Dokumen

Dokumen (Jawi: دوكومنcode: ms is deprecated ) ialah maklumat yang diwujudkan, sama ada dalam bentuk kertas, atau imej yang diimbas atau secara elektronik, yang masih boleh dipinda atau diubah. Dokumen yang telah dimuktamadkan mungkin berakhir sebagai rekod jika dokumen tersebut merupakan bukti transaksi urusan kerajaan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa rekod bermula daripada dokumen. Namun, bukan semua dokumen akan berakhir sebagai rekod. Pemusnahan dokumen tidak tertakluk kepada mana-mana perundangan.

Contoh

Secara tradisi, contoh dokumen adalah seperti surat, memorandum, borang undang-undang dan manual arahan. Namun kini banyak lagi, bentuk maklumat yang turut dianggap sebagai dokumen:

  • Dokumen rekod: Akhbar dan majalah
  • Buku: Buku teks, novel, buku resipi, ensiklopedia, komik
  • Dokumen agama: Kitab Bible, al-Quran, Iliad dan Odyssey, Veda, Ramayana, Mahabharata, Kod Hammurabi, Daode Jing
  • Dokumen urusan: Cek, kontrak, preskripsi, resit, borang, setem
  • Dokumen berfungsi: Fail PDF, PostScript, XML, e-mel
  • Dokumen bukan-prototaip: Nota Post-it, jalur biskut nasib, peta, lukisan, karton susu, kotak bijirin
  • Dokumen digital bukan-klasik: Laman web, blog, wiki
  • Contoh sempadan: Plak pada kapal angkasa lepas Pioneer 11, menggunakan maklumat yang dianggap sejagat merupakan contoh ekstrem dokumen yang bertujuan berkomunikasi dengan makhluk asing. Sebaliknya, isyarat projek SETI yang direkod dan dicetak akan menjadi dokumen sekiranya didapati mengandungi komunikasi asing.