Gunung Senyum

Gunung Senyum
Titik tertinggi
Ketinggian486 m (1,594 ka)
Geografi
LokasiPahang, Malaysia

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular. Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal orang bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

Sejarah Gunung Senyum

Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum. Bagi mengelak rasa malu dengan Orang Besar Pahang yang ada bersamanya, baginda menamakannya Gunung Senyum kerana gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum.

Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik.

Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Pahang telah menjadikan puncak gunung Senyum sebagai pusat origin koordinat bagi negeri ini kerana terletak di tengah negeri Pahang.

  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandar
Bandar Bera Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak (Keratong) • Bandar Tun Razak (Jengka) • Batu Hitam Batu Talam Belimbing Benta Bentong Beserah Brinchang Bukit Ibam Bukit Tinggi Ceruk Paloh Chendor Chenor Cheroh Tasik Chini Cherating FELDA Mempaga FELDA New Zealand Bukit Fraser Gambang Gebeng Genting Highlands Genting Sempah Janda Baik JerantutKarak Kemayan Krambit Kerayong Kerdau Kertau Ketari Kampung Awah Kota Bahagia Kota Iskandar Kota Shahbandar Kuala Krau Kuala Lipis Kuala Pahang Kuala Rompin Kuala Tembeling Kuantan (ibu negeri) • Lanchang Lentang Lubuk Paku Lurah Bilut Maran Melati Mengkarak Mengkuang Mentakab Merapoh Nenasi Paloh Hinai Pekan, Pahang Penor Raub RingletRKT Salong Rompin Sebertak Sempalit Sungai Lembing Sungai Ruan Tanah Rata Tanjung Lumpur Tanjung Sepat Teluk Cempedak Temerloh Triang Tringkap
Pulau
Kampung
Bandar baru
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P078 Cameron Highlands
N01 Tanah Rata
N02 Jelai

P079 Lipis
N03 Padang Tengku
N04 Cheka
N05 Benta

P080 Raub
N06 Batu Talam
N07 Tras
N08 Dong

P081 Jerantut
N09 Tahan
N10 Damak
N11 Pulau Tawar

P082 Indera Mahkota
N12 Beserah
N13 Semambu

P083 Kuantan
N14 Teruntum
N15 Tanjung Lumpur
N16 Inderapura

P084 Paya Besar
N17 Sungai Lembing
N18 Lepar
N19 Panching

P085 Pekan
N20 Pulau Manis
N21 Peramu Jaya
N22 Bebar
N23 Chini

P086 Maran
N24 Luit
N25 Kuala Sentul
N26 Chenor

P087 Kuala Krau
N27 Jenderak
N28 Kerdau
N29 Jengka

P088 Temerloh
N30 Mentakab
N31 Lanchang
N32 Kuala Semantan

P089 Bentong
N33 Bilut
N34 Ketari
N35 Sabai
N36 Pelangai

P090 Bera
N37 Guai
N38 Triang
N39 Kemayan

P091 Rompin
N40 Bukit Ibam
N41 Muadzam Shah
N42 Tioman


Rujukan


Pautan luar

  • Gunung Senyum[pautan mati kekal]
  • Gunung Senyum Recreational Forest
  • Gunung Senyum Package