Gunung Sinabung

Gunung Sinabung
Sinabung pada 1987
Titik tertinggi
Ketinggian2,460 m (8,070 ka) [1]
Tonjolan1,133 meter (3,717 ka)
Pengasingan28.43 kilometer (17.67 bt)
SenaraiRibu
Geografi
LokasiSumatera,  Indonesia
Geologi
Usia batuanPleistosen
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhir29 Ogos 2010

Gunung Sinabung ialah sebuah gunung stratovolkano yang terdapat di Kabupaten Karo, pulau Sumatera, Indonesia. Gunung Sinabung mempunyai ketinggian 2,451 meter. Gunung Sinabung mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Geologi

Kebanyakan gunung berapi di Indonesia berpunca di Lingkaran Sunda, dicipta oleh subduksi Plat India di bawah Plat Indo-Australia. :Lingkaran ini bersempadan pada utara-timur-laut Kepulauan Andaman, satu rantaian gunung berapi basalt, dan di timur oleh Lingkaran Banda, juga dicipta oleh subduksi.[2]

Sinabung merupakan satu stratovolkano andesitik-dasitik yang panjang dengan sejumlah empat kawah gunung berapi, hanya satu sahaja yang aktif.[3]

Sejarah letusan

Letusan 2010

Gunung berapi ini telah lama tidak aktif dengan letusan terakhir berlaku pada 1600.[4] Namun pada awal pagi 29 Ogos 2010, gunung ini meluahkan abu ke atmosfera sehingga 1.5 kilometer (0.93 bt) tinggi dan lava dilihat melimpahi kawah.

Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan telah memindahkan "sekurang-kurangnya 18,000 orang" daripada kawasan sekitar gunung. Walaupun dilaporkan aktiviti gunung berapi ini makin lemah, ketua pusat vulkanologi Indonesia menyatakan tahap amaran gunung berapi itu akan kekal berada di tahap tertinggi atas sebab para ahli sains tidak memiliki data tentang pola letusan gunung tersebut.

Kawasan penempatan terdekat ialah Kabanjahe dan Berastagi; setakat ini tiada gangguan dialaporkan terhadap perkhidmatan udara di lapangan terbang kawasan itu, di Polonia, Medan.[5]

Hanya seorang diketahui maut setakat ini, akibat masalah pernafasan semasa berpindah dari rumahnya.[6]

Letusan 2013

Pada 15 September 2013, Gunung berapi Sinabung meletus dan menyemburkan abu volkanik dan batu-batu kecil ke beberapa perkampungan di sekitarnya dan memaksa ribuan penduduk berpindah ke kawasan selamat.Pihak berkuasa meningkatkan status amaran Gunung Sinabung kepada Siaga (Peringkat III).

Letusan pada pukul 2.51 pagi itu turut mengganggu beberapa aktiviti penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang, Sumatera Utara, kerana debu volkanik kerana jarak penglihatan menurun.

Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi Indonesia meningkatkan status amaran Gunung Sinabung daripada Waspada (peringkat II) menjadi Siaga (Peringkat III) dan menyarankan supaya tidak ada sebarang aktiviti dalam kawasan radius 3km dari kawah. Semua penduduk di Desa Sukameriah dalam radius 3km digesa untuk dipindahkan. Begitu juga penduduk di daerah kecil Payung, dan Desa Kutarayat, Kutagugung, Simacem dan Bekerah, Namanteran berpindah sendiri ketika mereka mendengar gemuruh dan letusan Gunung Sinabung. Mereka ditempatkan di bangunan sekitar pejabat Pegawai Daerah Karo.[7]

Letusan 2015

Gunung Sinabung meletup lagi pada 4 Jun 2015.Lebih 2,000 penduduk di daerah Karo, Sumatera Utara terpaksa dipindahkan ke pusat perpindahan di wilayah Kabanjahe. MetroTv News melaporkan penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung itu. Jurucakap Unit Geogologi mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari sebelumnya. Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil dan mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa. Ketua Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho menyatakan bahawa aktiviti vulkanik gunung itu semakin meningkat dan memantau perkembangannya.[8]

Rujukan

  1. ^ "Sinabung". Program Volkanisme Global, Institusi Smithsonian. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0601-08=. Diperolehi 2006-12-18.
  2. ^ "Volcanoes of Indonesia: Highlights". Global Volcanism Program (dalam bahasa Inggeris). Institut Smithson. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  3. ^ "Sinabung". Global Volcanism Program (dalam bahasa Inggeris). Smithsonian Institution. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  4. ^ Bakkara, Binsar (28 Ogos 2010). "Volcano quiet for 400 years erupts in Indonesia". msnbc.com (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-30. Dicapai pada 28 Ogos 2010.
  5. ^ "Volcano erupts on Indonesia's Sumatra after 400 years". Reuters. 2010. Dicapai pada 2010-08-29. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ "One dies in Mount Sinabung eruption". The Jakarta Post. 2010. Dicapai pada 2010-08-29. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ "Gunung berapi Sinabung, Sumatera Utara meletus". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-13. Dicapai pada 2015-06-11.
  8. ^ Gunung Sinabung meletus, ribuan penduduk dipindah

Pautan luar

  • Media berkenaan Gunung Sinabung di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Gunung-gunung di Sumatra
Aceh
  • Abongabong
  • Bandahara
  • Bateekeubeu
  • Geureudong
  • Kembar
  • Leuser
  • Perkison
  • Peuet Sagoe
  • Seulawah Agam
  • Ulumasen
Sumatra Utara
  • Barus
  • Hutapanjang
  • Lubukraya
  • Pangulubao
  • Pusuk Buhit
  • Sibayak
  • Sibualbuali
  • Sibuaten
  • Sihapuabu
  • Sinabung
  • Sorik Marapi
  • Toba (di Danau Toba)
  • Sumatra Barat
  • Kerinci (perbatasan dengan Jambi)
  • Marapi
  • Pasaman
  • Sago
  • Singgalang
  • Talamau
  • Talang
  • Tandikat
  • Bengkulu
  • Bungkuk
  • Dingin (perbatasan dengan Sumsel)
  • Gedang Seblat (perbatasan dengan Jambi)
  • Hitam (perbatasan dengan Sumsel)
  • Kaba
  • Pandan Bungsu
  • Riau
  • Jadi
  • Kepulauan Riau
  • Bedung
  • Bintan
  • Daik
  • Demit
  • Karimun
  • Kijang
  • Lengkuas
  • Ranai
  • Jambi
  • Gedang Seblat (perbatasan dengan Bengkulu)
  • Kerinci (perbatasan dengan Sumbar)
  • Kunyit
  • Tujuh
  • Masurai
  • Sumbing
  • Sumatra Selatan
  • Belirang-Beriti
  • Dempo
  • Dingin (perbatasan dengan Bengkulu)
  • Hitam (perbatasan dengan Bengkulu)
  • Patah
  • Lampung
  • Betung
  • Krakatau (di Selat Sunda)
  • Pesagi
  • Pesawaran
  • Pugung
  • Punggur
  • Rajabasa
  • Ratai
  • Ridingan
  • Sekincau
  • Seminung
  • Suoh
  • Tanggamus
  • Tanggang
  • Tangkit Cumbi
  • Tangkit Tebak
  • Kepulauan
    Bangka Belitung
  • Maras
  • Gunung-gunung di Jawa
    Jakarta
    tidak ada
    Jawa Barat
    Banten
  • Aseupan
  • Halimun (perbatasan dengan Jabar)
  • Karang
  • Krakatau (di Selat Sunda)
  • Pulosari
  • Jawa Tengah
  • Andong
  • Gajah
  • Genuk
  • Lasem
  • Lawu (perbatasan dengan Jatim)
  • Merapi (perbatasan dengan Yogya)
  • Merbabu
  • Muria
  • Pojoktiga (perbatasan dengan Jabar)
  • Prahu
  • Rogojembangan
  • Sindara
  • Sipandu
  • Slamet
  • Srandil
  • Sumbing
  • Telomoyo
  • Tidar
  • Ungaran
  • Pegunungan Kapur Utara (perbatasan dengan Jatim)
  • Pegunungan Kendeng (perbatasan dengan Jatim)
  • Pegunungan Menoreh (perbatasan dengan Yogya)
  • Pegunungan Sewu (perbatasan dengan Yogya dan Jatim)
  • Yogyakarta
  • Kucir
  • Merapi (perbatasan dengan Jateng)
  • Nglanggeran
  • Pegunungan Baturagung
  • Pegunungan Menoreh (perbatasan dengan Jateng)
  • Pegunungan Sewu (perbatasan dengan Jateng dan Jatim)
  • Jawa Timur
  • Anjasmoro
  • Argapura
  • Argowayang
  • Arjuno
  • Baluran
  • Banyak
  • Batok
  • Biru
  • Bromo
  • Buring
  • Butak
  • Geger
  • Gumitir
  • Ijen
  • Kawi
  • Kelud
  • Kembar I
  • Kembar II
  • Klotok
  • Kursi
  • Lawu (perbatasan dengan Jateng)
  • Lemongan
  • Liman
  • Limo
  • Lurus
  • Merapi
  • Pandan
  • Panderman
  • Penanggungan
  • Penanjakan
  • Pendil
  • Rante
  • Raung
  • Ringgit
  • Semeru
  • Suket
  • Welirang
  • Widodaren
  • Wilis
  • Pegunungan Kapur Utara (perbatasan dengan Jateng)
  • Pegunungan Kendeng (perbatasan dengan Jateng)
  • Pegunungan Sewu (perbatasan dengan Jateng dan Yogya)
  • Gunung-gunung di Kalimantan
    Kalimantan Barat
  • Kelam
  • Palung
  • Rumput
  • Kalimantan Tengah
  • Bukit Raya
  • Bukit Sapathawung
  • Kalimantan Selatan
  • Halau-halau
  • Pamaton
  • Pegunungan Meratus
  • Kalimantan Timur
  • Batubrok
  • Ilas Mapulu
  • Kemul
  • Liangpran
  • Lumut
  • Mesangat
  • Pegunungan Muller (perbatasan dengan Kalbar)
  • Kalimantan Utara
  • Bekayan
  • Harun
  • Makita
  • Gunung-gunung di Kepulauan Nusa Tenggara
    Bali
  • Abang
  • Agung
  • Batur
  • Merbuk
  • NTB
  • Rinjani
  • Sangeang Api
  • Tambora
  • NTT
  • Batutara
  • Ebulobo
  • Egon
  • Fatuleu
  • Fatu Timao
  • Iliboleng
  • Ililabalekan
  • Ilimuda
  • Iliwerung
  • Ine Lika
  • Inierie
  • Iya
  • Kelimutu
  • Kelinabe
  • Lakaan
  • Leroboleng
  • Lewotobi
  • Lewotolo
  • Mutis
  • Poco Leok
  • Poco Mandasawu
  • Rokatenda
  • Sirung
  • Sukaria
  • Wanggameti
  • Sulawesi Barat
  • Gandang Dewata
  • Sulawesi Utara
  • Awu
  • Empung
  • Karangetang
  • Kaweng
  • Klabat
  • Kombi
  • Lokon
  • Mahawu
  • Masarang
  • Ruang
  • Sahendaruman
  • Soputan
  • Tangkoko
  • Tondano
  • Sulawesi Tengah
    Sulawesi Selatan
  • Balease
  • Bawakaraeng
  • Buntu Kabobong
  • Latimojong
  • Lompobattang
  • Nepo
  • Sulawesi Tenggara
  • Kabaena
  • Mekongga
  • Pagogul
  • Gorontalo
    Gunung-gunung di Kepulauan Maluku dan Papua
    Maluku
  • Binaia
  • Gamsunoro
  • Kapalamadan
  • Sahuwai
  • Waloolon
  • Maluku Utara
  • Api
  • Batusibela
  • Dukono
  • Gamalama
  • Gamkonora
  • Hiri
  • Ibu
  • Kie Besi
  • Tigalalu
  • Todoko-Ranu
  • Papua Barat
  • Arfak
  • Irau
  • Mebo
  • Kwoka
  • Umsini
  • Wats
  • Papua
  • Bijih
  • Dafonsoro
  • Puncak Jaya
  • Puncak Mandala
  • Gunung Menuk
  • Puncak Trikora
  • Puncak Yamin
  • Pegunungan Foja
  • Pegunungan Jayawijaya
  • Daftar pegunungan di Indonesia · Daftar gunung di Indonesia menurut lokasi