat tinggal doktor apabila pentadbiran hospital ini diambil alih oleh ’Pihak Awam’ pada tahun 1947. Ianya digunakan sehingga tahun 1969. Bangunan yang ditinggalkan ini telah menjadi Pejabat Penguasa Perubatan Hospital. Bangunan mess baru telah didirikan pada tahun 1969. Ianya mempunyai 10 buah bilik. Dua buah bangunan lagi dibina dalam tahun 1972 berhampiran dengan bangunan tersebut. Bangunan-bangunan ini mempunyai 12 buah bilik setiap satu. Walau bagaimanapun pada masa ini ketiga-tiga bangunan ini didapati tidak mencukupi bagi menempatkan semua Pegawai Perubatan Siswazah yang dilatih di hospital ini. Jumlah bilik yang ada ialah 34 buah sementara Pegawai Perubatan Siswazah yang dilatih di hospital ini ialah seramai 54 orang. Bangunan ini telah ditinggalkan kosong buat beberapa lama apabila ’Mess Doktor’ dipindahkan ke bangunan baru yang terletak di Jalan Abdul Samad. Bagi memenuhi kekosongan tersebut, ia telah dijadikan Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri Johor. Ini disebabkan bangunan pentadbiran di Johor Bahru begitu usang untuk digunakan. Sehingga bangunan Wisma Persekutuan siap dibina dan berpindah pada tahun 1979.

Perkembangan Terkini

Kini, Hospital Sultanah Aminah turut memberikan perkhidmatan pelbagai kepakaran yang merangkumi bidang pengurusan, perkhidmatan klinikal, sokongan klinikal dan bukan sokongan klinikal serta dijadikan sebagai hospital rujukan bagi negeri Johor dengan menyediakan 21 perkhidmatan klinikal, 9 perkhidmatan sokongan klinikal dan 5 perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan 7 unit di bawah Pengurusan Hospital Sultanah Aminah juga menjadi Pusat Rawatan Koronari dan Pembedahan Jantung bagi Wilayah Selatan termasuk Sabah dan Sarawak. Bilangan katil rasmi yang disediakan sehingga tahun 2010 adalah sebanyak 989 buah bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat di Negeri ini. Dalam pada masa yang sama juga, Hospital Sultanah Aminah juga turut membantu negara dari segi pengeluaran dan peningkatan mutu tenaga kerja klinikal seperti Kejururawatan, Farmasi, Juru x-Ray dan Juru Teknologi Makmal Perubatan bagi pengajian dalam bidang Diploma serta Pegawai Farmasi dan Pegawai Perubatan. Ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta dalam memberi latihan praktikal kepada para pelatih Pra-Ijazah yang ditempatkan di sini. Latihan lanjutan klinikal turut diadakan bagi meningkatkan kepakaran Pegawai dan Pakar Perubatan dari Hospital Sultanah Aminah dan juga hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain.[1]

Alamat

Hospital Sultanah Aminah
80100 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Malaysia

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-29. Dicapai pada 2014-10-29.

Pautan luar

  • Laman WEB Hospital Sultanah Aminah.
  • Laman Kementerian Kesihatan.[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Johor
Logo Kementerian Kesihatan Malaysia
Kedah
Kelantan
Kuala Lumpur
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Putrajaya
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
  • l
  • b
  • s
Topik
Istana
Bangunan kerajaan
Bandar raya
Bandar Diraja
Pekan
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Pintu masuk antarabangsa
Bahagian perundangan
  • l
  • b
  • s
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Tangkak
Lihat juga: Mukim di Johor
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P140 Segamat
N01 Buloh Kasap
N02 Jementah

P141 Sekijang
N03 Pemanis
N04 Kemelah

P142 Labis
N05 Tenang
N06 Bekok

P143 Pagoh
N07 Bukit Kepong
N08 Bukit Pasir

P144 Ledang
N09 Gambir
N10 Tangkak
N11 Serom

P145 Bakri
N12 Bentayan
N13 Simpang Jeram
N14 Bukit Naning

P146 Muar
N15 Maharani
N16 Sungai Balang

P147 Parit Sulong
N17 Semerah
N18 Sri Medan

P148 Ayer Hitam
N19 Yong Peng
N20 Semarang

P149 Sri Gading
N21 Parit Yaani
N22 Parit Raja

P150 Batu Pahat
N23 Penggaram
N24 Senggarang
N25 Rengit

P151 Simpang Renggam
N26 Machap
N27 Layang-Layang

P152 Kluang
N28 Mengkibol
N29 Mahkota

P153 Sembrong
N30 Paloh
N31 Kahang

P154 Mersing
N32 Endau
N33 Tenggaroh

P155 Tenggara
N34 Panti
N35 Pasir Raja

P156 Kota Tinggi
N36 Sedili
N37 Johor Lama

P157 Pengerang
N38 Penawar
N39 Tanjung Surat

P158 Tebrau
N40 Tiram
N41 Puteri Wangsa

P159 Pasir Gudang
N42 Johor Jaya
N43 Permas

P160 Johor Bahru
N44 Larkin
N45 Stulang

P161 Pulai
N46 Perling
N47 Kempas

P162 Iskandar Puteri
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar

P163 Kulai
N50 Bukit Permai
N51 Bukit Batu
N52 Senai

P164 Pontian
N53 Benut
N54 Pulai Sebatang

P165 Tanjung Piai
N55 Pekan Nanas
N56 Kukup