Gempa bumi Sumatera 2022

Gempa bumi Sumatera 2022 is located in Bumi
Gempa bumi Sumatera 2022
Gempa bumi Sumatera 2022 (Bumi)
Magnitud6.2 MwKedalaman12.3 km (8 bt)Koordinat0°13′59″S 100°06′22″E / 0.233°S 100.106°E / -0.233; 100.106Koordinat: 0°13′59″S 100°06′22″E / 0.233°S 100.106°E / -0.233; 100.106LerengSesar besar SumateraKawasan terjejasSumatera Barat, Indonesia
Malaysia
SingapuraKeamatan maksimumVI (Kuat)Kejutan depan5.0 Mw Korban6 maut, 32 tercedera

Pada 25 Februari 2022, gempa bumi kuat yang bermagnitud 6.2 melanda barat Sumatera.[1] Menurut Tinjauan Geologi A.S., gempa bumi tersebut melanda pada kedalaman 12.3 km dan berpusat gempa di Pasaman.[2] Sekurang-kurangnya enam orang terkorban, 32 tercedera, dan kerosakan teruk berlaku di Daerah Tigo Nagari, Pasaman.

Gegaran

Gempa bumi berlaku pada pukul 08:39 WIB dengan kekuatan 6.1 Mw dengan gempa pendahulu dengan magnitud 5.2 Mw selama empat minit.[3]

Keamatan gegaran adalah paling tinggi di Pasaman Barat dengan skala keamatan VI MMI. Selanjutnya, goncangan dirasakan di Pasaman (V MII); Agam, Bandar Bukittinggi, Bandar Padang Panjang (IV MMI); Bandar Padang, Bandar Payakumbuh, Aek Godang, Gunung Sitoli (III MMI); dan Pesisir Selatan, Rantau Prapat, Nias Selatan, Bangkinang (II MMI).

Goncangan juga dirasakan sehingga ke Malaysia dan Singapura.[4][5]

Kesan

Gempa bumi ini merosakkan sejumlah bangunan di Pasaman Barat. Kerosakan bangunan dilaporkan di Kecamatan Tigo Nagari, Pasaman, dan Talamau.[6]

Tanah runtuh berlaku di Tigo Nagari, tepatnya di Kampung Simpang Raya, Nagari Malampah.[7]

Gempa susulan

Sehingga pukul 10:06 WIB, dilaporkan berlaku 15 kali gempa susulan dengan magnitud pelbagai. Gempa susulan terbesar berkekuatan 4.2 Mw.[8]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "M 6.0 - NORTHERN SUMATRA, INDONESIA - 2022-02-25 01:39:29 UTC". European-Mediterranean Seismological Centre. 25 Februari 2022. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  2. ^ "M 6.2 - 66 km NNW of Bukittinggi, Indonesia". earthquake.usgs.gov. Pemantauan Geologi Amerika Syarikat. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ Yulika, Nila Chrisna (25 Februari 2022). "BMKG Sebut Gempa Pasaman Barat Dipicu Sesar Besar Sumatera". Liputan6. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  4. ^ Mohamad Athir Ismail (25 Februari 2022). "Gempa bumi Sumatera dirasai di Lembah Klang, beberapa negeri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ Yusman Awang (25 Februari 2022). "Gempa magnitud 6.2 Sumatera: Dua maut, turut dirasai di Malaysia, Singapura". Harakah. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  6. ^ "Dampak Gempa Terparah di Tigo Nagari Pasaman, Puluhan Rumah Rusak Berat". covesia.com. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  7. ^ Irwanda Saputra (25 Februari 2022). "Dampak Gempa Magnitudo 6,2, Longsor Terjadi di Malampah Pasaman". Langgam. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  8. ^ Dewi Nurita Tempo (25 Februari 2022). "Gempa Guncang Pasaman Barat, Terjadi 15 Kali Gempa Susulan". Tempo. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Templat:Earthquakes in 2022