Doja Cat

  • Hip hop
  • R&B
  • Pop
  • Neo soul
Pekerjaan
  • Rapper
  • Penyanyi
  • Penulis-lagu
  • Penerbit rakaman
Instrumen
  • Vokal
  • keyboard
  • dram
Tahun aktif2014 - kini
Syarikat rakaman
  • RCA
  • Kemosabe
Laman sesawang
www.dojacat.com

Amalaratna Zandile Dlamini (lahir 21 Oktober 1995)[1] atau lebih dikenali sebagai Doja Cat, ialah rapper, penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman Amerika Syarikat.[2] Lahir dan membesar di Los Angeles, beliau menandatangani kontrak rakaman dengan RCA Records pada tahun 2014,[3] kemudian melancarkan EP pertamanya, Purrr!, dan sejumlah single, termasuk "Go to Town" dan "So High". Pada tahun 2018, Doja Cat terkenal melalui internet dengan singlenya "Mooo!", yang video muziknya menjadi tular dan akhirnya "mengatur langkah untuk kerjayanya".[4]

Doja Cat melancarkan album studio pertamanya, Amala, pada tahun 2018 dan pembungkusan semula deluxe pada tahun 2019, yang termasuk single "Tia Tamera". Beliau mengeluarkan single "Juicy" pada Ogos 2019 yang mencapai nombor 41 di US Billboard Hot 100, menghasilkan entri pertamanya di carta lagu tersebut. Pada November 2019, Doja Cat melancarkan album studio keduanya, Hot Pink, yang berjaya menduduki carta lagu di lebih dari 10 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, England, Ireland dan New Zealand. Dalam album tersebut termasuk lagu "Say So" yang menjadi popular di platform perkongsian video TikTok,[5] dan memuncak di nombor 14 di US Billboard Hot 100 dan nombor 8 di UK Singles Chart, menjadi lagu pertamanya untuk memasuki carta lagu dari pelbagai negara.

Diskografi

  • Amala (2018)
  • Hot Pink (2019)
  • Planet Her (2021)

Konsert jelajah

  • Purrr! Tour (2014-2015)
  • Amala Spring Tour (2017-2018)
  • Amala Fall Tour (2018-2019)
  • Hot Pink Tour (2020)

Rujukan

  1. ^ "Amala Zandile Dlamini, Born 10/21/1995 in California". California Birth Index (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 5, 2020. Dicapai pada August 26, 2018.
  2. ^ "Doja Cat went viral. Now what? A hip-hop meme star gets serious, sort of, for her second act". Los Angeles Times. October 30, 2019.
  3. ^ "Doja Cat". RCA Records.
  4. ^ Blair, Robert (February 26, 2020). "How Doja Cat's "Mooo!" Set The Tone For Her Career". HotNewHipHop (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 5, 2020.
  5. ^ DeVille, Chris (March 2, 2020). "Doja Cat Is Good At Making Pop Music And Even Better At Going Viral". Stereogum. Dicapai pada March 5, 2020.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
  • Korea
Lain-lain
  • MusicBrainz (artis)