Bekalan kuasa komputer

Unit bekalan kuasa komputer, dengan penutup dikeluarkan untuk menunjukkan bahagian dalamannya.

Unit bekalan kuasa komputer (PSU) atau Unit Bekalan Kuasa Bermodul (MPS) biasa direka untuk menukarkan bekalan kuasa arus ulang alik 100-120 V (Amerika Utara dan Jepun) atau 220-240 V (Eropah, Asia, dan Australia) dari bekalan sesalur menjadi kuasa arus terus voltan rendah yang boleh digunakan untuk komponen-komponen di dalam komputer.

Kebanyakan unit bekalan kuasa komputer dibina bagi mematuhi faktor bentuk ATX. Spesifikasi terkini bagi piwaian ATX standard adalah versi 2.2, dikeluarkan pada 2004. Ini membolehkan bekalan kuasa berlainan ditukar dengan komponen lain dalam komputer. Bekalan kuasa ATX juga direka bagi dihidupkan dan dimatikan dengan menggunakan isyarat dari papan induk (wayar PS-ON, yang boleh dilencong ke tanah bagi menghidupkan PSU dari luar komputer), dan memberikan sokongan bagi fungsi moden seperti mod bersedia yang terdapat pada kebanyakan komputer.

Penilaian kuasa

Bekalan kuasa komputer dinilai mengikut kuasa keluaran maksimum. Julat kuasa biasa adalah dari 300 W hingga 500 W (kurang dari 300 W untuk sistem faktor bentuk kecil (small form factor). Bekalan kuasa yang digunakan pemain dan penggemar pula boleh mencapai dari 500 W hingga 1000 W, dengan unit tertinggi sehingga 2 kW untuk pelayan dan komputer prestasi ekstrem dengan pemproses berganda, beberapa cakera keras dan kad grafik berbilang (ATI CrossFire atau NVIDIA SLI).

Lihat juga

  • Bekalan kuasa

Pautan luar

  • (Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Bekalan_kuasa_komputer secara ringkas
  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Perkakasan komputer
Komputer
Papan induk
Unit pemprosesan pusat (CPU) • Ingatan capaian rawak (RAM) • Ingatan baca sahaja (ROM) • BIOS • PCI • PCI Express • USB • HyperTransport • CSI • AGP • ISA • EISA • VLB • Papan induk
Pengawal storan
IDE • SATA • RAID • SCSI • CD-ROM • CD-RW • DVD-ROM • DVD-R • DVD-RAM • DVD-RW • Perakam DVD • BD-ROM • Perakam BD
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Port selari Port bersiri USB FireWire
Pengawal lain
Media
CD DVD BD Cakera liut Cakera keras HD DVD Pemacu kilat USB Kad ingatan Pemacu Zip • Pemacu pita • Ingatan kilat
Rangkaian
Modem Kad antara muka rangkaian Bilik pelayan Ladang pelayan
Peranti masukan
Papan kekunci • Tetikus Bebola jejak Kayu ria Pengimbas
Peranti keluaran
Perkakasan lain
Kipas Bekalan kuasa • Kad penala TV UPS