Badan eksekutif

Sebahagian siri Politik
Eksekutif
Ketua negara
Pemerintahan
  • Ketua pemerintahan
    • Kanselor
    • Ketua eksekutif
    • Ketua Menteri
    • Menteri Utama

    • Premier
    • Perdana Menteri
    • Presiden Majlis Menteri
    • Presiden pemerintahan
  • Kabinet
    Pembentukan pemerintahan
    Tanggungjawab bersama menteri
  • Kementerian
    • Menteri
    • Setiausaha Negara
  • Lain-lain
    • Gabenor
    • Datuk bandar
Sistem
Senarai
Portal Politik
  • l
  • b
  • s

Badan eksekutif (Jawi: بادن ايکسيکوتيفcode: ms is deprecated )—juga diungkapkan sebagai pemerintah atau kerajaan dalam sistem parlimen mahupun pentadbiran dalam sistem berkongres contohnya di Amerika Syarikat— bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh pihak menggubalsahkannya. Ketua eksekutif dalam sebuah negara republik dipanggil Presiden, manakala negara lain bersistem kuasa diwarisi dipanggil Perdana Menteri. Badan ini merangkumi banyak sektor kerajaan seperti pelbagai kementerian, jabatan, pemerintah/kerajaan tempatan dan juga agensi langsung seperti organisasi polis, tentera dan kastam.

Dalam sistem politik berdasarkan prinsip pengasingan kuasa, kemudian kuasa diagihkan di antara beberapa cabang (eksekutif, perundangan, kehakiman)—suatu percubaan untuk menghalang penumpuan kuasa di tangan sekumpulan orang. Dalam sistem sedemikian, eksekutif tidak meluluskan undang-undang (peranan badan perundangan) atau mentafsirnya (peranan badan kehakiman). Sebaliknya, eksekutif menguatkuasakan undang-undang seperti yang ditulis oleh badan perundangan dan ditafsirkan oleh badan kehakiman. Eksekutif boleh menjadi sumber jenis undang-undang tertentu, seperti dekri atau perintah eksekutif. Birokrasi eksekutif biasanya merupakan sumber peraturan.

Peranan eksekutif

Peranan utama badan ini termasuklah:

  • Membuat keputusan mengenai polisi dan menguatkuasakan undang-undang
  • Menjaga hal ehwal hubungan luar negara
  • Melantik pegawai-pegawai kerajaan
  • Penyiasatan dan keselamatan dalam dan luar negara
  • Pengeluaran lesen
  • Membuat instrumen perundangan dan undang-undang kecil
  • Membuat pembangunan infrastruktur
  • Menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara
  • Meningkatkan penggunaan telefon

Lihat juga

Ikon tunas

Rencana tentang politik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s