Bendera Jerman

Bendera negara Jerman.

Bendera Jerman terdiri daripada tiga jalur mendatar yang seimbang: warna hitam di atas, merah di tengah dan kuning emas di bawah. Bentuk ini diterima pada tahun 1919 dan diterima semula dengan perlembagaan baru pada tahun 1949.

Reka bentuk

Perlambangan

Terdapat dua teori mengenai asal-usul warna-warna tersebut:

Ilustrasi pakaian seragam Freikorps di Uniformenkunde karya Richard Knötel (t. 1813-1815)
  • Teori pertama mengatakan bahawa ia diambil daripada pakaian seragam yang digunakan oleh Kor Bebas Lutzow (Lützowsches Freikorps) yang dianggotai oleh para pelajar universiti dari Kerajaan Prusia yang dikerah berperang menentang pendudukan Napoleon - pakaian seragam mereka berwarna hitam dengan garisan merah dan berbutang loyang. Warna-warna ini kemudiannya dpilih persatuan-persatuan pelajar yang memperjuangkan idea liberalisme dan nasionalisme bawaan revolusi 1848 dan penyatuan Jerman diberi nama Burschenschaft - pengaitan warna-warna ini kepada fahaman liberalisme sosial mengutuh zaman Republik Weimar.[1]
  • Bendera Urburschenschaft - persatuan pelajar nasionalis pertama di Jerman pada 1815
    Bendera Urburschenschaft - persatuan pelajar nasionalis pertama di Jerman pada 1815
  • Teori kedua pula mengatakan bahawa warna-warna tersebut berasal daripada jata diraja dipakai pemerintahan Empayar Rom Suci.

Spesifikasi

Perkara 22 Undang-Undang Dasar Republik Persekutan Jerman (Grundgesetz für die Bundesrepublik Deutschland) iaitu dokumen yang bertindak sebagai perlembagaan Jerman menyatakan seperti berikut:[2]

„Die Bundesflagge ist schwarz-rot-gold.“
["Bendera Persekutuan (Jerman) berwarna hitam, merah dan emas."]

Nisbah panjang lebar yang diberikan untuk ukuran bendera ini ialah 5:3, sebelum ini nisbah yang diberikan lagi-lagi semasa zaman Weimar ialah 3:2.[3]

Rincian tepat yang diberikan untuk perekaan bendera ini diperkenalkan pada 2 Jun 1999 oleh Bundeskabinett seperti berikut:[4]

Skema warna Hitam Merah Kuning
RAL 9005

Jet black

3020

Traffic red

1021

Rapeseed yellow

HKS 0, 0, 0 5.0PB 3.0/12 6.0R 4.5/14
CMYK 0.0.0.100 0.100.100.0 0.12.100.5
Pantone Black 485 7405*
Warna sesawang #000000 #FF0000 #FFCC00
RGB desimal 0,0,0 255,0,0 255,204,0

*The value given here is an alternative to the following more-complicated combination: Yellow (765 g), Red 032 (26 g), Black (11 g), Transp. White (198 g)

Sejarah

  • Perhimpunan Kebangsaan Jerman (1848/49)
    Perhimpunan Kebangsaan Jerman (1848/49)
  • Persekutuan Jerman Utara (1867-1871), Empayar Jerman (1871-1918)
    Persekutuan Jerman Utara (1867-1871),
    Empayar Jerman (1871-1918)
  • Republik Weimar (1919-1933)
    Republik Weimar (1919-1933)
  • Republik Weimar (1921-1935) (Bendera rasmi bersama yang digunakan dalam perkhidmatan luar negeri, tetapi kemudiannya diharamkan oleh Sosialis Nasional kerana dianggap "reaksioner")
    Republik Weimar (1921-1935)
    (Bendera rasmi bersama yang digunakan dalam perkhidmatan luar negeri, tetapi kemudiannya diharamkan oleh Sosialis Nasional kerana dianggap "reaksioner")
  • Pemerintahan Ketiga (Drittes Reich, 1933-1945) (Digunakan bersama-sama dengan bendera terdahulu, 1933-35), (kini diharamkan di Jerman)
    Pemerintahan Ketiga (Drittes Reich, 1933-1945)
    (Digunakan bersama-sama dengan bendera terdahulu, 1933-35),
    (kini diharamkan di Jerman)
  • Bendera Jerman Barat (1949-1990) Bendera Jerman Timur (1949-1959)
    Bendera Jerman Barat (1949-1990)
    Bendera Jerman Timur (1949-1959)
  • Bendera Republik Demokratik Jerman (GDR) (1959-1990) (diharamkan di Republik Persekutuan Jerman sehingga 1969)
    Bendera Republik Demokratik Jerman (GDR) (1959-1990)
    (diharamkan di Republik Persekutuan Jerman sehingga 1969)

Rujukan

  1. ^ The Flag of Germany Diarkibkan 29 Jun 2010 di Wayback Machine
  2. ^ Basic Law for the Federal Republic of Germany (23 May 1949). German version and English version (December 2000) (PDF). See Article 22. Retrieved on 24 February 2008. Diarkibkan 27 Februari 2008 di Wayback Machine
  3. ^ Pemerintah Jerman (11 April 1921). "Verordnung über die deutschen Flaggen" [Regulation on the German Flags]. documentArchiv.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 9 August 2007.
  4. ^ Pemerintah Persekutuan Jerman (17 Disember 2007). "Primärfarben". Corporate Design Documentation (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2007. Dicapai pada 26 Februari 2008.