Caitlin Halderman

  • Pelakon
  • Penyanyi
  • Model
Kerjaya muzikGenre
  • Pop
InstrumenVokal

Caitlin Thomas Halderman Chaniago (lahir di Jakarta, 17 Julai 2000; umur 23 tahun) merupakan seorang pelakon, model, dan penyanyi Indonesia.[perlu rujukan]

Kehidupan awal

Caitlin Halderman dilahirkan di Jakarta pada 17 Julai 2000, merupakan anak kedua bersaudara perempuan pertama Puteri dari pasangan Frank Halderman, keturunan Denmark-Belanda-Itali dan Asmaini Aswad Chaniago, keturunan Minangkabau, Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Jade Helena Halderman Chaniago. Caitlin Halderman semasa kecil adalah seorang kanak-kanak yang aktif, pernah berkecimpung dalam dunia sukan dan merupakan seorang atlet renang dan bola keranjang.

Kerjaya

Dia membuat debut lakonannya dalam filem cereka, Ada Cinta Di SMA di usia 16 tahun. Caitlin Halderman memegang watak Ayla dan bersaing dalam bidang lakonan dengan bekas kakitangan CJR, Iqbaal Ramadhan, Alvaro Maldini, dan Teuku Rizky Muhammad.[1] Dia juga menyumbang kepada lagu tema untuk filem itu. Lagu yang bertajuk "Say My Love to Him", dia menyanyi bersama Iqbaal, pelakon bersamanya dalam filem itu.[2] Selepas itu, dia membintangi beberapa filem, termasuk The Guys, sebuah filem drama komedi arahan penulis dan pelawak Raditya Dika.[3]

Nama Caitlin Halderman mula dikenali ramai kerana peranannya sebagai Starla, dalam filem pendek yang kemudiannya menjadi filem cereka bertajuk Surat Cinta untuk Starla. Dalam filem ini dia bergandingan dengan Jefri Nichol, Salshabilla Adriani, Ricky Cuaca, Meriam Bellina, Ramzi, Rizki Hanggono, dan Rianti Cartwright.[4]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Ada Cinta di SMA Ayla Karya sulung
2017 The Guys Via
Surat Cinta untuk Starla Starla
2018 Forever Holiday in Bali Putri
2019 DreadOut Linda
2020 Dignitate Alana
2021 The Watcher Tiara
2022 Ivanna Ambar
Until Tomorrow Kartika
2023 Dunia Tanpa Suara Arissa
2024 Ancika: Dia yang Bersamaku 1995 Milea
Menjelang Ajal Ratna

Filem Pendek

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Surat Cinta untuk Starla Starla
2021 Aku dan Mesin Waktu Sukma

Web Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran Catatan
2022 Married with Senior Mika Vidio
Pretty Little Liars 2 Siti "Ema" Halima Viu Menggantikan Eyka Farhana
Surat Cinta untuk Starla the Series Starla Putri Adicahya Vidio
2023 Why? Gladys

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2023 Tonight Show Pengacara undangan NET. TV
2023 - kini Tonight Show Premiere Pengacara

Muzik video

  • "Duka" - Last Child (2016)
  • "Surat Cinta Untuk Starla" - Virgoun Putra Tambunan (2017)
  • "Bukti " - Virgoun Putra Tambunan (2018)
  • "Ragu" - Rizky Febian (2019)
  • "Mesin Waktu" - Budi Doremi (2021)
  • "Menyerah" - Last Child (2021)
  • "Orang Yang Sama" - Virgoun (2021)
  • "Aku yang Terluka" - Judika (2023)


Diskografi

Single

  • Sampaikan Sayangku Untuk Dia ft. Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan - OST. Ada Cinta di SMA (2016)
  • Cinta Salah ft. Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan - OST. Ada Cinta di SMA (2016)
  • Destiny ft. Thunder - OST. Forever Holiday in Bali (2018)
  • You Were A Friend (2020)
  • Apa Ini Cinta (2021) - OST. Aku dan Mesin Waktu
  • Dengarkan Pintaku (2023)

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2016 Piala Maya Aktor/Aktris Cilik/Remaja Terpilih Ada Cinta di SMA Tercalon
2021 Festival Film Wartawan Indonesia Aktris Utama Terbaik - Kategori Film Horor The Watcher Tercalon

Rujukan

  1. ^ Setiawan, Tri Susanto (28 September 2016). "Caitlin Halderman Canggung Beradu Akting dengan Iqbaal "CJR"". Kompas. Dicapai pada 4 April 2021.
  2. ^ Pradita, Karina Ayu (15 Oktober 2016). "Imutnya Caitlin Halderman, pemeran Alya di film Ada Cinta di SMA". Brilio. Dicapai pada 4 April 2021.
  3. ^ Yuristiawan, Rivan (17 April 2017). "Caitlin Halderman Tertantang Jadi Dewasa di Film The Guys". Fimela. Dicapai pada 4 April 2021.
  4. ^ Pamungkas, Yohanes Adi (6 Januari 2018). "Caitlin Halderman, Pemeran Starla di Surat Cinta Untuk Starla The Movie". Bintang. Dicapai pada 4 April 2021.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana biografi berkaitan orang Indonesia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s