Adenan Satem

حاج عدنان بن حاج صتيمcode: ms is deprecated
Adenan pada 2016
Ketua Menteri Sarawak ke-5Dalam jawatan
28 Februari 2014 – 11 Januari 2017Perdana MenteriDato Seri Mohammad Najib Tun Razak (2014–2017)GabenorAbdul Taib MahmudTimbalanAlfred Jabu anak NumpangDidahului oleh Abdul Taib MahmudDigantikan oleh Tan Sri Abang Johari Tun Openg
(Sebagai Premier Sarawak pertama dari 2022)Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk N3 Tanjong DatuDalam jawatan
2011–2017Didahului olehRanum MinaDigantikan olehJamilah AnuMajoriti3216 (2011)Menteri Sumber Asli dan Alam SekitarDalam jawatan
2004–2006Didahului olehLaw Hieng Ding
Leo MoggieDigantikan olehAzmi KhalidAnggota Parlimen Malaysia
untuk Batang Sadong, SarawakDalam jawatan
2004–2008Didahului olehSukinam DomoDigantikan olehNancy ShukriPresiden
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu SarawakDalam jawatan
2014–2017Didahului olehTun Pehin Seri Abdul Taib MahmudDigantikan olehAbang Johari Tun Openg Butiran peribadiLahir(1944-01-27)27 Januari 1944
Kuching, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak, (kini Sarawak, sebahagian daripada Malaysia)Meninggal dunia11 Januari 2017(2017-01-11) (umur 72)
Kota Samarahan, SarawakParti politik BN-PBBPasanganDatin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji AnuAnak-anak
  • Aziza Jasmin
  • Siti Rafidah
  • Abdul Aziz
  • Hayati Kamidah
  • Azizul Anuar
Alma materUniversiti Swinburne (PhD)PekerjaanAhli politik

Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Dr. Haji Adenan bin Haji Satem (Jawi: حاج عدنان بن حاج صتيمcode: ms is deprecated ; 27 Januari 1944 – 11 Januari 2017) ialah seorang bekas ahli politik Malaysia. Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ke-5 setelah Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014.[1][2]. Beliau telah menghembus nafas terakhir pada 11 Januari 2017 di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak.

Kehidupan awal

Adenan dilahirkan di Kuching, Sarawak semasa pendudukan Jepun di Perang Dunia II. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Joseph, dan kemudian di Sekolah Menengah St Joseph.[3] Beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan dan guru sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide, Australia.[4][5] Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1970, beliau telah dilantik sebagai Majistret dari tahun 1971 hingga 1972. Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha bagi Kementerian Perusahaan Utama dari 1972 hingga 1974.[6]

Kerjaya politik

Pemilihan pucuk pimpinan

Dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu tahun 2002, beliau bersama-sama Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Parti. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas di tangan Abang Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Parti oleh Majlis Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam parti semenjak 30 tahun penubuhannya. Penonjolan kepimpinan beliau amat ketara di dalam parti sehingga ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau bakal menggantikan Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Selepas Pilihan raya Parlimen diadakan pada tahun 2004 yang lepas, dengan menggantikan Cikgu Sukinam Domo di Parlimen Batang Sadong, beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang tidak asing bagi menteri yang berasal dari Sarawak.

Perubahan pucuk pimpinan

Namun begitu pada Februari 2006, rombakan kabinet Persekutuan telah diadakan dan beliau tidak disenaraikan di dalam kabinet tersebut. Alasan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Adenan sendiri meminta supaya beliau tidak dinamakan sebagai menteri, kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri.

Lain alasan ialah untuk memberi konsentrasi di dalam pilihan raya negeri yang bakal dilangsungkan pada Mei 2006. Episod Adenan dan kepimpinan serta politik negeri Sarawak amat sunyi sehinggalah selepas pilihan raya ke-9 2006 beliau tidak dilantik semula di dalam kabinet negeri. Untuk rekod di dalam pilihan raya ke-9 2006 tersebut beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung Datu, dan kerusi lama beliau bertukar tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri Muhammad Ali bin Mahmud iaitu adik kandung Ketua Menteri sendiri. Dalam rekod pilihan raya yang lepas kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kawasan Muara Tuang merupakan kubu kuat Parti Barisan Nasional dan mempunyai majoriti yang tertinggi bagi negeri Sarawak. Adenan sekali lagi di kawasan barunya mendapat majoriti undi yang juga tinggi dengan mengalahkan dua pencabarnya dari BEBAS dan calon Keadilan Rakyat dengan majoriti 4136.

Melepaskan jawatan Naib Presiden

Pada bulan Februari 2007, beliau telah melepaskan jawatan Naib Presiden PBB. Akan tetapi beliau dilantik semula menjadi Ketua Penerangan PBB berkuatkuasa 4 Mac 2007 sekaligus menamatkan desas-desus yang beliau akan mengundurkan diri daripada arena politik.

Keputusan pilihanraya negeri 2006

Dalam Pilihan raya DUN Sarawak 2006, Adenan Satem mewakili BN mendapat 4,545 undi dan menang dengan majoriti 4,136 undi. Calon lawan ialah Sobey bin Daud (Keadilan memperoleh undi sebanyak 409 (hilang deposit) dan Larry Dominic Linang (Bebas) memperoleh undi sebanyak 357 (hilang deposit).

Keputusan pilihanraya negeri 2011

Dalam pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BN dan mendapat 4218 undi dengan majoriti 3216. Lawan beliau ialah calon bebas Gilbert Asson anak Kulong yang mendapat 215 undi, serta Nani bt Sahari dari PAS dengan 1002 undi.

Pelantikan sebagai Ketua Menteri

Pada bulan Mac 2014, Adenan menggantikan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri atau Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Beliau secara rasmi mengangkat sumpah jawatan pada majlis yang diadakan di Astana pada 28 Februari 2014,[7][8] Kemudian tahun itu, sempena Hari Keputeraan Gabenor ke-78 di Sarawak, beliau telah dianugerahkan gelaran "Datuk Patinggi".[9] Sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2016, beliau telah dipuji kerana inspirasi sokongan di kalangan pengundi Cina. Beliau memenangi kerusi Tanjung Datu dengan 93.4% undi popular. Partinya memenangi 72 daripada 82 kerusi yang ditawarkan.

Sebagai Ketua Menteri, beliau bertempur dengan kerajaan persekutuan dari semasa ke semasa walaupun parti yang beliau sebahagian daripada gabungan persekutuan yang memerintah. Beliau bercakap secara terbuka mengenai mengukuhkan autonomi Sarawak[10] dan dipanggil untuk bahagian negeri yang lebih tinggi terhadap royalti petroleum, banyak kepada kebingungan Putrajaya dan syarikat minyak negara Petronas.[11] Antara isu-isu lain beliau tidak bersetuju dengan kerajaan persekutuan termasuk pengiktirafan rasmi untuk sijil pendidikan Cina.[12]

Meninggal dunia

Allahyarham mengadu keletihan melampau dan kesukaran untuk bernafas sebelum dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.24 petang, 11 Januari 2017 di Pusat Jantung HUS akibat komplikasi jantung. Allahyarham meninggalkan balu, Puan Sri Jamilah Anu dan 5 orang anak.[13]

Kelayakan

Kelayakan beliau yang lain ialah:

  • Pengerusi Yayasan Sarawak (sejak 1998)
  • Pengerusi Swinburne University of Technology Council Kampus Sarawak (sejak 2004)
  • Pengerusi Yayasan Budaya Melayu Sarawak (Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak)
  • Lembaga Pengarah untuk Yayasan Pengajian Tinggi Sarawak (Shef)
  • Ahli Lembaga Pengarah Curtin University of Technology Sarawak Kampus Miri

Rujukan

  1. ^ "Adenan Satem - the next Sarawak CM". New Straits Times. 12 Februari 2014. Dicapai pada 1 Mac 2014.
  2. ^ Zora Chan (28 Februari 2014). "Adenan Satem sworn in as Sarawak Chief Minister". The Star Online. Dicapai pada 1 Mac 2014.
  3. ^ Dorge Rajah; Margaret Apau (12 Februari 2014). "Adenan, the Chosen One". The Borneo Post. Dicapai pada 2014-02-28.
  4. ^ "Talking to Adenan Satem – Sarawak's next Chief Minister". Borneo Insider. 15 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2014. Dicapai pada 28 February 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "'Back in favour' Adenan Satem steps into Sarawak's hot seat". The Ant Daily. 14 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2015. Dicapai pada 14 February 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ "Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem". Official website of the Chief Minister of Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-24. Dicapai pada 2016-05-21.
  7. ^ "Adenan sworn in as new Sarawak CM". Bernama. Malaysiakini. 28 Februari 2014. Dicapai pada 2014-02-28.
  8. ^ Zora Chan (28 Februari 2014). "Adenan Satem sworn in as Sarawak Chief Minister". The Star. Dicapai pada 2014-02-28.
  9. ^ Peter Sibon; Lian Cheng (13 September 2014). "Adenan a Datuk Patinggi". The Borneo Post. Dicapai pada 2014-09-13.
  10. ^ "CM's call for more state autonomy reflects sentiments of Sarawakians, says political observer". The Borneo Post. 7 Jun 2015. Dicapai pada 2017-01-12.
  11. ^ Richard T.W. (12 Ogos 2016). "Adenan: We'll scrap permits if Petronas doesn't cooperate". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-13. Dicapai pada 2017-01-11.
  12. ^ Jonathan Chia (5 November 2015). "CM: Putrajaya's UEC stand 'stupid'". The Borneo Post. Dicapai pada 2017-01-12.
  13. ^ "Adenan passes away". The Borneo Post. 11 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-12.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
  1. Stephen Kalong Ningkan (1963-1966)
  2. Tawi Sli (1966)
  3. Stephen Kalong Ningkan (1966)
  4. Tawi Sli (1966-1970)
  5. Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981)
  6. Abdul Taib Mahmud (1981-2014)
  7. Adenan Satem (2014-2017)
  8. Abang Johari Tun Openg (2017-kini)
  • l
  • b
  • s
Jemaah Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketiga (2006-2008)
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Jemaah Menteri
  • l
  • b
  • s
Barisan Nasional (2013-2015)
Parti yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional
Dewan Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Dewan Tertinggi
Setiausaha Eksekutif
Badan Penyelaras Negeri
Pengerusi Badan Penyelaras Negeri
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Terengganu
  • Ahmad Said
Sarawak
Sabah
Kerajaan Persekutuan
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri
Timbalan Menteri
Kabinet Malaysia
Menteri Besar dan Ketua Menteri
Menteri Besar
Ketua Menteri
Kategori Kategori