Abdullah ibn Zubair

Abdullah ibn Zubair (Arab: عبد الله بن الزبيرcode: ar is deprecated ) lahir pada tahun pertama Hijrah (624 - 692). Kelahirannya bersama seorang lagi sahabat iaitu Nu'man ibn Basyir pada tahun yang sama berjaya menyangkal fitnah orang Yahudi Madinah.

Beliau juga adalah anak kepada pasangan dua orang sahabat besar Nabi iaitu Zubair ibn Awwam dan Asma binti Abu Bakar.

Jasa dan sumbangan

Abdullah ibn Zubair telah banyak kali mengikut bapanya dalam ekspedisi perang terutamanya dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Karisma dan ketokohannya dalam kepimpinan membolehkan beliau dilantik sebagai khalifah di atas kerajaan yang dibinanya sendiri yang berpusat di Hijaz, sehinggakan kerajaan Bani Ummaiyyah ketika itu di bawah pemerintahan Yazid bin Muawiyah dan Marwan bin al-Hakam tergugat dan banyak wilayah telah jatuh ke dalam kekuasaan Abdullah ibn Zubair.

Kematiannya

Beliau terkorban ketika memimpin tenteranya dalam peperangan menentang tentera kerajaan Bani Ummaiyyah pimpinan Hajjaj ibn Yusuf di bawah pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Sejurus sebelum kematiannya, beliau sempat meminta nasihat dan teguran daripada ibunya iaitu Asma binti Abu Bakar dalam mengukuhkan pertahanan tenteranya di dalam Masjidil Haram, Makkah.

Pautan luar

  • (Inggeris) Referensi dari situs Sejarah Islam Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine
  • (Inggeris) ʿAbd Allāh ibn al-Zubayr di Encyclopædia Britannica.
  • {{{1}}}code: ar is deprecated قصة الإسلام: عبد الله بن الزبير.
  • {{{1}}}code: ar is deprecated قصة مقتل عبد الله بن الزبير من موقع نداء الإيمان.